Monday, May 20, 2013

Mei yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum dan Hai!

Saya masih di sini. Masih belum melahirkan lagi.hehe
Kalau diikutkan estimated due date, dah lepas 3 hari dah ni.
Doakan saya supaya semuanya selamat ya?
Jika masih belum ada apa-apa tanda, esok malam saya kena menyerah diri di hospital dan induce pada keesokan harinya.
Wahai anak, bilakah kita mahu ketemu?
Selesa sungguh awak dalam perut ibu yea?Hehe!

since jumpa dengan Dr.Hamidah di Hospital Putrajaya sewaktu kandungan 7 bulan lebih..si kecil ni jadi pemalu. Setiap kali scan memang tak ditunjuk muka.
Suprise mungkin.
Sekejap tutup muka dengan tangan, sekejap Dr kata baby sedang dalam posisi sujud. So tak boleh nak tengok muka dia.
Apetah lagi bila dah mencecah minggu ke-38, Dr kata baby dah engaged..lagi tak boleh nak tengok muka.
Hehe.
Takpelah wahai anak, ayah dan ibu tunggu awak keluar yea.

Beberapa cerita ceritu ceriti sejak kebelakangan ni.

Pilihanraya Umum ke-13

5 Mei yang lepas kan pilihanraya umum yang ke-13 Malaysia.
Alhamdulillah, panjang umur untuk mengundi lagi.
Ini kali kedua saya keluar mengundi.
Terima kasih pada si suami yang tak henti-henti menemani dan standby disisi si isteri sampai tak balik mengundi.
Terima kasih juga pada warga SPR kerana memberi laluan kepada ibu mengandung seperti saya.
Dengan cuaca yang panas,gigih rakyat Malaysia keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
Jika saya yang memang tekanan darah rendah sedari dulu lagi ni disuruh beratur panjang di bawah panas terik pun saya tahu saya akan pitam (mengikut pada sejarah yang telah terbukti), apatah lagi dengan keadaan sekarang.

Oh ya,tahun ini saya tidak mengundi seorang lagi di Putrajaya.
Adik-adik dan abang saya pun mengundi.
Meriah sikit =)


pagi sebelum keluar mengundi =)
pagilah sangat pukul 11 lebih.


selepas pulang mengundi.
haruslah tunjuk bukti jari mengundi dan ehem...perut!



So jawapan untuk soalan yang bermain-main di fikiran saya semenjak YAB PM mengumumkan tarikh mengundi pada 5 Mei 2013 adalah...saya sempat mengundi! hehe.

Alhamdulillah!

Di bawah ini adalah gambar terbaru kami 4 generasi..
Ibu,saya,si kecil Qaysara (anak buah dan cucu pertama ibu dan ayah..juga cicit pertama nenek dan atuk),adik saya, dan nenek saya. =)



Syukur
Ini pula adalah cerita random. 

Tapi saya rasa ia mempunyai nilai tersendiri yang pada saya boleh dijadikan iktibar untuk kita semua, in shaa Allah.

Pada sebulan yang lepas,sahabat-sahabat sekolah saya mengadakan baby shower untuk saya.
Walaupun baby shower ini dipercayai adalah ikutan dari barat,tetapi kami mengadakan ia lebih untuk berkumpul beramai-ramai, minum petang dan memberi hadiah..ehem.kepada ibu yang diraikan inilah.
Alhamdulillah,murah rezeki saya.
Terima kasih semua.

Apa yang ingin saya ceritakan di sini..
Nampak tak 3 biji belon-belon cantik di belakang saya?
Belon itu saya bawa pulang..simpan di rumah.
Sebagai kenang-kenangan sementara ia masih mempunyai angin.




Setelah hampir sebulan, belon-belon itu jatuh menyembah bumi.
Tak boleh nak bangun lagi kerana kekurangan angin.
Oleh kerana saya dan suami sedang dalam persiapan mengemas rumah untuk menyambut ketibaan si kecil, saya pun membuang belon tersebut.
Walaupun di dalam hati rasa sayang sekali.

Selepas buang..di tempat buang sampah tingkat rumah kami..
Saya,suami dan adik saya terus turun lif untuk makan tengahari di Midvalley dan ingin terus ke Putrajaya.
Setelah di Midvalley, baru perasan yang saya ada tertinggal barang di rumah..kerana kami akan tinggal sementara di rumah mertua untuk menunggu saya bersalin, maka kami decide untuk pulang ke rumah semula selepas makan di Midvalley untuk ambil barang yang tertinggal.

Sedang elok kami parking, tiba-tiba adik saya kata,
"Kakha,dia ambik belon kita. Sedihnya".
Saya terfikir dalam hati. Apa yang sedih?

Sekali bila saya paling ke arah tempat adik saya maksudkan tadi..
Saya ternampak seorang budak lelaki bersama ayahnya baru berjalan dari arah tempat pembuangan sampah yang lebih besar di tingkat bawah rumah kami dengan budak lelaki tersebut memegang belon yang saya buang tadi.

Terkedu saya.
Lebih sebak bila dari jauh saya melihat riak wajah budak lelaki tersebut yang sangat gembira 'mendapat' belon itu..

Maha suci Allah.

Di kala kita merasakan sesuatu perkara/barang yang sudah lusuh/buruk di mata kita, masih ada orang di luar sana yang merasakan barang tersebut boleh membuatkan mereka gembira.

Sebak rasa.


No comments: