hi blog and readers,
dah lame rasenya tak update.
susah sikit skarang ni sbb kt rumah baru ni takde internet access
wifi berderet2,tapi yang free hanya satu.hehe
tu pun ikut nasib
so nasib baik sikit petang ni,alhamdulillah
bolehla tulis ape yang terlintas di fikiran
alhamdulillah baru selesai majlis sebelah pihak lelaki ahad lepas
semuanya ok,alhamdulillah=)
lain sikit sebab buat sebelah malam
so baanyaklah bezanya dgn buat tengahhari
gambar2 belum ada lagi
ada nanti akanku postkanlah ape lagi,kan?
esok nak berbulan madu,ehem.
tapi kitorg dah mcm sihat tak sihat je nih
almaklumlah..cuaca (ayat standard..)
nak honeymoon ni pun xtau mcmmane keadaan cuacanya nanti,harap2nya baiklah...
banyak sebenarnya nak tulis
tapi sequence dalam kepale nak menulis ni tak tersusun.
plus momentum menolak untuk menulis tu kurang sikit.
nantilah ya =)
Tuesday, November 23, 2010
followers
oh no
aku perasan ini sedari minggu lepas lagi
senarai followersku telah hilang
walaupun ade nombor.(walaupun hanyalah beberapa)
dah cari2 kat google
but seems masalah ni belum fix and ada any convinced answer
anyone ada masalah same?
tak besnyeee

Friday, November 19, 2010
aktiviti menonton gambar
harini tak banyak nak tulis..
just nak upload gambar2 dari sang photographer
banyak sangat sampai tak terpilih
enjoy the solemnization photos, 6 Nov 2010 =)

Monday, November 15, 2010
seminggu sudah...
di kala aku taip post ni,mataku terkebil2 seperti contact lense itu kekeringan
ditambah ada perasa sedikit kemengantukan
maka lebih terkebil2 jadinya.
tapi itu bukan perkara yang ingin dicoretkan.hanya baru sebuah permulaan.
seminggu sudah.cepat betul masa berlalu.
hari minggu sebagai orang yang sudah berkahwin,sangat lain berbanding bujang
sudah tentulah kan? (ehem.)
seminggu jugak bermakna aku duduk di rumah keluargaku.
maka sudah tiba masanya untuk hidup sendiri.
dan hari2 minggu,semalam khususnya lebih kepada aktiviti2 pemindahan
barang2 sudah kemas,basically baju2 jelah pun
dan hadiah2 yang menggunung banyaknya yang dapat tempoh hari
wah!
bila lagi seumur hidup nak dapat hadiah banyak mcm tu?
26 tahun hidup pun belum gerenti dapat
santa claus dalam cerita riang ria kanak2 pun belum tentu larat mendukung sarung beg hadiah sebanyak itu,kan?
excited.
tapi hadiah2 masih belum dibuka.tak mahu menyepahkan rumah yang masih dalam keadaan kemas itu.
maka 2 buah kereta selain dipenuhi barang2 pindah,hadiah sajalah yang nampak
ibarat kereta di dalam carrefour (teka berapa banyak hadiah dan menang.ehem)
ku perasan..ibuku sudah mula membuat muka sedih tatkala aku dan en.S mengemas.
ibarat anaknya mahu terbang ke hujung dunia yang perlu menaiki pesawat selama berbelas2 jam untuk sampai.
biasalah,hati seorang ibu.
kita takkan tahu sehingga kita sendiri berada di tempat mereka.
adik2 dah tanya,kakha nak ke mana?
berapa hari?bila nak balik?
persoalan seperti aku mahu menyambung kursus 7 bulanku itu,haih!
ibu mencium mukaku beberapa kali.
dan ya,ibarat jauh dan lama benar peninggalanku nanti.
"kakha dah tak duduk dengan kita"
sayup je dialognya tatkala adik keluar rumah untuk menghantar kami
alahai...
jaraknya cuma dari rumah ke tempat kerjaku yang hari2 aku berulang alik
sebelum ini.
jangan terlalu disedihkan perkara yang tidak apa2
ayat cuma memberi motivasi dan memujuk diri sendiri
bukan pindah untuk berperang,kan?
bukankah kita ada pilihan untuk tidak bersedih dan memilih untuk sama2 gembira?
ok,cukup setakat tu.
banyak lagi perkara yang ingin dicoretkan di sini untuk hujung minggu pertama
berpindah ke tempat sendiri
mengemas bersama2,menggunakan troli (yang dipinjam dari rumah mentua)
mengangkat barang2 dari kereta ke tingkat sepatutnya
dan bila boring dan penat,duduk atas troli sambil ditolak sang suami untuk turun ke bawah dan ambil barang lagi.
haih orang baru berkahwin,indahnya..
bukan cuba menjadi skeptikal,tapi itulah hakikatnya.
baru seminggu,kan?bagilah can sikit.
habis mengemas,belum habis sebenarnya.untuk hari tersebut
masih banyak lagi hadiah2 di dalam kereta 1 lagi
aktiviti keluar makan kerna dapur masih belum boleh digunakan
aktiviti pemulangan baju kahwin dan fitting baju untuk resepsi 1 lagi
dan aktiviti membeli barang2 dapur.
wahhhhhh!
agak excited disini
aku cuba menjadi excited terhadap diri sendiri,bukan cuba.memang pun (dalam hati je)
kerana perasaan itu hanya sekali seumur hidup
dan aku doa moga perasaan itu berkekalan,amin...

Wednesday, November 10, 2010
kehidupan selepas bergelar isteri?
1 perkataan yang cukup untuk mendiskripsikan persoalan di atas.
Sibuk.
aku perlu bijak membuang perkara2 yang kurang 'priority' yang aku lakukan sewaktu bujang dulu.
antaranya?
mengadap facebook berjam2 tanpa arah tuju.(malu)
ya.harini hari terakhir aku cuti.sebelum melangkah semula ke pejabat hari esok dan bercuti semula 2 minggu lagi,insyaAllah
dan baruku tahu,kenapa sahabat2 wanitaku yang sudah berkahwin pernah menyatakan..
"kan best kalau jadi surirumah sepenuh masa"
dan tak dapat dibayangkan olehku hari esok bermula dengan hari2 sebagai isteri yang bekerja.
isteri?wah.sudah mendapat gelaran baru.
puan farha.
alhamdulillah,tiada apa yang dapat disebut setakat ini melainkan syukur padaNya.
dan aku berharap syukur ini ku rasa dan bawa sampai bila2.
hingga ke syurga.
pagi tadi sang photographer hari kejadian 6 dan 7 November dah email kepada En.S (upgrade dari En.T) gambar2 yang ingin dimasukkan ke dalam story board.
pantas sungguh si pro itu.
alasannya,siap awal kerna mahu pindah rumah.
lagipun gambar sudah cukup cantik,tak banyak perlu di edit.
maka En.S email kepadaku dan tugas aku untuk menyibuk melihatnya setelah beliau ke kelas.
masyaAllah..cantiknya.segala2nya!
akanku simpan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup ini.
nanti ku kongsikan di sini.
Nota pernah teringat dulu2:
masa sekolah rendah dulu,sekolah agama..ada seorang Ustaz.Ustaz Kamal namenya.
dia pernah cerita...
katanya,
"Dalam hidup kita ni,ada 3 waktu orang ramai akan melawat kita.
Pertama : waktu kita lahir.
Kedua : waktu kita mendirikan rumahtangga.dan
Ketiga : waktu kita mati."
dan telah tiba waktuku pada saat yang kedua.Syukur.
kuatkanlah hati ini Tuhan,supaya tidak lupakan Engkau Penciptaku..agar selalu mengingatkan diri sendiri tentang mati.
dan aku hanya menulis bercampur2 agak kurang kaitannya dengan tajuk di atas.sekian.

Tuesday, November 9, 2010
tarikh keramat
alhamdulillah..
syukur ke atas nikmat Allah SWT,atas segala yang telah ditentukan olehNYA,segala aturan yang sempurna..
jutaan terima kasih terlalu kecil kepada kedua orang tuaku,ayah dan ibu..kedua mentuaku..ayah dan mummy..keluarga besarku...adik beradikku..saudara maraku..pakcik makcikku..sahabat2ku di atas segala sumbangan pada hari tersebut..
segala doa,restu dari semua,terima kasih..
alhamdulillah...

Wednesday, November 3, 2010
berape jam lagi?
dan tatkala diri ini bangun untuk solat subuh
dan bila teringat harini hari Rabu
minggu ini
rabu ok.
dan hati aku tidak henti berdegup kencang
masyaAllah
beberapa jam saja lagi
berapa jam saja lagi aku bangun dan mengikut rentak aku sendiri?
cepatlah masa berlalu
=)

Monday, November 1, 2010
just so many in mind
minggu ni minggu cuti ku
cuti tak bermakna berehat
cuti lebih penat dari bekerja
dan juga hari2 yang lebih banyak menguji kesabaranku
dan aku kadangkala seperti orang hilang akal bila berhadapan dengan perkara2 yang menguji kesabaranku
sehingga seperti tiada rasa
hilang semuanya
moga Allah SWT menguatkan hati aku hari demi hari.
Amin Ya Rabbal Al Amin...
to Jismin Yusoff : terima kasih di atas prank call yang betul2 prank itu.haha.walaupun segala caci maki keluar dari mulutku (maaf,tidak dapat dikawal tatkala ianya berlaku) akan tetapi,aku tetap tersenyum setiap kali mengingatkan peristiwa itu.terima kasih atas kenangan itu,Jis =)

Subscribe to:
Posts (Atom)