Wednesday, June 24, 2015

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman

Assalamualaikum,

Semalam (Isnin) berkesempatan mengikuti tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Haryanto di pejabat saya ni.
Alhamdulillah di sini banyak juga program-program ilmu dan keagamaan anjuran bahagian Pentadbiran.
Cuma saya yang lebih banyak tak berkesempatan dari berkesempatan nak turut serta.

Tajuk tazkirahnya mudah, mengenai Ramadhan.

Mudah bagi kita, orang biasa kalau hanya tahu Ramadhan untuk berpuasa. Tapi lebih elok kiranya kita tahu perkara-perkara lain selain berpuasa di bulan Ramadhan.

Banyak perkara yang saya belajar :


  • Ganjaran beribadat di bulan Ramadhan ini lebih besar dari ganjaran beribadat di bulan-bulan yang lain. i.e : Syaaban, Rejab, Zulhijjah, Syawal etc. Unlimited.
  • Apa bezanya kita berpuasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain hari Isnin dan Khamis, yakni puasa sunat? Ustaz ada beritahu, bahawa Allah lebih sukakan hamba-hambanya yang mengerjakan amalan fardhu..tapi bukanlah bererti tidak perlu melakukan yang sunat.
  • Sama macam solat, kita ada solat fardhu, 5 kali sehari, ada juga solat sunat, witir, hajat, tahajjud, solat dhuha. Macam tulah. Fardhu yakni berpuasa di bulan Ramadhan, amalan sunat (optional) adalah amalan yang dilakukan untuk lebih mendekatkan diri kita pada Allah. Solat tarawikh adalah sunat Muakkad, sunat Muakkad adalah ibadat yang digalakkan tetapi tidak diwajibkan. Jika dilakukan, mendapat pahala dan jika tidak dilakukan tidak mengapa. Dan solat Tarawikh ni special, kerana ia hanyalah dilakukan pada bulan Ramadhan.
Muslimin, atau 'Musim'in?

Kita ni jenis macam mana?Buat amal kebaikan pada setiap waktu ke atau hanya bermusim di bulan Ramadhan? Muslimin, atau 'Musim'in?

Apa bezanya amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain?

Jika berpuasa, hari-hari lain pun kita boleh puasa.

Jika membaca al-Quran, kita memang digalakkan membaca al-Quran pada bila-bila masa, memahami dan mengikuti apa yang terkandung di dalam al-Quran.

Solat witir? Berapa ramai yang hanya mengerjakan witir pada bulan Ramadhan sahaja, sedangkan kita tahu (dan mungkin baru tahu) bahawa solat sunat Witir juga boleh dilakukan pada hari-hari biasa?

Bersedekah juga pada bila-bila masa.

Jadi di mana bonusnya di bulan Ramadhan? Lailatul qadar?

Ustaz Haryanto juga ada memberitahu, bertadarus merupakan amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan, bersempena dengan perbuatan Nabi saw bertadarus dengan Jibril. Nabi saw membaca al-Quran dan Jibril menyemak bacaan Rasulullah.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bertadarus. Banyak kelebihannya. Bila bertadarus sekiranya di pejabat, kita sudah tidak kira pangkat dan gred kerja. Sesiapa yang lebih baik dan lebih pandai mengaji boleh bantu sahabat-sahabat lain dalam bacaan dan tajwid, sama-sama semak, sama-sama belajar.

Sedangkan Rasulullah pernah bersabda, 

"Barangsiapa membaca satu huruf daipada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf".

Sekarang, baru kita tahu kenapa orang-orang selalu share cara-cara untuk Khatam al-Quran di bulan Ramadhan? 4 mukasurat pada selesai solat fardhu secara konsisten, 5 kali sehari, setiap hari. Kerana orang yang berniat dan bersungguh-sungguh mahu khatam al-Quran di bulan Ramadhan mahu sebanyak ganjaran yang boleh. Semaksimum mungkin.

Tahun ini, saya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya join tadarus di pejabat. Tapi kali ini lain pengalamannya. Seorang dari ahli kumpulan kami tidak berapa lancar bacaan al-Qurannya. Terhenti-henti, teragak-agak. Satu-satu,kadang-kadang banyak kali reversed.

Tapi satu yang saya belajar dari dia. 

Tidak putus asa.
Diteruskan juga bacaannya walaupun lambaaat sangat untuk habis walau satu ayat sekalipun.

Ahli-ahli kumpulan yang lain termasuk saya sekaligus sama-sama belajar sabar dalam menunggu dia menghabiskan 1 mukasurat. Terdetik dalam hati saya, alangkah bagusnya kalau hari-hari yang lain selain Ramadhan kami dapat bantu dia. Mungkin setiap hari Isnin dan Khamis waktu tengahari boleh diluangkan untuk memperbetul bacaan dan tajwid. Tidaklah bertaraf ustaz/ustazah, tapi dalam masa yang sama kami juga dapat belajar bersama. Bayangkanlah satu hari sahabat saya tu dapat membaca dengan lancar dan membaca al-Quran setiap hari, bukankah kita turut serta mendapat ganjarannya? Subhanallah.

Ok, berbalik kepada tazkirah oleh Ustaz. 
Jadi, di mana bonus Ramadhannya?

Perasan tak di waktu bulan puasa, kita dapat membuat sesuatu perkara 'lebih' dari hari-hari lain?

Kita lebih kuat dan gigih untuk lebih banyak membaca al-Quran,
kita lebih kuat kerana dengan berpuasa, kita masih dapat pergi dan balik kerja seperti biasa
kita jadi lebih sabar, kerana bila kita berhadapan dengan perkara yang boleh membuatkan kita marah, kita fikir bahawa kita berpuasa, lebih baik jangan dibazirkan tenaga dengan amarah, maka kita lebih cool
kita boleh solat tarawikh yang lebih banyak rakaatnya
kita boleh bangun untuk masak dan sahur

Bayangkanlah berpuasa ini sama seperti kita mendapat kad membership JCard atau Jusco Card.

Katakanlah hanya umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan sahaja yang layak mendapat ganjaran (kalau pakai JCard, kira dapat diskaunlah!)

banyak menderma di bulan Ramadhan? Tambah point
banyak mengaji? Tambah point
Banyak bersabar? Tambah lagi point
Solat di awal waktu? Tambah point
Berapa banyak dah point bertambah?

Hanya Allah yang tahu.

Jadi di mana bonusnya? Di kekuatan-kekuatan yang kita tadilah. In shaa Allah.
Lebih kuat kita menempuhi Ramadhan dan lebih banyak amal kita, disitulah bonus kita in shaa Allah. 

Jika kita seorang yang jenis suka lemparkan kata-kata kesat, di bulan puasa kita kurangkan cakap perkara tak baik, bukan setakat diskaun, malah lebih banyak point kita.
Kalau masih dengan perangai lama di waktu bulan puasa...kuranglah point kita.

Setiap manusia lain ganjarannya di sisi Allah. 
Semua (in shaa Allah) yang berpuasa (makan dan minum) akan mendapat ganjarannya. Beza bonus kita adalah sama ada kita benar-benar taat (menjaga perlakuan, tutur kata, etc), separuh taat, atau tidak taat.

Anda pilih.

Kesimpulannya, hanya orang-orang yang sedar dan tahu tentang ganjaran Allah yang akan bekejar-kejar melakukan amal kebaikan di bulan mulia ni. Tapi alangkah lebih baiknya sekiranya kita terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan tanpa mengira waktu. In shaa Allah. Semoga beroleh manfaat.

Monday, June 22, 2015

Ayah

suatu pagi hari bekerja, rutin seperti biasa.

sedang membeli sarapan pagi sebelum masuk kerja.
beep* beep*, message Whatsapp masuk.

dari Ayah.

Ayah : Salam Ha, HBD (happy birthday) utk Fawwaz, nak apa yang he like most for him, semalam pusing2 jem tak tau apa nak beli.

Tau-tau je bergenang air mata sekejap depan mamak cashier sewaktu nak bayar sarapan.

Almaklumlah, ayah bukannya jenis yang touching-touching sedari kami kecil.
Lagi pula lepas kahwin dan duduk sendiri.

Dulu waktu kami adik beradik masih kecil, waktu hari jadi ayah dan ibu tak pernah pun buat majlis-majlis hari jadi. Cukup kami sekeluarga, dan ayah akan bawakan hadiah untuk kami.

terima kasih, ayah.

Priority

dalam hidup kita mesti ada keutamaan.

katalah suatu hari..(contoh)
dalam sebuah keluarga, ada ayah, ibu dan seorang anak.
suatu hari si kecil anak jatuh sakit. demam panas yang amat.
ibu ada di rumah. ayah di pejabat sedang sibuk dengan kerja.
bos di pejabat minta siapkan kerja tu lusa, tapi sebab si ayah pekerja dedikasi..dimahunya atau dia target nak siapkan kerja hari ini juga.
untung-untung siapa tahu cepat naik pangkat.

dimana priority di sini agaknya?

samalah macam dalam urusan kerja.
kerja kita priority nya dah ditulis terang-terang dalam fail meja kita
katalah bila kita tengah sibuk banyak kerja, ada 'kerja' lain yang perlu kita selesaikan
contohnya sahabat sepejabat kita pergi kursus sampai jam 1 petang..tapi dia tak mahu masuk pejabat semula selepas itu, katanya mahu terus balik.
bos kita marah, kenapa kerja kawan kita belum siap?dia mahu sekarang, dan kita jadi mangsa.sedangkan kita pun ada kerja jugak.
tak ke menyusahkan orang namanya?

katalah satu hari, anda menjadi Perdana Menteri Malaysia.
bajet untuk penambahbaikan infrastruktur negara ada RM100 juta.
1 kes untuk perbetul jalan kos RM 50 juta.
1 kes perdalam longkang yang sebab kawasan sekitar duk asik banjir 5 tahun berturut-turut kos RM 120 juta
Dalam masa yang sama kos untuk bantuan lain tak mencukupi..
apa yang akan anda buat?

Sama macam diri kita sendiri.
Rasanya banyak dah reminder kata benda pertama ditanya di dalam kubur nanti solat kita.
Di mana letaknya priority solat kita?
di hujung waktu lagi kah?

Thursday, June 18, 2015

bila kali terakhir khatam Al-Quran?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan dan Selamat beribadat dengan lebih gigih pada bulan yang mulia ini sahabat-sahabat sekalian.

Bila kali terakhir khatam al-Quran?
Zaman sekolah rendah dulu, pernah tak ada orang tanya..sudah khatam Quran?
Umur berapa khatam Quran?
Waktu tu, kalau siapa kata waktu umur 7 tahun darjah satu dah khatam boleh kira kategori hebat sangat dah tu.

Belum lagi yang kata oh sebelum masuk sekolah rendah saya dah khatam Quran, lagi hebat!
untung dan bangga ibu ayah.

tak cukup soalan bila (umur) khatam Quran, ditanya pula..sudah berapa kali khatam Quran?
pening juga nak jawab tu.

tapi sekarang, pernah tanya diri sendiri tak?
bila kali terakhir khatam al-Quran?

tak mahulah jawab bulan Ramadhan tahun lepas, sewaktu tadarus beramai-ramai di pejabat.

Saya?
secara jujurnya, dari 5 tahun yang lepas..belum habis lagi 'complete' baca keseluruhan isi al-Quran.

Baca.

Faham?
Jauh sekali.

Malu?
Tentu sekali.

Banyak kali dalam hati sebenarnya mahu pergi belajar dengan lebih mendalam tentang al-Quran, tapi pelaksanaannya kurang.
Tapi kadangkala bila membaca al-Quran berserta tafsir, lebih seronok.
Cuma perlu ada guru untuk belajar.

Semoga kita semua sentiasa dipertingkatkan iman, ibadah dan di jalan yang lurus.Amin

p/s : masuk bulan Ramadan, ramai orang bawa al-Quran ke pejabat untuk bertadarus waktu sebelum Zohor. First time nampak ada sahabat bawa bantal tidur di pejabat hari ini, 1 Ramadhan. Hehe.


Monday, June 15, 2015

nafsu serakah dan bisikan syaitan.

ngeri baca tajuk ni.

kita ni manusia yang Allah cipta dengan nafsu yang (mungkin) infiniti.
setiap tahun gaji naik walaupun rm20.
tapi nafsu naik tak ikut tahun, boleh jadi 2 jam lagi kehendak kita pada sesuatu membuak2 tak tengok pada kemampuan kita.

contohnya,saya seorang yang suka online shopping
online shopping mungkin terlalu 'niche'
shoppinglah senang cerita
sikit2 nak beli baju. sikit2 nak beli tudung
sedangkan baju yang kita boleh pakai dalam satu masa cuma sehelai ja
sama dengan tudung. bukan boleh pakai 10 helai sekaligus

alahai hati
pantang nampak. tiba2 rasa perlu
baju2 yang dah tak pakai baru je bagi pada orang, boleh pulak jadikan alasan almari dah separuh kosong?

teringat tempoh hari, Menteri di pejabat ada kata...
Ramadhan semakin hampir.
target untuk buat 18,000 (lebih kurang) rumah untuk mangsa-mangsa banjir di pantai Timur beberapa bulan lepas masih jauh dari yang dijangka..
yang baru siap tak sampai pun 30 biji rumah..
jauh lagi tu perjalanan..

tak insaf-insaf lagi ke Farha?