Sunday, July 11, 2010

refleksi,al-kisahnya...episod (2)

wahh...
berepisod2 la pulak...
yang ni basically aku nak share on ape yang aku dapat during kat Jempol...

one thing kelainan program anak angkat kalini dengan yang aku penah pegi sebelum ni is..
kalau sebelum ni program seminggu kitorg dah ade jadual,or program on ape yang nak dibuat for one week.
but for this time,kitorg takde proper program atau pengisian untuk 2 minggu tu..
yang pasti,selama 2 minggu tu lah kitorg kena buat kajian kat daerah tu..
tajuk kajian,dah diberi sebelum sampai kat tempat tu..and tajuk kajian aku is about tanah terbiar.
satu analisis,dan cadangan pragmatik berkenaan tanah terbiar di daerah Jempol,to be specific.

tapi kajian tu tak bestlah nak cerita kat sini...
aku nak coretkan ape yang aku ingat dan hadapi mase kat sane...
yang tak ada tertulis dalam buku,yang aku sendiri akan bace balik di kemudian hari..
ingat balik,dan appreciate semua tu...sampai bila2.


sebelum tu...sedikit info on tempat aku duduk,daerah Jempol.
ade 5 mukim, seperti yang tertera di atas.dan kawasan aku duduk adalah colour pink.Mukim Serting Ulu.

ok,pasal family plak.
ayah angkat aku name dia Jamaludin Alias.umur 45tahun.
die suruh aku panggil die Jack je.terkejut jugak aku dengar awalnye.
pastu die bahasakan diri dia Uncle Jack.
memang awalnya aku janggal.tapi aku tengok sume orang panggil die Jack.
termasukla mak pak mentua dia.dan anak2 sedare dia
memang slambe.
mak angkat aku muda lagi..Jahlailawati namenya..
sampai2 rumah..borak2..aku xtau nak panggil ape.
tapi lepas dia bahasakan diri die kakak,aku pn panggil kakak.
sebab umur dia baru 39.muda lagi.lembut je orangnya

adik2 ade 4 orang..
sulung tingkatan 1,lelaki.bongsu lelaki jugak,4 tahun
no 2 and 3,darjah 5 and darjah 2. dua2 perempuan.
comel2 semuanya.mcm aku jugak.

duduk sini..banyak aku belajar..
dan banyak sangat perkara yang membuatkan hati aku tersentuh...
betapa kuatnya family bonding antara diorang..
yang aku tak pasti sama ada aku tak jumpa tatkala aku di bandar..
atau mungkin betul2 kurang bonding antara family di bandar dan di kampung..
mungkin aku je kot yang tak jumpa..

tiap malam..kalau aku tak ke mana2 aku akan ajar diorang tuisyen.
english dengan maths.
memang seronok,Aboy,Aslah and Asmidar,rajin bila aku ajar.
and tak banyak songeh.baik2 je budaknye..senang aku ajar.

kadang2 aku kesian,budak2 kat kampung ni bukan tak pandai
kepandaian diorang setanding dengan kanak2 di bandar
bezanya,fasiliti dan pendedahan.

setiap kali makan..tak pernah sorang pun akan makan dulu kalau semua tak sedia lagi
dan ya..kalau kita tak balik lagi,diorg akan tunggu sampai pukul berapa pun...
dan kalau kita balik dan kata,"tak apa kak,saya dah makan.akak makan dulu"
die tetap akan panggil kita untuk makan..
dan aku percaya,air tangan seorang wanita dalam keluarga tu lah antara pengikat kekuatan silaturrahim antara ahli2 dalam keluarga...

beza hidup di bandar dan di kampung...
mase kat sana..aku rasa hidup ni aman sangat
aman,nyaman dan tenang.
rumah tu walaupun sebijik je dan tak nampak jiran2 sebab jauh..tapi sentiasa ada tetamu yang datang setiap hari...
aku tak rasa terkejar2 masa mcm di bandar,after all ape yang aku kejarkan pun aku xtau..
xde langsung istilah rasa tak cukup masa..sebab nak buat banyak benda masa di bandar bila duduk kat kampung..
semuanya serba sederhana,semuanya serba simple.

bangun pagi,breakfast...lepas tu ada je aktiviti yang nak dibuat..
agak2 nak makan ikan,pegi kolam..mancing.confirm dapat walau sekor dua
cili,ulam tanam sendiri..
nak ayam pun ade...
takde ape yang dikejarkan pokok pangkalnya
masa,material,semuanya relaks je...
petang2 minum and makan kuih kat pangkin
dengan angin sepoi2 bahasa..(wah wahh)
sat lagi nampak keretapi lalu betul2 depan umah,dalam 200m
best jee...

kesudian family angkat untuk terima aku dan layanan yang baik dari diorang akan aku ingat sampai bila2.
tuh jela yang aku ingat takat ni
nanti agak2 ingat lagi aku tambahla jadi episod 3 ke ape ke..

nantikan kemunculan gambar2 jakun tatkala di kampung.
tu pun bila ada softcopy dari yang berkenaan.

No comments: