Assalamualaikum semua,
Lama sungguh tak bersiaran..dalam hati mahu update, tapi end up update dalam hati juga.
Tak cekal sungguh hati saya untuk menulis, walau hakikatnya saya tahu, setiap coretan ini berbaloi untuk rujukan masa depan..
Lebih-lebih lagi untuk saya yang mudah lupa ni.
9 hingga 12 September yang lepas..saya sekeluarga kecil saya, dan dua orang adik ipar saya bercuti ke Sabah. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ni..
Excitednya hanya Allah yang tahu, dah lama teringin ke sini dan alhamdulillah dimurahkan rezeki saya sekeluarga.
Sekejap sahaja kami di sini, satu malam di Kota Kinabalu, sebelum ke Kundasang keesokan harinya (10 September 2018). Kami menyewa kereta untuk pergerakan selama 4 hari. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki kereta yang kami sewa juga adalah kereta Persona baru yang hanya baru beberapa hari keluar..Kami pelanggan pertama yang guna.
dalam flight dan baru tiba di Kota Kinabalu, Fawwaz dan tante..
Jumpa dengan sahabat suami di Kota Kinabalu, baik-baik orang Sabah..kami dijamu dengan macam-macam jenis makanan tempatan dari Sabah..antaranya kek lumut, jeruk Bambangan, jus Bambangan..Bambangan ni nama buah, rasanya seperti mangga muda, masam-masam..saya suka jusnya..
Hotel di KK, berhadapan dengan Jesselton Point, Jetty Port
tak sah kalau ke Sabah tak makan seafood. Kami makan di Dataran Todak, banyak gerai-gerai makanan laut kat sini. Seafoodnya yang fresh, murah dan sedap-sedap belaka. Saya ambil kesempatan bawa Fawwaz pusing-pusing di gerai-gerai lain sementara tunggu makanan dimasak, sambil berkenalan dengan seafood.
Seronok Fawwaz dapat tengok macam-macam jenis makanan laut, alhamdulillah.
Seronok Fawwaz dapat tengok macam-macam jenis makanan laut, alhamdulillah.
Malam tu kami makan sotong goreng tepung, sayur, udang butter telur dan ikan masak sambal..
Hajat di hati macam-macam mahu makan, bila diukur perut tak seberapa besar nafsu tu, kami batalkan. Alhamdulillah makan habis, cukup kenyang.
Lobster sebesar peha Fawwaz pun ada hehehe
Alhamdulillah, kenyang perut senang hati..
Selamat datang ke Kundasang! Mesmerizing view of Gunung Kinabalu, Mashaa Allah subhanallah cantiknya ciptaan Allah.
Tempat pertama yang dituju. Ramai orang. Desa Dairy Farm, seawal yang tak awal sangat kami tiba jam 10.30 pagi pun kereta dah beratur sampai ke luar. Kami cuba juga masuk, alhamdulillah dapat juga parking di dalam.
Hebatnya aturan Allah, beberapa minggu sebelum saya ke sini, kebetulan roomate zaman Universiti dahulu, Shima message di group Whatsapp, bertanyakan seorang lagi roomate kami, Eyla yang sekarang mengajar di Beluran Sabah, tentang tempat yang sesuai untuk menetap di Kundasang.
Aturan Allah, saya dan dia rupanya sama-sama bercadang ke Kundasang pada waktu yang sama!
Hence, here we are! Reunion yang tidak disengajakan. Terubat rindu jumpa kawan-kawan sebilik serumah dulu.
Jumpa sekejap sahaja sebab Eyla dan Shima dah nak kena check out time ni..
dan kami pun memulakan aktiviti jalan-jalan di sini. Cuaca yang best .. kawasan yang cantik.
Tapi waktu ni lembu-lembu semua sedang berehat di tempat masing-masing..jadi tak nampak yang dekat kawasan ni..

Produk Desa Dairy Farm
Tante dan Cik Yah
Susu segar dari Desa Dairy Farm. Sedap!
kami kemudian berjumpa semula untuk makan tengahari. Nama kedai ni Restoran Selera Kebun, tak jumpa dalam waze. Kecil je kedainya. Berdekatan dengan Sinurambi Homestay. Eyla yang recommend.
Sedap-sedap makanan kat sini,lagi-lagi sayap ayam. Sempat juga Eyla perkenalkan lauk sayur dabai (macam daun bawang). Kami nak cuba nasi purple dia, tapi dah habis pula masa kami datang. Nasi purple ni padinya hanya ditanam di Sabah, lebih kurang sama macam beras pulut sikit.
Lepas makan, kami check in homestay. Sejuknya tempat ni subhanallah. Petang hingga ke malam tu hujan selebatnya, kabus sampai tak nampak view luar homestay.
Kami tak ada makanan nak masak dan tapau, suami keluar belikan KFC untuk makan malam tu.

Pagi-pagi esoknya kami drive ke kawasan yang lebih tinggi, untuk dapatkan view Gunung Kinabalu dari dekat. Mashaa Allah cantiknya
selepas kami check out homestay, kami terus ke Ranau, jalan-jalan ke Sabah Tea dan Sungai Moroli Fish Spa.. tak banyak tempat kami dapat pergi sebab cuaca tak mengizinkan..
Sungai Moroli pun sempat celup kaki tak sampai 5 minit, hujan lebat pun turun..
Tetap seronok, alhamdulillah..
Green Tea waffle, sedap.
Kemudian kami terus balik ke KK semula sebelum pulang esoknya.
Sebelum balik, 12 Sept tu..kami singgah ke Pasar Filipina untuk beli souvenirs,macam-macam ada dijual di sini. Untuk sesiapa yang berminat dengan pearl Sabah, makanan laut kering, boleh beli di sini.
Fawwaz tolong bawakan ikan bilis dan amplang..

Cikyah cuci mata dan cuci wallet beli souvenir..hehe
Masa untuk balik KL! =)

No comments:
Post a Comment