Thursday, November 9, 2017

terharu

malam semalam, hari Rabu malam Khamis..
sesudah dinner di luar dekat dengan area2 rumah, kami terus ke rumah mertua.
Asalnya pembantu yang saya dan suami carikan untuk menjaga di rumah mertua yang baru sehari, kurang sihat. Jadi kami cadang untuk bawa pembantu itu ke klinik.

Selepas balik dari klinik, waktu sudah menginjak jam 10 malam..
Ibu mertua saya sudah mahu berehat dan tidur. Sebelum tidur, suami saya tolong angkatkan sedikit badan ibu mertua saya supaya kedudukan baringnya lebih selesa...Ibu mertua saya telah hampir 2 tahun bedridden, setelah serangan strok pada tahun 2015

Fawwaz yang sedari tadi suka untuk ambil kerusi dan menjenguk nenek (kerana kedudukan katil nenek tinggi)..
Apa yang sangat sangat menyentuh hati saya semalam adalah apabila anak saya Fawwaz tengok ayahnya mengangkat neneknya, mulutnya yang petah berkata tu kata..

"Kuatnya ayah angkat nenek. Fawwaz dah besar nanti nak angkat Ibu macam ayah angkat nenek"

Allahuakbar, sayu dan terharu sangat hati saya mendengar. Semoga anak soleh Ibu sentiasa diberkati Allah, dibersihkan dan dilapangkan hati dan penyayang dan dirahmati Allah selalu. Ibu ayah saayang Fawwaz ...

Monday, October 30, 2017

Fitnah Ilmu 1

"Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain, adalah pada akal dan upaya fikir manusia. Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?
Dengan ilmu, manusia yang tidak tahu menjadi tahu. Dan semakin dia tahu, dia sepatutnya semakin menjadi manusia. Bukan tuhan yang lupa diri, kembali bodoh dengan keilmuan dan kesarjanaannya. Justeru membaca adalah ibadah." - Hasrizal Abdul Jamil.

Tuesday, August 22, 2017

Rahsia Allah turunkan ujian pada hambaNya

Rahsia Allah turunkan ujian pada hambaNya

Surah Al Imran 3:186

Allah telah berjanji Allah akan uji hambaNya,ujian melalui :
1)harta benda (termasuklah ibu bapa,anak2 dsbnya);
2)diri kamu sendiri (cth :kesihatan);dan
3)hinaan dari orang2 musyrik

Surah Al Baqarah (1:155)

Selan itu,Allah juga telah tetapkan ujian seperti :

4) perasaan takut terhadap musuh;
5) kelaparan;
6) kurang harta benda/jiwa/hasil (cth : hasil dr perniagaan)

Allah telah janji bahawa Allah turunkan ujian untuk menguji kekuatan iman hambaNya,dalam beriman kepadaNya.Sedangkan Allah telah janjikan dalam surah yang sama,

HANYA ORANG YANG SABAR YANG AKAN BERJAYA.

Apabila diturunkan ujian,hamba (orang Islam) yang beriman,harus bersyukur & redha, kerana Allah telah memberi peluang untuk dia mnghapuskan dosa-dosanya.

Orang yg dihapuskan dosa di dunia adalah lebih baik dari Allah timpakan balasan di akhirat kelak.

Maka bersyukurlah dengan ujian yg diturunkan.

Surah Al Baqarah 2:157

Telah Allah janjikan Allah akan beri 3 perkara kepada golongan As-Sobirin (yang sabar) iaitu :

1)Selawat (kebaikan dari Allah);
2)Rahmat; dan
3)Petunjuk
dengan masuk syurga tanpa hisab

Surah Al Zumar 39:10
"orang yang bersabar, Allah akan sempurnakan pahala mereka tanpa batas"

Maknanya 
1)boleh pilih mana2 pintu syurga yg dia mahu;dan
2)masuk syurga tanpa hisab

Surah Al Rad 13:23-24
Malaikat akan masuk dari semua pintu syurga, memberi salam pada golongan As Sobirin serta mengucapkan salam dan tahniah di atas kesabaran mereka, kerana itulah yg terbaik.

cerita sebelum tidur

seperti hari-hari biasa sebelum tidur, anak soleh Fawwaz akan request untuk tidur dengan Ibu.
Ibu pula akan bagi syarat, seusai ayah yang selalu uruskan Fawwaz sebelum tidur, gosok gigi, pergi tandas dan pakaikan pampers...Ibu kata Fawwaz tidur dulu. Lepas Ibu habis solat Isya', ibu tidur bersama Fawwaz.

Sambil tu seperti biasa ibu dan ayah minta Fawwaz bacakan surah-surah pendek.
Alhamdulillah, Fawwaz boleh baca surah tiga Qul, Surah al-Kauthar, ayat Kursi, surah al-Insyirah, surah Quraisy, at Tin..banyak lagi boleh baiki bacaan.

Kadang-kadang bila Fawwaz tak boleh tidur, dia akan senyap2 datang belakang Ibu waktu Ibu solat, nak mengaji dengan Ibu katanya..(yang sebenarnya nak ajak Ibu tidur sama-sama).
So kami akan baca surah al-Mulk sama-sama, Fawwaz ikut baca juga sikit-sikit hujung-hujung.
Saya tengah dalam proses (slow sangat prosesnya) menghafal, semoga kami sekeluarga dapat sama-sama hafal dan mendalami surah al-Mulk in shaa Allah.

So ceritanya semalam selesai solat dan mengaji, masa nak tidur, kami borak-borak dulu..
Ibu tanya Fawwaz, "Fawwaz, seronok tak jadi anak Ibu?"

Fawwaz seperti biasa dalam gelap mengangguk, sama reaksi kalau saya tanya dia sayang saya tak?

Saya jawab, Ibu pun seronok jadi Ibu Fawwaz. Ayah pun sama.
Ibu ayah seronok sebab Allah bagi ibu ayah hadiah Fawwaz.

Dengan mata bersinar-sinar Fawwaz tanya saya, "ohh boleh eh bagi hadiah orang kat Ibu?"
hehehe
sebab selama ni dalam fikiran dia, "hadiah" adalah satu benda dalam bentuk barang.
Tak terfikir yang dia juga adalah hadiah untuk ibu ayah.

Ibu doakan Fawwaz jadi anak soleh, bijak pandai,penyayang, macam yang Ibu selalu doakan Fawwaz setiap malam.



Monday, July 10, 2017

Mengenal Kekurangan Diri

Kebetulan pinjam majalah Al-Islam dari library di office, jumpa satu artikel menarik di halaman Tazkirah.
Terasa nak share kerana isi yang menarik dan supaya sentiasa menjadi peringatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian...

Menurut Imam Ghazali, apabila Tuhan memperbaiki keadaan hamba-Nya diberikan hamba itu peluang buat mengetahui cacat diri sendiri sehingga dia pun berupaya mengubatinya. Kerana memang amat banyak jumlahnya orang yang tidak mengenal diri dan tidak tahu diri.

Bagaimana untuk mengetahui kekurangan diri?

1) Carilah guru, pendidik yang berpandangan luas tentang jiwa dan mengerti cacat yang tersembunyi. Lalu dituruti segala nasihat dan saranannya.

2) Carilah seorang sahabat karib yang jujur dan berpandangan luas lagi beragama. Mintalah teman itu tujukan kita mana perangai atau perbuatan dan kelakuan kita yang buruk, baik ataupun batin.

3) Ambil faedah mengetahui cacat cela kita dari mulut musuh-musuh. Kerana, apabila orang telah benci, dia lekas benar dapat melihat cacat orang yang dibencinya sebagaimana jika orang sedang saling sayang menyayangi hanya melihat yang baik sahaja.

4) Bergaul sesama manusia. Pergaulan adalah pendidikan sopan santun yang baik sekali. Kalau semua manusia meninggalkan perbuatan yang tidak disukai orang, nescaya walaupun tidak ada seorang ahli pendidik yang mendidiknya namun dia akan terdidik juga.

Contohilah peribadi Umar al Khattab ketika menjadi Khalifah. Beliau tidak segan-segan menanyakan kepada orang lain yang dipercayai akan kesalahan-kesalahannya. Kepada Salman al-Farisi pernah juga beliau bertanya walaupun Salman segan untuk menjawab. Setelah didesak akhirnya Salman menjawab, "Saya mendengar khabar bahawa engkau makan dengan dua macam lauk. Dan saya dengar pula engkau memakai dua persalinan, sehelai pakaian siang dan sehelai pakaian malam. Itu sudah termasuk boros."

Lalu Umar bertanya, "Selain daripada dua kesalahan itu, adakah engkau nampak yang lain lagi?" Salman menjawab, "Tidak ada."

Lalu Umar berkata, "Mulai hari ini, kedua-dua kebiasaan itu saya tinggalkan." Dan kepada sahabat yang lain, Huzaifah, beliau tanyakan juga, "Huzaifah, engkau banyak diberi pengetahuan oleh Nabi tentang tanda-tanda orang munafik. Adakah engkau melihat tanda-tanda itu pada diriku sendiri?"

Umar yang begitu tinggi kedudukannya dalam Islam, seorang Amirul Mukminin namun masih bertanyakan tentang cacat cela dirinya kepada orang lain.

Orang yang lebih tinggi martabat akalnya, lebih rendahlah hatinya dan lebih banyak dia mengakui kekurangannya. Mereka lebih suka mendekati teman yang setia dan jujur yang dapat menegur terus-terang kesilapannya.

*SUMBER : Lembaga Budi - sebuah karya Hamka. 



Wednesday, June 14, 2017

jasa orang sekeliling saya

Ada 100 lebih draft post yang masih...draft.
bila lah agaknya nak siap tu.

Assalamualaikum semua,
Hari ni Ramadhan ke-19. Alhamdulillah panjang umur dan murah rezeki kita Allah kurniakan sehingga bertemu dengan bulan Ramadhan.
Bulan promosi.
Setiap perkara baik yang dilakukan, berganda pahalanya pada bulan ini, in shaa Allah.
Jom kita sama-sama gandakan usaha dan ibadat kita, kurangkan dan eliminate perkara-perkara yang boleh kurangkan pahala kita.
Semoga kita semua peroleh keampunan dan kerahmatan dari bulan yang mulia ini.

Berdoalah banyak-banyak.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Minta lah apa sahaja dari Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sayu sangat rasanya bulan ni.
Lagi-lagi bila awal Ramadhan tempoh hari, atok tak sihat.
Atok yang menjaga saya sewaktu saya kecil.
Rasa fragile sangat hidup kita bila Allah tarik sedikit nikmat hidup kita.

Atok kena serangan stroke awal Ramadhan tempoh hari.
Atok kuat, kami doakan atok cepat sembuh dan dapat bercakap dengan kami seperti sebelum-sebelum ni.
Alhamdulillah progress atuk baik. Baru beberapa minit yang tadi, makcik saya hantarkan gambar, Atok dah boleh duduk dan tegakkan badan subhanallah.
Semangat atok memang kuat sedari dulu, polis pencen,gitulah.
Walaupun seminggu yang lepas atok baring tak bermaya masa saya ziarah di Hospital.

Atok dan nenek adalah insan yang paling rapat dalam hidup saya.
Yang menjaga saya semasa saya kecil, dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
Maklumlah, antara cucu sulung. Abang saya di kampung sebelah ayah, saya di sebelah ibu, sementara Ibu ketika itu sedang training jururawat di Johor Bahru.

Atok dan nenek kuat orangnya, maklumlah orang kampung, yang kerja-kerjanya suka bercucuk tanam, lasak.
Dari cucu sulung hinggalah yang terakhir (buat waktu ini) dalam 31 orang..kebanyakannya di jaga atok dan nenek.
Nenek pernah menjaga 2 orang menantu dan cucu yang baru lahir sekaligus, dalam masa yang sama.
Sehingga lahirnya Wan Ahmad Fawwaz, cicit kedua, nenek ada menjaga saya bersama-sama Ibu selama seminggu.
Besar sungguh jasa mereka.

Moga Allah sentiasa memberkati hidup dan mati orang-orang yang saya sayang. Amin..

Gambar hujung tahun lepas. Bawa atok nenek jalan-jalan di taman di Putrajaya. Fawwaz tolong ambilkan gambar =)
Raya 2013. Fawwaz dengan Nek Nyang, Fawwaz 4 bulan

Wednesday, March 29, 2017

Ya Allah, who always listen to our prayers

Ya Allah, turn our sadness to happiness; frowns to smiles; hate to love; weaknesses to strengths, and cleanse us of our shortcomings.

Monday, March 27, 2017

Tazkirah oleh Ustaz Mohd Puhzi Yusof, berkenaan kenduri Tahlil arwah,25 Mac 2017,UM

1) Kenduri tahlil arwah hanyalah budaya sesetengah orang Islam dan bukanlah sunnah Rasulullah saw;  

2) Tugas atau  tanggungjawab jiran tetangga atau sanak saudara utk menyediakan makanan/ membantu keluarga yg kematian ahli keluarga;  

3) Bukan tanggungjawab/tugas keluarga yg ada kematian utk menyediakan makanan kpd tetamu kerana ianya bukan sahaja membebankan ahli keluarga itu sendiri,malah takut tetamu termakan harta anak yatim (terpaksa menggunakan duit anak si mati, atau meminjam wang utk mengadakan kenduri);  

4) Kita tahu bahawa amalan seseorang manusia akan terputus selepas nyawanya di ambil Allah melainkan 3 perkara iaitu :

(a) sedekah jariah;
(b) ilmu yg bermanfaat; dan 
(c) anak yg soleh;     
                                 
5) Sekiranya kita sebagai ahli keluarga yg kematian ahli keluarga, berniat utk mengurangkan beban si mati,adalah lebih baik kita tolong dari segi: 

(a)membayar hutang piutang si mati;
(b)membayar hutang puasa si mati sewaktu si mati masih hidup, dan 
(c) menunaikan haji utk si mati. Kemudian dengan lebihan duit tersebut bolehlah di buat kenduri tahlil.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, March 8, 2017

Tazkirah bersama Ustaz Dr Shauqi Othman, 7 Mac 2017

Harini 7 Mac 2016 (bergantung pada tarikh saya post ni) seperti biasa ada tazkirah Zohor di pejabat.

Kali ini tajuk tazkirah "Di sebalik ayat, ada hikayat" oleh Ustaz Dr Shauqi Othman.
Ustaz Shauqi berkongsi tentang tafsir Surah Al-Fatihah.

Points yang sempat saya catatkan :

Al Quran kalamullah yang mempunyai mukjizat yang paling hebat;

Juga dipanggil As Sab'ul Matsaany yang bermaksud 7 ayat yang diulang-ulang.
Diturunkan di Mekah, Al-Fatihah maksudnya pembukaan kepada kitab Al Quran. Disebut juga sebagai umul Quran iaitu induk kepada Al Quran, juga sebagai As Syifa' (ayat penyembuh).

Pelbagai pendapat bagi setiap mazhab tentang surah Al-Fatihah ini. Untuk mazhab Shafi'e, 7 ayat tersebut adalah bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim, maka adalah wajib membaca basmalah ketika membaca Al-Fatihah. Sedangkan mazhab yang lain pula ada berpendapat bahawa 7 ayat tersebut tidaklah termasuk basmalah tetapi tetap 7 ayat.
Seperti contoh mazhab Hambali, adalah sunat membaca basmalah. Ustaz Shauqi memberi contoh imam ketika di Mekah mengimamkan solat terus membaca Al-Fatihah tanpa basmalah, adalah dibolehkan dalam mazhab Hambali kerana sunat dan dibacakan basmalah dengan nada perlahan.

Tiada solat melainkan orang yang membaca Fatihah, betapa pentingnya surah Al-Fatihah ini ianya termasuk dalam rukun Qauli. Perkara baru yang saya belajar hari ini. Dulu masa sekolah tahun rukun solat ada 13 je. Tak tahu yang ianya dibahagikan kepada kategori. Rukun Qauli ni maksudnya tidak mengeraskan suara, atau tidak membaca dengan kuat, hanya dengan nada suara yang boleh didengari sendiri.  Rukun Qauli ini ada lima iaitu:

1) takbiratul ihram
2) membaca al-Fatihah
3) membaca tahiyat akhir
4) membaca salawat ketika tahiyat akhir; dan
5) salam yang pertama

Lafaz isti'adzah (A'uzubillahiminassyaitonirajim) adalah sunat. 

Dalam melakukan apa jua perkara disunatkan untuk membaca atau dimulakan dengan Basmalah.
Basmalah juga menjaga diri kita, "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani".

Ustaz juga beritahu kita untuk mengenali sifat-sifat Allah itu.

Ar Rahman (Yang Maha Pengasih) - yang memberi nikmat yang agung-agung dan pengasih di dunia, dan
dan Ar Rahim (Yang Maha Penyayang) - pemberi kenikmatan di luar jangka dan penyayang di akhirat.

Kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang Istidraj, yang tidak bersyukur dan tidak percaya yang rezeki itu diberi oleh Allah. Yang hanya claim segala perkara (kemewahan, darjat, pangkat, kekayaan) hanyalah dari hasil titik peluh dan usaha mereka semata-mata, tanpa kuasa dari Allah. Yang percaya bahawa mereka mampu dapat apa yang mereka mahu di dunia tanpa perlu solat dan menyembah Allah swt.

Perlu diketahui yang Allah adalah Maha Pengasih, dia tidak membeza-bezakan rezeki di dunia ini untuk orang-orang Islam mahupun kafir, yang beriman, mahupun yang musyrik ataupun yang degil. Rujuk semula maksud Ar-Rahman..memberi nikmat dan pengasih di dunia.

Sifat Ar-Rahim, walau bagaimanapun hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan terpilih sahaja yang akan mendapat anugerah dari Allah di hari akhirat kelak.

Mashaa Allah. Perkara baru yang saya baru belajar juga. Semoga Allah berkati ilmu yang saya baru pelajari ini.

Alhamdu - segala pujian bg Allah. Kita wajib memuji Allah, dan kepujian hanya milik Allah;
Lillahi - hanya untuk Allah;
Rabb - mengorganisasi atau menyusun;
Al Alamin - sekalian alam (semuanya di alam ini selain Allah). Allah yg meguasai dan mentadbir Al Alamin.

Ada beberapa persoalan yang timbul, yang bestnya Ustaz ni bagi siap-siap no telefon dia di awal tazkirah supaya sesiapa yang ada soalan boleh bertanya terus melalui whatsapp dan Ustaz akan jawab on the spot.

Dalam mazhab Shafi'e, adalah sunat untuk Imam berhenti seketika (pause) selepas membaca Fatihah, untuk memberi ruang kepada makmum untuk membaca al-Fatihah.

Soalan lain oleh audience, sama ada boleh atau tidak wanita yang uzur membaca surah Al-Fatihah ketika haid? Jawapannya boleh kerana al-Fatihah juga sebahagian dari zikir, surah-surah amalan kita. Sama seperti surah 3 qul yang di baca sebelum tidur, ataupun doa menaiki kenderaan (sebahagian dari Surah Al-Zukhruf ayat 13-14) yang dijadikan amalan.

Iyya - hanya kepadaMu ya Allah
na' budu - yg kami sembah. Kita mentauhidkan Allah
wa iyya - dan hanya kepadaMu
nas ta'in - memohon pertolongan

Istimewanya manusia ciptaan Allah:

1)Ilham semulajadi, 2)Hawas (pancaindera), 3)Aqlu (hidayah Akal) -Allah muliakan bani Adam dprd haiwan 4)hidayatuddin - hidayah kena dicari 5)hidayataufik - hidayah taufik

Semoga bermanfaat untuk semua. Yang baik datang dari Allah dan sebarang kelemahan dari penulisan dan catatan ini adalah dari saya sendiri.

Tuesday, March 7, 2017

Kursus Pengajian Al-Quran




alhamdulillah setelah hampir 3 tahun graduate pada hujung tahun 2014, kali ini saya menjejakkan kaki semula ke menara gading. 

Kali ini saya mengikuti kursus Pengajian Islam yang di tawarkan di Universiti Malaya (UM).

Sebelum ni memang dah lama berniat nak ambil kursus ni, semenjak berbual dengan seorang sahabat saya di MIDA. Dia beritahu yang dia pernah ikuti kursus ni. Yang menarik perhatian saya (selain kursus yang memang saya berhajat untuk ambil), kelasnya sangatlah memudahkan golongan-golongan bekerja dan telah berkeluarga ni. Komitmennya bukanlah seperti waktu belajar zaman Ijazah dulu. Yelah, dah namanya pun kursus kan? 2 jam setiap Sabtu, kursus selama 4 bulan. Kedatangan mengikut availability, mahu ambil exam atau tidak, boleh pilih. Best, kan? 

Selain tu, faktor-faktor lain juga di ambil kira, dah dekat dengan rumah, mudah, paling penting, harga yang sangat-sangat berpatutan,niat dan restu dari suami. Terima kasih suami kerana sangat supportive.Nak dijadikan cerita, minggu lepas dengar iklan tentang kursus Pengajian Al-Quran ni dalam radio. Terus lepas tu check kat website dia.

Basically dalam Akademi Pengajian Al-Quran ni ada 7 kursus, seperti dalam gambar. Kita boleh pilih ikut mana yang kita mahu. Setiap kursus ni pun ada modul masing-masing. Bermula dari modul 1 (4 bulan), dan kalau berminat untuk sambung ke modul seterusnya boleh mendaftar pada semester akan datang.  Sesiapa berminat nak belajar tentang Al-Quran, Al-Hadith, Pengajian Al-Quran secara pantas, nak belajar menghafal 30 juzuk Al-Quran, boleh berdaftar di sini Kursus Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah UM.


Alhamdulillah, kelas pertama dah mula minggu lepas. Saya ambil kursus pengajian Al-Quran (KPAQ). Excited sangat rasanya. Ustaz Phuzi Usop dari UIA yang mengajar untuk 4 minggu ini. Cara mengajarnya mudah difahami untuk saya sebagai first-timer. 4 subjek untuk KPAQ Modul 1 ni merangkumi Bahasa Al-Quran, Hukum Tajwid, Ulum Al-Quran dan Tafsir Ayat Ahkam. Bawah ni senarai subjek dalam setiap modul. Untuk kali ini, seramai kira-kira 100 orang pelbagai golongan dalam kelas ni.




Sesiapa yang berminat, boleh layari website yang saya share tadi. Jom sama-sama perbaiki diri dan bacaan Al-Quran terutama dalam solat kita. Semoga bermanfaat!

Monday, March 6, 2017

Terminal Akhirat oleh Ustaz Fauzi Mustafa, 28 Feb 2017

Pihak Sumber Manusia di pejabat kami selalu menganjurkan Tazkirah di waktu tengah hari, jam 1 hingga 2 petang di Surau kami. Saya suka mengambil kesempatan untuk turut serta, kerana tidak tahu bila lagi ada kesempatan untuk join majlis-majlis ilmu sebegini.

Sedari tahun lepas saya ikuti tazkirah ini bila berkesempatan, cukuplah untuk waktu terluang sebentar. Kadang kala saya memilih juga, tengok tajuk takzirah dan ustaz dulu..hehe

Jadi untuk bulan Februari lepas, tazkirah yang terakhir pada 28 Feb 2017 dari Ustaz Fauzi Mustafa. Tajuk tazkirah, Terminal Akhirat. Sangat menarik. Saya masuk agak lewat, jam 1.20 baru sempat dan tazkirah pun sudah bermula. Sempat mengambil nota, dan alhamdulillah di penghujung sesi Ustaz ada recap dan ini yang dapat saya kongsikan :

Semua manusia dan makhluk ciptaan Allah akan mati. Beberapa terminal akhirat yang akan kita hadapi setelah kita mati adalah :

Pertama : Alam kubur

Kedua : Padang Mashar

Ketiga : Hisab di alam barzakh

Pada waktu ini kita tidak akan dapat lari dari ditanya 4 soalan iaitu :

1) Umur - dari bermula waktu baligh sehinggalah tamatnya umur kita. Allah tidak akan tanya panjang atau pendeknya umur kita, tetapi apa yang telah kita lakukan sepanjang umur kita. Soalannya merangkumi keseluruhan aktiviti kita sewaktu kita hidup. Solatnya bagaimana? Berzakatkah kita? Bagaimana puasa kita, adakah berlapar dahaga semata? Haji? Berapa banyak manfaat yang telah kita lakukan dari umur yang telah Allah beri.. Atau adakah kita gunakan umur kita untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah?


2) Jasad kita - apa yang telah kita lakukan dengan jasad kita sewaktu kita hidup? Anggota badan kita, tangan, mata, hidung, kaki, telinga, jari segalanya. Ke arah mana kita gunakannya? Adakah ke arah kebaikan atau ke arah kemungkaran? Dan sesungguhnya orang yang menggunakan jasadnya ke arah kemungkaran adalah orang-orang yang rugi. Jasad kita akan mereput, tetapi amalan yang dilakukan dengan jasad itu akan berkekalan dan ditanya pada waktu ini..

3) Ilmu - saya tidak sempat catat hadith berkaitan ini. Tapi isinya adalah, ilmu yang kita ada sepanjang kita hidup, sebanyak mana yang kita amalkan? berapa banyak amalan yang dilakukan dari ilmu yang kita ada? Sebagai contoh, kita tahu menutup aurat itu wajib, tetapi kenapa kita tak ikut perintah Allah untuk menutup aurat? Solat 5 waktu, adakah kita amalkan? sedangkan kita tahu hukum hakam mengenai perkara ini tetapi adakah kita amalkannya?

4) Harta - Allah tidak akan tanya kaya atau miskin harta kita. Tetapi Allah akan tanya dari mana  sumber harta kita? Halalkah harta kita? bersih kah? Setiap sen akan ditanya. Hatta sekiranya seorang menjual barang dengan harga 10 Dirham, dan 1 dirham adalah haram, Allah tetap akan soal.

Selain 4 soalan di atas, Allah juga akan menghisab amalan kita.
Perkara pertama yang akan dihisab adalah solat kita.

Yang pertama dihisab adalah solat. Surah Al-Baqarah ayat 43, "Dan dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat.." Solat adalah kepala kepada segala amalan. Orang Islam jikalau dia solat, pasti in shaa Allah dia tunaikan zakat, berpuasa dan melakukan rukun-rukun Iman yang lain. Tetapi orang yang berpuasa, belum tentu dia solat. Pernah dengar?

Keempat : Timbangan Al-Mizan (timbang) - siapa yg berat timbangannya maka amalan kebajikannya diredhai Allah. Tips mudah untuk memberatkan timbangan di hari akhirat kelak adalah semudah zikir. Perbanyakkanlah zikir, bertasbih, bertahmid in shaa Allah akan membantu kita di terminal ini. Sakinatalmizan : ringan di bibir,zikir.membantu memberatkan timbangan di Mizan.


A047

"Dan ingatlah, Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk menimbang amalan makhluk pada hari kiamat, maka tidak ada sesiapa yang akan teraniaya sedikitpun, dan jika amalannya itu seberat biji sawi sekalipun nescaya Kami akan mendatangkan pahalanya dan cukuplah Kami sebagai penghitung" (Surah Al-Anbiya : 47)

Kelima : al-Haud (telaga/mata air/kolam yg dimiliki Nabi Muhammad saw.)

"Telagaku (panjang dan lebarnya) satu bulan perjalanan. Airnya lebih putih daripada susu. Air kolam rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih harum dari kasturi. Barangsiapa yang dapat minum air darinya tidak akan dahaga selama-lamanya"


Keenam : Sirat (Jambatan) - Jambatan yang sangat panjang. Jambatan ini terbentang di atas neraka jahannam. Semua manusia akan lalu di atas jambatan ini mengikut kadar amalan dan ilmu masing-masing. Orangg yang banyak amalannya akan lalu di atas jambatan ini seperti kilat. Ada juga seperti terbang, menaiki kenderaan seperti kuda, ada yang berlari, ada yang berjalan perlahan, ada yang mengengsot. Agak-agaknya yang mana satu yang kita mahu?

Titian sirat digambarkan oleh para ulama sebagai sangat dasyat. Titian ini lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang. Semua manusia pada waktu ini akan berasa runsing dan cemas selagi mereka belum melintas titian sirat. Semua manusia tidak kira orang Islam mahupun kafir tidak akan lari dari melintasi titian ini. Akan tetapi dikatakan bahawa orang-orang kafir yang lalu akan terhumban di neraka jahannam.Malaikat akan menarik kaki orang-orang kafir, dan orang munafik ke dalam neraka.

Ketujuh : Al Manzil al Akhir (Terminal terakhir) - Al Jannah
Sesungguhnya orang yg beramal soleh, terminal terakhir untuknya adalah syurga. Di syurga, tiada siang dan malam. Tempatnya sentiasa bercahaya.Tiada sifat cemburu (ghillin ikhwana). Semua yang di dalamnya akan menikmati syurga. Kecantikan yang tidak terbayang oleh sesiapapun.

Semoga bermanfaat untuk semua. Yang baik datang dari Allah dan sebarang kelemahan dari penulisan dan catatan ini adalah dari saya sendiri.

Monday, February 27, 2017

Hi-tea CNY dan Usrah 2017

Hari Khamis lepas, 26 Januari 2017 ada aktiviti Hi-tea untuk sambutan Tahun Baru Cina dari kanak-kanak di sekolah Fawwaz.

Setelah seminggu training main gendang untuk persembahan tarian naga, akhirnya ibu ayah berpeluang tengok persembahan kanak-kanak comel ni.

Kebanyakan kanak-kanak excited, dan pakai baju tradisional kaum Cina, Cheongsam bagi kanak-kanak perempuan dan Samfoo bagi kanak-kanak lelaki. Seminggu sebelum tu, setelah teachers beritahu kanak-kanak kena berpakaian tradisional Cina, jenuh juga mencari yang sesuai walaupun masa tu tengah banyak jual Samfoo dan Cheongsam memandangkan Tahun Baru Cina dah hampir.

Hari minggu sebelum tu kami ke Times Square dan Sungei Wang, mencari baju yang sesuai.
Ni antaranya..




so agak-agaknya yang mana pilihan kalbu?



Ibu dan Fawwaz sempat lagi bergambar di Times Square, decoration sempena Tahun Baru Cina.

berbalik pada hari kejadian, Fawwaz main gendang dengan kawan-kawan sementara kawan-kawan yang lain ada yang menari tarian naga. Comel-comel semuanya.

Ada juga upacara makan Yee Sang, untuk expose kanak-kanak dengan kepelbagaian budaya di Malaysia. Kudos untuk teachers yang bertungkus lumus mengajar anak-anak secara kreatif.


kumpulan gendang =)


 makan Yee Sang




 Fawwaz dengan kawan, Emir dan Alma =)


Fawwaz dan Aidan. Gendang dari bahan-bahan recycle seperti tin kosong, periuk, bekas cat, sudu dan chopstick


Fawwaz dengan kawan-kawan...ramai girls than boys this time



ni makanan-makanan orang Cina sempena Tahun Baru, di bawa khas dari Kelantan oleh owner Taska..


alhamdulillah, selesai tamat Hi-Tea CNY, petang tu di pejabat saya selepas waktu bekerja ada diadakan Tazkirah Bulanan. Ustaz jemputan, Ustaz Izhar Ariff, bercerita tentang Perbezaan Asas Kekuatan Negara. Mashaa Allah sangatlah bermanfaat dan menarik.

tak sangka selepas tu keluar gambar kami di fb Tokpa. Fawwaz memang suka sangat dengan "atok" Pa dia sebab Tokpa selalu datang melawat kanak-kanak di Taska. Tok Pa pun happy sangat mashaa Allah.

paling best, ustaz yang minta selfie dengan Fawwaz dengan ayah. Kebetulan ustaz Izhar adalah officemate kakak ipar saya di UKM.



Saya sebenarnya dah sediakan draf mengenai usrah ini, sampai sekarang belum berkesempatan nak share. Inshaa Allah saya cuba share point-point penting untuk manfaat semua. Antara point-point penting :

1) Manfaatkanlah segala nikmat untuk melaksanakan amanah yang Allah swt berikan kepada kita. Contoh, nikmat kesihatan untuk bantu ahli keluarga kita. Nikmat rezeki (kewangan, tenaga) untuk melakukan lebih banyak sedekah.

2)Perpaduan umat Islam. Jauhilah dari berpecah belah, saling dengki mendengki dan penyakit hati yang merosakkan. Contoh yang ustaz bagi adalah mengenai sifat orang-orang Arab yang sombong dan bongkak. Apabila ditanya kenapa orang Arab sifatnya garang, suka maki hamun, maka jawab mereka tidak mengapa, kerana mereka memang berada di Mekah, Kaabah sangat dekat dengan mereka dan bila-bila masa sahaja mereka boleh bertaubat. Pengajarannya di sini, manusia apabila sesuatu perkara sudah berada di depan mata, mereka mudah lupa untuk sentiasa bersyukur. Sedangkan orang lain sedaya upaya mengumpul wang, mencari rezeki untuk ke tanah haram, tetapi lain bagi orang Arab.

Ustaz Izhar banyak memberi contoh dari pengalamannya sendiri, yang membuatkan kita lebih senang untuk mendengar. Seperti contoh bagaimana kita seharusnya percaya pada konsep rezeki dan tidak saling mendengki sesama sendiri.


Sekian post untuk kali ni. Semoga bermanfaat, in shaa Allah.

Tuesday, January 3, 2017

makan ayam

beberapa minggu lepas, ada terserempak dengan seorang driver di pejabat.
Saya kenal driver ni, sejak mula-mula masuk kerja di sini tahun 2008 dahulu.

Peramah, dan helpful. 
Saya panggil dia abang Usop.

Saja bertanya khabar, sementelah dah lama tak berborak-borak.
Saya tanya juga, berapa umur anak yang bongsu?
Darjah 3 katanya, bersahaja.
"Dah besar", jawab saya.

"Ha ah, dah besar, yang no 5 (bongsu) tu. Hari-hari minta nak makan ayam",sambil menggeleng.

Saya senyum sahaja, lalu meminta diri.

Terdetik dalam hati, "aku ni hari-hari makan ayam sampai dah tak tahu nak makan apa, masih ada orang boleh cakap dan terasa beban macam ni."

Allahuakbar. Malu pada diri sendiri.