Saya catatkan tulisan ini hari ini supaya suatu hari nanti ianya dapat di baca oleh anak saya, dan juga sebagai kenangan saya sewaktu anak soleh Fawwaz masih kecil.
Harini, Fawwaz buat Ibu terharu. Seperti biasa, hari Ahad kami hanya meluangkan masa di rumah..tiada apa2 jemputan sempena bulan Syawal hari ini.
Selesai makan tengahari dan minum susu, Ibu seperti biasa nak tidurkan Fawwaz. Sememangnya waktu tidur Fawwaz tetap..sejam dua di waktu tengahari, dan malam lebih kurang jam 10.
Ibu peluk Fawwaz. Pasangkan juga bacaan Surah Al-Kahfi di telefon bimbit. Seringnya kalau bukan Surah Al-Kahfi, Ibu suka pasangkan bacaan Surah Ar-Rahman.
Sewaktu sambil peluk dan nak tidurkan Fawwaz, Ibu lelap mata. Fawwaz yang mulutnya seperti bertih jagung, kadang kala tak henti2 bercakap..hanya bila waktu tidur sahaja yang senyap.
Dengar Fawwaz bercakap sikit-sikit, perlahan sahaja. Bunyinya macam bayi/kanak-kanak yang baru belajar bercakap...seperti kebiasaannya saya akan suruh Fawwaz senyap,tutup mata dan tidur. Tapi kali ini saya biarkan sahaja.
Selepas beberapa saat, baru saya perasan. Fawwaz cuba ikut bacaan Surah Al-Kahfi, mashaa Allah! tersentuh sangat-sangat hati Ibu. Walaupun tidak jelas, tapi diikutkan sebutan dalam bacaan..bila waktu sebutannya panjang,sebutannya pendek..sehinggalah dia tertidur sendiri.
Sayu dan terharu. Ibu sentiasa doakan Fawwaz jadi anak yang soleh, bijak, taat perintah Allah, sihat dan diberkati dunia dan akhirat..amin
No comments:
Post a Comment