Tuesday, August 22, 2017

Rahsia Allah turunkan ujian pada hambaNya

Rahsia Allah turunkan ujian pada hambaNya

Surah Al Imran 3:186

Allah telah berjanji Allah akan uji hambaNya,ujian melalui :
1)harta benda (termasuklah ibu bapa,anak2 dsbnya);
2)diri kamu sendiri (cth :kesihatan);dan
3)hinaan dari orang2 musyrik

Surah Al Baqarah (1:155)

Selan itu,Allah juga telah tetapkan ujian seperti :

4) perasaan takut terhadap musuh;
5) kelaparan;
6) kurang harta benda/jiwa/hasil (cth : hasil dr perniagaan)

Allah telah janji bahawa Allah turunkan ujian untuk menguji kekuatan iman hambaNya,dalam beriman kepadaNya.Sedangkan Allah telah janjikan dalam surah yang sama,

HANYA ORANG YANG SABAR YANG AKAN BERJAYA.

Apabila diturunkan ujian,hamba (orang Islam) yang beriman,harus bersyukur & redha, kerana Allah telah memberi peluang untuk dia mnghapuskan dosa-dosanya.

Orang yg dihapuskan dosa di dunia adalah lebih baik dari Allah timpakan balasan di akhirat kelak.

Maka bersyukurlah dengan ujian yg diturunkan.

Surah Al Baqarah 2:157

Telah Allah janjikan Allah akan beri 3 perkara kepada golongan As-Sobirin (yang sabar) iaitu :

1)Selawat (kebaikan dari Allah);
2)Rahmat; dan
3)Petunjuk
dengan masuk syurga tanpa hisab

Surah Al Zumar 39:10
"orang yang bersabar, Allah akan sempurnakan pahala mereka tanpa batas"

Maknanya 
1)boleh pilih mana2 pintu syurga yg dia mahu;dan
2)masuk syurga tanpa hisab

Surah Al Rad 13:23-24
Malaikat akan masuk dari semua pintu syurga, memberi salam pada golongan As Sobirin serta mengucapkan salam dan tahniah di atas kesabaran mereka, kerana itulah yg terbaik.

No comments: