Thursday, April 28, 2011

gapo dio mu ni?

i think my blog is getting boring.
and that if not all, translated how my life is going on.

i need to do something.
something.
and i hope that mr.husband will agree with my proposal.
lets discuss about it in detail tonight.

bila fikir,macam2 aku nak buat dalam hidup ni

1. nak sambung belajar
2. nak buat umrah
3. nak jalan-jalan tengok negara orang
4. nak belajar other language
5. nak belajar agama lebih dalam lagi
6. nak baca buku yang menyeronokkan

yang membuatkan adrenalin aku ni bergerak lebih sikit.
yang membuatkan otak aku ni rasa lebih luas lagi.

pernah tak korang buat sesuatu dengan excitednya
seperti berjumpa dengan orang, atau pergi ke sesuatu tempat yang pertama kali pergi
dan dalam hati berkata,
"wah,tak pernah terfikir oleh aku ada tempat macam ni."
"dunia ini luas dari yang disangkakan"
"hidup ini indah dan otak aku sempit kadang-kadang"(cewah kadang-kadangnya)

rasa mahu berjalan tanpa sempadan
rasa mahu mencari pengalaman yang pelbagai

ah wang boleh dicari! *tiba-tiba semangat alam datang*




baiklah.
ini semua terjadi apabila aku rasa banyak peratus dalam hidup aku adalah berkenaan perkara serius.
ehem
bukanlah maksudnya asyik nak bergelak ketawa.
cuma mahu meringankan sedikit kepala yang sejak kebelakangan ini perlu sama-sama berkecimpung dalam memikirkan masalah seperti :

peruntukan negara untuk infrastruktur kepada semua negeri di Malaysia adalah hanya 3% daripada yang diminta.
ehem.
yang diluluskan.
untuk semua negeri
dan aku mempunyai peluang untuk melihat kawasan di negeri sembilan semalam yang mana paaaaaling memerlukan peruntukan tersebut.

situasi :
peruntukan infrastruktur negeri itu rm X.X juta
Unit Perancang Ekonomi Negeri memberi beberapa projek yang paling priority memerlukan.
2 projek di Nilai, 2 projek di Senawang.

kes 1 : bajet rm setengah juta.kira-kira 27% dari peruntukan. untuk memperbetulkan jalan tar yang pecah2 di kawasan perindustrian sebab banyak kontena lalu.melibatkan banyak kilang.

kes 2 : membuat longkang sebab sekarang ni hanyalah longkang tanah.
3 kali banjir kilat dalam masa 5 bulan banjir naik paras lutut masuk ke workshop2 peniaga tempatan.berdekatan dengan tempat industri kecil sederhana. bajet rm X.X juta. terlebih 13.8% dari approved bajet.

kes 3 : buat jalan  sebab jalan rosak. yang ni lebih teruk dari kes 1 sebab banyak selekoh.so yang pecah2 banyak di selekoh.selama 10minit kami di situ,lebih kurang 5 kontena keluar,masuk belum kira.kontena yang besar dinosour tu.ok,tipu.kontena yang besar gile.
so jalan rosak.sepanjang jalan kiri dan kanan adalah kilang 1 company.
investment die kalau melihat pada kilang dia..berbillion aku rasa. bajet
rm X juta.lebih 11% dari approved bajet.

kes 4 : perbesarkan longkang.sebab development kilang menyebabkan longkang  tak dapat menampung arus.so air naik tiap kali hujan.melibatkan banyak kilang,dan sudah mula memasuki 1 kilang itu. kos rm X.X juta. 72% dari bajet yang diperuntukan.

bajet perlu dihabiskan tahun ini.kalau tak,tahun depan tak dapat.dihabiskan maksudnya sehingga proses pembayaran.buka tender,buat longkang segala benda kena siap bulan 12 2011.

dah tentulah kalau bagi semua,tempat-tempat yang lain dalam negeri tu tak dapat.

kalau korang,pilih yang mana?
jalan yang pecah - melibatkan nyawa sebab ada pekerja dah pernah accident.
banjir yang memasuki kilang - melibatkan harta benda pengilang dan pelabur,merosakkan jalan

atau menjaga, industri kecil sederhana,atau pengilang yang besar sebab melibatkan ekonomi negara?
tapi bajet tak cukup?macam mane?
sempat ke projek siap tahun ni?

*tiba-tiba teringat kursus BTN dulu..yang mana didahulukan :
Negara, Keluarga, Diri Sendiri, Bangsa?
Agama,Masyarakat,Pendidikan, ape eh satu lagi?*

kan aku kata,serius.

p/s : weyweyweyyy..entry tahun ni dah exceed post entry tahun lepas yaw!

Monday, April 25, 2011

weekendlah.

aku sebenarnya tak banyak nak update.
tak banyak perkembangan yang terlalu kembang
just spent my weekend dengan aktiviti-aktiviti biasa tiada yang luar biasa.

Movie - Rio 3D

Jumaat malam Encik suami belikan tiket wayang Rio.aku meeeemang suke tengok kartun.nak2 kartun yang cantik2.so we off macam biaselah ke Midvalley,movie starts 9.30pm.
lepas dinner kat rumah..aku yang bersemangat alam ni balik dari office terus masak..dalam before 9 kitorang dah gerak keluar.
total i give 4.5 out of 5 star for Rio.Best!


jangan tertipu.si Panda gemuk kegemaran aku ni akan berada di pawagam bulan depan.
die memang over sikit.

the next day kitorang ke Gombak,attend majlis kahwin sepupu ayah. Jumpe writer Awang Goneng.
I've read about his book the week before lepas jumpe buku tu dalam bilik husband in Cyberjaya.
best jugak,proud to have a local writer that writes about  lives in kampung,specifically in Terengganu. And his English is superb!
read here for his writings.

We then sleepover at in law's that night.
konon-kononnya bercadang nak joging pagi Ahad..selama aku kahwin tak pernah lagi joging dekat area2 rumah kat Cyber sedangkan aku teringin sangat and tempat tu selalu jadi target untuk lokasi penggambaran sebab cantik and tepi tasik.

tapi biaselah,dah name pun weekend.bangun takde awalnye.
so dalam hati jelah pegi jogging tu.

aku ada date dengan kawan-kawan baik yang dah laaaaaaaame kitorang tak lepak together.
we used to lepak 4 of us before any of us got married.
and guess its already a year when Kida got married?
err 14months?
meaning dah lebih dari tu kitorang tak catch up.
yes,kitorang memang berjumpa.but normally at friend's occassion,mase tu ramai.
so this time we spent quality time to update about ourself,talking,laughing,crying..ehem.
yes,we talk about things that we could not share with others too =)
and mr.husband,we have already plan this to be our monthly meeting,hehe.


dua orang yang konon-konon.

Intan berusaha cari gambar kahwin dia setelah berjaya menghabiskan makanan kami.
Zuhri dengan healthy foodnyelah kononnya.




we met at the Marmalade,Bangsar.I like the ambience,the food oklah.
not bad.our first time there.
sorrylah tak banyak gambar.sebab sibuk bercakap je 4 orang ni.

Intan then went to saloon to get her hair cut.
then 3 of us continue jalan-jalan..termasuk temankan isteri orang itu beli groceries.
cari sayur sambil bercerita.biaselah tu.hehe

we then sambung makan lagi tak habis-habis at Delicious,this time.
si jakun khalidah and me nak try Pavlova yang diwar-warkan oleh Zuhri.

there our Pavlova.
memang sedap.
I give 4 out of 5 star


ni plak Amy Mastura with Pavlova.haha


cuma pertemuan kali ini telah membawa kepada persoalan sesama sendiri iaitu...
"eh laki ko dah call?"
"husband aku dah sms suruh balik"

dan...

"hai..ni lah dia keluar ngn orang2 dah kahwin ni.."
hehe.

 

so thats it.
=)
dan harini aku berasa sangat berat badan seperti lembab sikit ke tempat kerja.

Monday, April 18, 2011

misplaced?

aku tiba-tiba ada satu masalah.
dan aku benci masalah itu.
masalah itu adalah kecik

kerja di bahagian baru sekarang memerlukan aku berkawan dengan baaaanyak file.
sebab kerja memproses.
dulu pernah jugak kerja memproses,proses resume orang
yang ni permohonan-permohonan kepelbagaian company2 yang nak meminta pengecualian cukai
dan company2 overseas yang nak bukak office kat Malaysia
memang pengalaman baru

masalahnya adalah..setiap file mempunyai cerita sendiri
guideline ada,tapi semua file cerita dia lain2.
so ape nak kena buat,lepas baca file yang berbuku2 tu,kena check sama ada semua dokumen,form yang diorang isi tu cukup untuk kita prepare report.
dan masalah aku pulak,setiap yang aku conteng2 atas kertas baik dari perbualan dgn company,perbincangan dengan colleague,bersepah2.
tengah buat yang tu,datang yang ni.
tengah fokus yang ni,company lain plak tetiba datang mau jumpa.

aku bukan mengeluh tentang kerja,tapi sikap aku yang aku tak ingat mana kertas2 yang aku conteng2 tadi.
bila dlm kepala nak call company ni nak bincang hal ni,diorang plak takda.
dah kena call esok.
esok file lain pulak,tiba2 datang lagi file.
pegi fotostat kejap,dah lupa mana letak kertas conteng tadi.
nak pulak bila yakin ada atas meja tadi.

sudahnya mane pegi????

Friday, April 15, 2011

beware girls.

it is scary when reading the newspapers reporting a lot of missing cases involved the underage especially girls.
The New Strait Times yesterday reported,a mother was begging to anyone who had seen her daugther Nur Atiqah Tajuddin 16 , together with her friend, Nuraizah Atiqah Nordin age 12 were missing after school.

What dissapointed me was it  happened in a school located in front of my house in Putrajaya!

that is sooooo scary!
and guess what happened to the girls in Utusan today? (read here).
Alhamdulillah,they are safe regardless knowing the real story (there are also cases involving the school children runaway from family just to get together with their boyfriend.I just don't understand this.)

and today..another missing case, here

ya Allah,mintalah dijauhkan dari perkara-perkara tak elok.

I remembered when I was about few months move to Putrajaya back in 2002.
There were no public bus, most of the houses are still under development, the traffic light is still not in used ... there were no huge supermarket, except for only 1 corner lot mamak shop and a small Malay shop selling 'barang-barang runcit' at all expensive.
There was no Alamanda, no Carrefour,not many school, not many people,not many trees etc.
The nearest kedai runcit that I mentioned earlier was about 500m far.

Comparing to our house in Kajang, it was only at the back of our kitchen door,only a few steps away.
So you understand how I felt especially when I walked at a new boring place like that.
It just so far.

Until one day, when I was walking back from kedai runcit alone, I realized there was a some sort MPV with a guy driver following me.
He was on the road, while I was opposite but we both on the same way.
And I can see him looking at me and when there is no one, he was trying to drive to me but luckily he has to turn to the other junction (to the opposite) and I have nothing in mind except to RUN!!!!!

luckily I was walking and he was driving and that gives  me credit when I don't use the main road and trying walk in the so called 'landscape' nearby so he will not see me and I run breathlessly until I reached home.

That is just sooo crazy to remember of.

Alhamdulillah I am saved and I could not imagine any other worst than that.

Please please please be extra careful and have someone to accompany you and remind your loves one to take extra caution too.

Wednesday, April 13, 2011

have you ever?

have you ever dream of something that you really want to do/things that you've been keeping for so long in real life?
like voice out your dissatisfaction towards certain people say your parents,siblings,friends,neighbours,bosses or officemates? (Im not talking about dreaming to travel around the world,be rich,more handbags and beautiful clothes)

well,I did last night.
I dreamt that I shout my lungs out loud and say every single word very clear and throw all the things that I've been keeping so long that I know it will not work if its in real life.
of course I shout to the specific person.

and the reason of me shouting?
because the person never listen.

and I feel so relief.

also tired of shouting when I woke up this morning. 

kucing dan publisiti murahan.

hanya gara-gara seekor kucing yang terperangkap di atas bumbung di antara tingkat 2 dan 3
dan di antara rumah aku dan jiran sebelah...


satu balai bomba aku panggil mintak selamatkan!

ini bukan main-main.
aku memang mahu mengambil gambar,tapi handphone tinggal di rumah.
minta pinjam handphone suami, suami kata "ni bukan perkara main2,nak ambil gambar ada tempatnya"
(sambil jari menekan button click kamera depan balai bomba).

'saya bukan nak bergambar..saya mahu ambil gambar.gambar bukan untuk suka2,tapi in other way,gambar boleh jadi bahan bukti,boleh jadi simpanan untuk masa hadapan..terutamanya bila nak ingat tarikh. bila ingat tarikh,mcm2 kita ingat esp apa yang kita buat haritu'
of courselah,saya jawab dalam hati.

malas nak cerita panjang2..of courselah kami panggil orang maintenance building mintak tolong dulu..
agak2 dah tak boleh, kami panggil jelah bomba.
memandangkan balai bomba sebelah umah je,berjalan kakilah kami merentas hujan2 renyai nak pergi minta tolong.
guess what?

encik bomba tu bawak skali kereta bomba dan ada bunyi siren you!
aku dan suami malu pun ada..tapi takpelah.
yang datangnya aku kira dalam 8 encik dan puan bomba berpakaian uniform lengkap. (teringat waktu jadi bomba seminggu masa DPA)

kesimpulannya kucing mengada tu berjaya diambil hanya dengan menggunakan tangga sedia ada yang kami gunakan awal-awal tadi.
actually masa sebelum panggil bomba,encik maintenance tu dah dapat pegang badan kucing tu,tapi kucing tu penakut ke gayat aku pun xtau..die cengkamnye salur getah kat tepi tu taknak turun.
bila baling roti,makan..kesian,lapar sungguh dia.

hai kucing kucing..
p/s : aku pernah sekali nampak kucing ni keluar dari lif masa aku kat ground floor,dari tingkat berape pun xtahu.agaknye sebab tulah die gayat kot.

Tuesday, April 12, 2011

is Malaysia safe enough?

today,The Crown Princed Raja Muda Perak,Raja Nazrin was complimenting the state government for their strong effort in convincing more investors to invest in Perak... (click here)

while I, has been called by a new officemate to joined in an unformal meeting with a company - to complaint that their company has been hijacked, not once..but twice in a month!

and guess how much is the total estimated lost? RINGGIT MALAYSIA THREE MILLION!
O.M.G! *slap forehead*

the meeting basically to alert us that the CEO of the company will come down here from the US to meet the higher level of the management, together with the policeman.
Not to calm him down, but to tell him what are the actions taken by the authorised in between and in the future because the Company's liaison did mentioned,

"they just hate the words or anything related to hijacking"

hohoh.so mean.

the company's investment from the year it started to invest in Malaysia is RM 2.3 billion and the CEO has made a statement ...

"we will considering to reduce the investment in Malaysia in future"

*gulpp*

Can't wait for the meeting next Thursday!
Is Malaysia safe enough?

Monday, April 11, 2011

wedding Azla dan hari minggu kami

Selamat Perantin Baru untuk Azla Shazila Abdul Rahman dan Ishamuddin Ibrahim yang selamat bernikah pada hari Jumaat lepas,8 April 2011 di Banting...

Azla,sahabat dari zaman matrik sampailah kami sama-sama sekelas dan sebilik waktu di KUiTTHO dulu.
masa matrik,bilik depan-depan. setiap kali outing, dia tak pernah lupa belikan aku coklat. =)
eh tapi apesal sekarang dah tak belikan eh?haha!

mase di KUiTTHO toksah cakaplah..sekelas,sebilik lagi.
macam2 kitorang share.macam2 rahsia kitorang tau.
setakat muke busuk baru bangun tido tu dah kenal sangat dah.hahaha

rindu zaman dulu-dulu kan?
semoga rumahtangga yang dibina diberkati oleh Allah swt and be good to each other!hehe =)




eh tu anak sape plak tu?
pandai eh nampak orang pegang kamera,buat2 duduk depan..rupenya nak masuk dalam gambar skali. ;)


ok,ni plak kisah malam minggu.
terasa nak makan luar.kejap tekak ni nak western,kejap nak makan makanan thai.last-last teringatlah rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) pernah pegi 1 restoran ni nama dia Four Season.

2 kali pernah tengok tv pasal restoran ni.
First dalam TV1-tentang makanan Halal di Malaysia.
diorang buat review tentang restoran ni offer macam2 jenis makanan,name pun Four Season..pastu masuk JJCM lagi..so oklah,bergeraklah kami ke Wangsa Maju,Seksyen 5.

Iklan sekejap.
Dalam perjalanan,lalu Jalan Tun Razak segala...
dah lama aku nak ambik gambar ni..betapa aku dan suami terpegun melihat bangunan gah ni sejak dari waktu dia renovate.
bila lalu masa tgh renovate,aku ingatkan tengah proses mencuci bangunan..sekali bila siap,wallah!

gambar jauh sikit..tak nampak?


dekat sikit...


tak nampak lagi? nahh!


haa..cantik,kan? 2D LED screen yaw..
boleh keluar macam2 gambar sebesar bangunan lah sebab buat atas bangunan kan..
berapa ribu pixel lah tu..sure mahal nih..hebat2.
walaupun dah banyak kali aku dan suami lalu sini,tetap teruja mcm first time tengok.isk isk isk

ok sambung cerita.
sampai je Wangsa Maju,pusing punya pusing punya pusing..
guess what?
kedai Four Season tu tutup!
bukan setakat tutup,bahkan siap ada sign "For Rent" skali.
phuh!zaman bila punya JJCM diorang duk review nih?patutlah dalam GPS tak jumpa.
tak sempat nak ambik gambar,sebab emosi yang agak terkejut selain dari kepala ligat memikirkan tempat lain yang kitorang nak makan.
alang-alang dah datang jauh ni kan...

last2 kitorang jumpe tempat ni...ha..tengok2 gambar dulu ya.

cantik kan tempat dia?



tak sempat nak ambik gambar menu kat dalam,waiter dah ambik balik.
diorang offer various of foods.
ada western foods,eastern foods lain2 biaselah..ada lauk2 sikit,mee,kuey tiaw.
price wise,suprisingly standard harga biasa.
aku ingat mahal,tengok pada susun atur restoran.
ada certain foods macam oyster cheese tu mahalla,ikut standard price..

memule nak makan western foods,tapi tengok2 gambar..macam kureng menarik je..so last2 kami order kuey tiaw .

en.suami takde kerja sementara tunggu order sampai..cantik,kan?

lapar dah ni,dah pukul 9 lebih..suami makan kuey tiaw kantonese,aku makan penang kuey tiaw. 


ayat ini bukanlah sebab aku lapar,tapi makanan die memang sedappppppp!!!
nampak je biase,tapi 5 bintang!
alhamdulillah,puas hatilah..harga,portion dan kesedapannya dan kecantikan restorannya..wallah!
4 thumbs up!
gambar waktu makan tak ade,sebab tau2 je dah habis.haha!



so next,jomlah kite menyebok bergambar kat sekitar restoran ni..

ehem2..please excuse me.

ala2 cover magazine wanita lah ni kononnya.
Datin Farha in action.
sila abaikan kualiti gambar ni.tersilap setting da.

boleh jugak kalau nak minum kat sini


deko

suke sangat lampu bawah ni..tempat suami berdiri tu ada byk magazine,kira sudut membaca lah tu..sambil duduk kat unggun api konon2nya



ni dapur dia.kat belah depan lepas pintu masuk.

there you go!sesuai sangat namanya,The Cozy Place!



lepas makan..kitorang gi jalan-jalan kat Downtown Danau Kota..
sebab suami tak pernah pegi,aku pun pernah pegi sekali..takdelah plan pun..
sikit punya ramailah manusia kat situ,tak tidur lagi rupanya diorang ni..
and kedai sangatlah banyak,macam2 ada...sampai peninglah.haha
sebut je ape,perfume,selipar,jersi,cadar,tudung,tshirt,jeans,ikan pelaga,hamster,macam2 ada!



ni pun ada..sampai terjuntai2 lintah tu kat muka customer aku nampak..gambar tak letak sebab gambar goyang.

 



itulah hari minggu kami.
hari Sabtu kami,to be exact.

Friday, April 8, 2011

Al-Fatihah : Cikgu Azizah Daud

cikgu, maafkan saya kerana tak pernah menjenguk cikgu selepas kami tamat sekolah.
pernah 2,3 kali ke sekolah 3tahun pertama lepas meninggalkan sekolah..
tapi tak jumpa cikgu.
dan percaya atau tak,tahun ni genap 10 tahun kami meninggalkan sekolah..

saya tahu ini terlambat,tapi saya harap cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kami.
terima kasih tidak cukup untuk membalas jasa cikgu.
kami doakan semoga cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,insyaAllah...
jasa cikgu mengajar kami,melayan kami takkan saya lupa sampai bila-bila..
terima kasih cikgu.

Al-Fatihah kepada Cikgu Azizah Daud,yang mengajar matapelajaran Sains dari Ting 1-3,SMK Convent Kajang.
Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah pada 7 April 2011 jam 1.20 pagi akibat diserang kanser.

Tuesday, April 5, 2011

20 years of friendship...and its my best friend's wedding.

I have an emotional weekend last week I must say.
nobody knows about it.
and of course happy and still emotional at one time even I've passed few occasions after that

last Friday was my best friend's wedding.
and we had known each other for 20 years.
can you imagine that? 20 years?
and we still happily sticked to each other.
(I feel that I wanted to cry when I'm typing this.)

she is no one I can compare.
a very good friend. a best friend.
a friend that I can still picture how she look like when she was (I mean,we were) in standard 1.
and how she look like when we were in secondary.

how we were wearing our dark blue pinafore with white shirt during primary-were running, playing and hung together to the nearby tiang and play a game where whoever late arrived and don't get any tiang will be the monkey and monkey need to grab a tiang of others when the other players need to exchange among them (haih,only those who ever play that knows,and how I missed that moment)

we spent most of our time in primary school in the same class.
most of it.
how I remember she was among the tallest girl in the class while I am the opposite and how fair she is genetically brought from her parents and most teacher thought she is a chinese.

how we spent time together during secondary days and she was a prefect while im still with my white normal uniform and how she was the best prefect and easily deal with us,the naughty girls.

how she is always there when we need someone to talk to,how she comfort me, how she make me look things different ways, how she keep on calming me when I am demotivated, how we share so many things together, problems, feelings, relationships, happiness...

how we are concern to each other, how she smsed to tell to pray the best for her when she is about to enter the examination hall, how I share the happiness when I told her that I got a job, how excited she was when she is taking her exam results..how do we make and sent cards to each other to say that everything is going to be ok,and congratulations for being the best student and I know you can do it, how we exchange recipes and call each other to try our cheesetarts,the recipe that I got from Eina's uncle,how do we wrote to each other when we are far apart when Eina and I studied in Pahang (I still keep that letter), how we always reminding ourselves not to compare our lifes with others and appreciate what we have..how do we spent time at together and you had always offer your place so that we can have our best food,best place and privacy to talk about anything, to laugh so hard, and we had never failed to say that we always love and missing each other.

How we know what we both have faced in life for the past 20 years, how you can remember my friends and I remember yours, how we hold each other's hand and share things in life.. is just can not be compare with anything in this world.

I love you,Intan and nothing can change that.
Do you know how hard it was when Im trying not to burst into tears when I hug you during your reception?
It was just a describable feelings.
Happiness.

How I remember 4 of us - You,me,Kida and Zuhri spending time together at a favourite place talk about everything, updating about each other lifes (and status), sharing secrets, arguing (less I may say), motivating, anything! How you are the most helpful among us when we were almost giving up on something..how did you injected the positive charges when we were down...

And I am just..suddenly speechless.
So the husband of Intan,Aizuddin.. you know what are you going to face if anything happen to my best friend! (its a hard warning.haha!)

I promise I will put some of our memories together here...for you to know how I really love you and thank you so much for always be there no matter what.

I love you,Intan.




****
And this is what I have in my laptop.
and some that i took from facebook.
I don't have much here..most of them gambar2 in year 2009 and some in secondary posted by gadis2 yang rajin mengscan gambar.
lets take a look.

The day we celebrated you and Fauzan at Full House, Jan 1 2011

gambar ni gelap sikit...an evening at your's,its home made banana split!
May 30,2009

Ikea shopping with Naba's niece, Dec 31 2009

Lunch date with the girls - Nando's Alamanda, Feb 2009

Our form 4 time!I remember it was early morning and Eina tak sempat letak beg pun!
and she is holding a SPM book!hehe,so cute
look who with heavy cheek at the back?

San Francisco Pizza,Bangi. Oct 2009

Iftar at The Apartment,KLCC. Sept 9, 2009


and there you go,my girl ...
Congratulations Intan and Iju!
may you both grant happiness ever after..amin..
photos taken from Intan's fb



dari zaman sebelum akil baligh,sampai dah kawin dah kita..how time flies!

Monday, April 4, 2011

entry ini adalah entry mengutuk.

sebelum itu, sila baca tajuk di atas.
jangan kata saya tak warning!hehe.

nak kata tak mengutuk, memang mengutuk pun
tapi aku nak menceritakan kemeluatan aku membaca paper semalam
kadang-kala,membaca ni bukan sekadar nak mendapatkan info,tapi nak melihat mcmana 'pandai'nya orang zaman sekarang ni...
nak tahu jugak.. "eh?macam mane boleh jadi macam ni?"

haa..ape kes?
gosip artislah.
artis ape?artis melayulah.
melayu mudah lupa?
tak tahulah.

minggu lepas ada kisah erma fatima,disambut oleh -entah siapa- untuk menyambut hari jadinya secara tertutup..
alkisahnya dia dan beberapa tetamu dipanggil,alih-alih ada tarian lucah dan separuh bogel oleh geng-geng maknyah..
bukan sebarang mak nyah,tapi yang stok pakai G-String,bikini segala..dasyat betul yea..
gambar-gambar pun ditunjukkan,memang dasyat..nak tengok dasyatnye macam mane..
google jelah
tak sanggup nak tepek kat sini.

ramai yang mengutuk dan mempertikaikan..kenapa erma tak tinggalkan majlis?
kenapa penganjur buat majlis macam tu sedangkan dia dah berimej bertudung litup dan banyak menghasilkan karya-karya lebih berunsur Islamik?
kenapa orang besar dari Istana Budaya pun ada?
kenapa penerbit/produser (aku tak ingat) yang menghasilkan cerita dakwah pun ada sama?
kenapa?
kenapa?
kenapa?

senyum je baca,hati melonjak-lonjak nak tahu siapa penganjurnya.

dan minggu ini..Pancaindera menemubual beberapa jemputan..
antaranya sahabat baik Erra Fazira,dan Umie Aida--Zahida Rafik.
aku pernah terserempak dengan dia sekali di KLCC lama dulu,sebelum dia buat pembedahan plastik (mujur dia dan mengaku dan insaf atas sebab kesakitan akibat pembedahan tersebut).
cantik orangnya..
sebelum pembedahanlah.

walaupun dia hanyalah sekadar jemputan yang tak tahu tentang plan persembahan tersebut..
pada aku,dia hanya menunjukkan kebodohan dia dengan komen-komen yang dia bagi tu..
bukanlah kata kita pandai..tapi cuba baca ayat dia..
10 kali baca pun aku rasa ayat tu tak betul.

Klik Sini.

ape maksudnya kalau yang membuat persembahan tu wanita tulen baru boleh dikatakan keterlaluan?
dan sebab mereka maknyah,dan maknyah adalah lelaki..diorang boleh berpakaian mcm wanita ke?
pakai G-String,bikini segala?
dan menunjukkan punggung ke penonton?
tak cukup keterlaluan ke tu?
dan paling menyedihkan.."jangan salahkan golongan ini kerana mereka memang mencari makan dengan membuat persembahan begini?"
subhanallah...

dan mempertikaikan kenapa mereka yang menjadi sasaran sedangkan banyak lagi event yang mcm tu diadakan?
subhanallah
merepek apa depa ni...?

dan akhirnya..yang mempertikai ni lah berfikiran kolot..sebabnya dialah yang paling moden..
tak kolot,up to date..gila betul

kalau dah wartawan tanya tu..cakap minta maaf sudah memadai,sebab dia pun tak tahu tentang hal tu..
toksahlah beriya nak lemparkan kata orang lain kolot pulak..hadoila

aku pun bukanlah pandai nak kata orang bodoh
tapi kita,kalau tak pandai..toksah kata apa-apa
pada aku,concern aku adalah golongan macam diorang nilah yang akan mengelirukan generasi akan datang
kalau budak-budak sekolah baca?
pemahamannya akan jadi.."oh,bolehlah nak buat macam ni rupanya..sapa pertikai,dia tu kolot"
ape mak bapak nak cakap kat anak-anak?

gila.
memang gila.

apelah nak jadi dengan dunia akhir zaman ni..
mintaklah dijauhkan dari perkara-perkara melalaikan ni