Saturday, May 5, 2012

relevannya DPA

sila ketahui bahawa tulisan ini adalah berbaur emosi yang mungkin belum beberapa stabil,
yang berpunca dari lokasi yakni berjauhan dengan keluarga,
rasa kelaparan semalam sehingga rasa seperti mahu menangis lantas terus tidur sejurus menghabiskan sebungkus mee goreng sedap
rasa penat usah dipertikai lagi.

semua orang penat, saya tahu.

rasa penat itu tak kira bangsa, agama, keturunan, skop kerja, gaji dan macam-macam lagi
tapi apa yang ingin dikongsikan di sini adalah apabila sampai satu tahap saya perlu memaksa diri untuk menjadi positif,maka di situ saya kaitkan dengan DPA-Diploma Pengurusan Awam yang saya hadiri, yang bila dikira-kira sudah hampir 2 tahun yang lalu, yang mungkin ada beberapa manusia yang merasakan ianya sebagai sesuatu yang menjengkelkan.
Tapi percayalah.
Ianya berjaya membuatkan saya kembali rasa bertuah (sekurang-kurangnya pada saat penat itu).

Kerana tatkala jauh dari keluarga atas urusan kerja, saya fikirkan dahulu bahawa DPA mengambil masa 6 bulan.walaupun boleh dikatakan setiap minggu balik, sekurang-kurangnya ianya mengajar saya erti berjauhan.

Tatkala berada jauh di tempat orang, di atas urusan kerja, dan sebagai kuli di antara kuli membawa dokumen-dokumen yang maha berat (jangan sebut perkataan 'paperless'!) dan memerlukan untuk berjalan kaki dengan jauh sehingga hari ketiga kaki saya sudah membesar dan gemuk (dalam erti kata lain membengkak seperti perempuan mengandung), maka teringat saya sewaktu DPA modul bomba yang memerlukan kami mengangkut tong gas yang berat kira-kira 5kg ke hulu ke hilir, pumping dan lompat bintang bersama-sama tong gas tersebut, masuk dalam sewer / terowong bawah tanah dan lubang rabbit, sehingga kakiku gemuk juga, sekurang-kurangnya ia mengajar saya erti kuat.

Tatkala tiada siapa/kurangnya supervision/pertolongan di kala berjauhan membuatkan saya teringat sewaktu DPA tentang modul penempatan kampung yang mana saya ditempatkan di dalam sebuah keluarga yang langsung tidak dikenali latar belakangnya untuk saya tinggal bersama-sama selama 2 minggu. Yang akhirnya saya tahu ianya mengajar saya erti berdikari dan saling mempercayai.

Dikala kita jauh untuk urusan kerja dan orang atasan memberikan arahan untuk sahabat sepejabat untuk mencover kerja kita dan sahabat kita yang mungkin tidak/kurang ikhlas melakukannya kerana tanpa henti merungut kepada kita seolah-olah memberi beban kepadanya tetapi tidak berani bercakap apa-apa di depan bos...dan tidak gagal untuk menghantar mesej kepada kita terus bertanya bila mahu balik Malaysia,mengingatkan saya kepada DPA yang pada waktu itu berhadapan dengan 400 lebih orang peserta dan pelbagai kerenah tidak termasuk pihak pengurusan yang lebih ehem pada waktu dulu. Sekurang-kurangnya saya tahu ia mengajar saya erti toleransi.

Di waktu kita jauh di perantauan tambahan pula di tempat yang susahnya mencari makanan Halal ditambah lagi hanya membawa makanan kering seperti biskut, energy bar, dan bijak pandai mee goreng sedap tetapi tidak membawa mangkuk dan rasa hampir menangis kerana lapar semalaman dan perlu berusaha gigih untuk berkomunikasi untuk meminjam mangkuk dari restoran di tingkat bawah..lantas mengingatkan saya pada DPA tatkala modul Bina Semangat (BS) yang mana kami hanya makan beberapa urat maggi untuk menampung rasa lapar. Saya tahu bahawa saya tidak akan mati kelaparan selepas saya makan sesuatu.Sekurang-kurangnya ia mengajar saya erti berlapar dan erti bersyukur.

Lantas ianya menanam sikap sabar, syukur dan lebih kuat. Semoga dugaan ini adalah peluang untuk saya meningkatkan iman.

Dikala ramai manusia tidak suka, tidak dinafikan itulah relevannya DPA pada saya.

Wallahualam.


2 comments:

Unknown said...

Ha..smpai hr ni aku akan teringat kat ko tiap kali mkn maggi...kalau bukan kerana dpa juga aku x jd ibu yg kuat...good luck ha

FRSR said...

wani!aku xtau pun ko bace blog aku!huhu.haaa xleh lupe makan megi sama2 peluk sama2 sebab nak tahan sejuk!nak nangis bila ingat balik,kan??