Thursday, November 9, 2017

terharu

malam semalam, hari Rabu malam Khamis..
sesudah dinner di luar dekat dengan area2 rumah, kami terus ke rumah mertua.
Asalnya pembantu yang saya dan suami carikan untuk menjaga di rumah mertua yang baru sehari, kurang sihat. Jadi kami cadang untuk bawa pembantu itu ke klinik.

Selepas balik dari klinik, waktu sudah menginjak jam 10 malam..
Ibu mertua saya sudah mahu berehat dan tidur. Sebelum tidur, suami saya tolong angkatkan sedikit badan ibu mertua saya supaya kedudukan baringnya lebih selesa...Ibu mertua saya telah hampir 2 tahun bedridden, setelah serangan strok pada tahun 2015

Fawwaz yang sedari tadi suka untuk ambil kerusi dan menjenguk nenek (kerana kedudukan katil nenek tinggi)..
Apa yang sangat sangat menyentuh hati saya semalam adalah apabila anak saya Fawwaz tengok ayahnya mengangkat neneknya, mulutnya yang petah berkata tu kata..

"Kuatnya ayah angkat nenek. Fawwaz dah besar nanti nak angkat Ibu macam ayah angkat nenek"

Allahuakbar, sayu dan terharu sangat hati saya mendengar. Semoga anak soleh Ibu sentiasa diberkati Allah, dibersihkan dan dilapangkan hati dan penyayang dan dirahmati Allah selalu. Ibu ayah saayang Fawwaz ...

No comments: