Sunday, October 24, 2010

peristiwa memalukan 20 Oktober 2010

ya...
peristiwa ini telah kuletakkan sebagai status di facebook selepas sampai rumah
dan ia berjaya mengundang 36 komen,antara yang terbanyak yaa
ala2 publisiti murahan gitu

dan harini..masa berkumpul dengan kawan2 dpa sesidang..masih ada yang berani membuka topik ini dan bergelak tawa beramai2 sebagai modal untuk menggegarkan perut masing2..

tanggal 20 oktober,bersamaan rabu lepas.
minggu ni memang aku balik awal dari pejabat.
to be exact,everyday since balik dari dpa.
antara sebab yang aku jadikan alasan adalah kerana aku berparking jauh.di luar pejabat sebab kena minta semula parking dan kemungkinan untuk dapat dalam masa terdekat belum nampak bayang lagi.

maka dengan itu,perjanjian telah di buat bersama encik T untuk berjumpa di alamanda kerana tiba2 aku berkeinginan untuk menonton wayang.
tak decide lagi apa,cuma aku rasa mcm dan lama tak tengok wayang (macam je..)

dengan senang hati aku drive balik rumah
dan masa dah masuk highway mex tu baru ku teringat bahawa kad touch and go aku ada baki rm2 saje..
dan memang aku target untuk isi semula lepas masuk Putrajaya nanti...

handbag ku letakkan di bawah kaki..
kebetulan handbag haritu telah ku tukarkan kepada saiz yang lebih besar dan di atas keterlupaan kemacaman keorangan ketuaan keakuan keinian untuk meletakkan wallet aku di tempat yang senang dicapai telah menyebabkan aku tidak dapat fokus memandu menyebabkan aku berhajat untuk berhenti di rnr untuk mengambil wallet di dalam handbag...

Allah Maha Besar kerana menggerakkan hati aku
wallet aku tertinggal di dalam laci pejabat!
maka bermulalah rembesan adrenalin yang telah berjaya membuatkan aku gelabah.

Gelabah kerana :
pertama - wallet tinggal di pejabat
kedua - kereta baru dicuci dan tiada cash yang banyak.ehem.tiada langsung duit kertas di dalam kereta
ketiga - kebetulan syiling yg banyak di pintu kereta pemandu kering.hanya ada 60 sen
keempat - kad touch and go aku hanya berbaki rm2 dan tol berharga rm2.50
kelima - tiada harapan untuk meminta bantuan kawan2 kerana tidak berbaloi untuk masuk mex itu
keenam - tiada cash dalam handbag (krna aku biasa mencampak2kan wang di dalam hanbag sekiranya ada emergency) kerana baru tukar handbag<--selalu mesti ada apape berlaku tatkala aku tukar handbag.dahla jarang tukar handbag.adoi!


dan ya..
memang aku patut gelabah

tiada pilihan melainkan terus memandu dan bersedia untuk menebalkan muka
(nasib baik kereta ada minyak dan talian telefon tak kena bar<---hanya penambah rasa)


terus tutup cd lagu kegemaran.
dari bunyi muzik yang kuat.langsung sunyi sepi.
dalam hati..bawak jelah..bukan ada pilihan pun...
mood jatuh meruntum.

sampai tol,hati berdebar2.
ntah pape je
ku pilih lane paling kiri
dengan harapan penjaga tol adalah wanita dan taklah aku malu sangat
dan ya,muka paling kesian dalam dunia aku kena bagi
sekali lelaki.
takpe2..kata Farha dalam hati

ehem
"bang,boleh tak saya nak bayar tol separuh2?"
"rm2 touch and go,50sen cash?"
aku tahu itu agak bodoh,tapi tak salah mencuba kerana itu jelah duit yang aku ada.
"haahhhh???"abg tu buat muke pelik.
"separuh2 apa?"
"err,wallet saya tertinggal kt ofis.dalam touch n go ada rm 2 je".aku dengan mule malu2 ayam tanak tengok.Huh!Allah je tau perasaanku tika tu.
(kalau ada kawan2 yang suke bahan aku waktu tu,aku tau akan dirakam momen berharga itu.)

"bak sini".abang tol tu kata
aku pun hulurkan touch and go aku
"bukan,bak sini 60sen tu!"
aku pun hulur..60sen tu termasukla skali 5sen..
"saya kira sampai 3,gate ni naik,awak pecut!"
aku pun angguk.bersedia untuk pecut kononnya.bukan konon.betul2 sebab aku rase otak dah agak lembab berjalan.

baru je aku nak pecut,aku tengok gate tu tak tutup pun.
memang di atas letaknya dari tadi.
"hampessssss!!"
tapi,terima kasih abang tol.ngeh ngeh ngeh

akan ku sentiasa cuba mengisi touch n go supaya tidak kosong dan tidak berpeluang berjumpa dengan dia lagi.
huh!
malu beb!

No comments: