Tuesday, June 17, 2025

Love language, I mississ yourdrawiings s

 

Been delaying to open my treasure box this time, things I always look forward everytime I'm back home.

10 months ago when texting, ayah randomly replied,
"I mississ yourdrawiings s".

 It triggered me.  
Deep down, I can feel something is not right, the typos are obvious. And with Allah's will, thats when the early symptoms kicks in. Took less than a month before eveything seems to be serious, but with ayah the fighter, it looks manageable everytime.

You are in good hands, ayah. Allah is there for us.
May Allah have mercy on all of us, Al-Fatihah.

Video ni saya post di insta stories pada 17 Februari 2025. Sewaktu saya pulang ke tanah air, menziarahi kepulangan ayah ke rahmatullah dijemput oleh Yang Maha Berkuasa di atas setiap hambaNya.

Hati saya tidak kuat, masih rapuh. Menelani pemergian ayah, pergi ke mana-mana pun dibayangi memori dengan ayah.

Saya suka melukis dengan cat air. Kadang kala saya mulakan dengan pencil-sketch. Kebanyakan masanya, free hand. Saya rasa lebih bebas. 

Saya tak pernah sedar yang saya punya hobi melukis sehinggalah anak saya berumur lebih kurang 4 tahun, kira-kira 8 tahun yang lepas. Semuanya bermula dari kami melukis bersama-sama menggunakan cat air (water color) nya yang saya belikan di Daiso. Kami sama-sama 'menconteng' di atas kanvas kertas lukisan menggunakan berus cat air dan saya melukis secara sahaja - flora pelbagai warna.

Ada lavender, ros, bunga matahari dan pelbagai lagi. Free hand.

Sehinggalah saya mula untuk membeli peralatan lukisan saya sendiri dan watercolor painting mula menjadi hobi saya sehingga hari ini, alhamdulillah.

Ada sahabat yang bertanya, apabila melihat hasil lukisan yang saya kongsikan di media sosial. Macam mana boleh pandai melukis? Pernah masuk kelas lukisan ke?

Semuanya gara-gara hobi yang tiba-tiba muncul ni. 

Dan kerana discovery ini juga mengundang semula memori, dan saya sangat bersyukur di atas pengalaman dan bakat yang Allah kurniakan ini.

Sewaktu saya berumur lebih kurang 13 tahun, Ibu menghantar saya ke kelas lukisan, untuk memenuhi ruang waktu di hari minggu. Setiap Sabtu, lebih kurang jam 10 pagi di Medan MARA Kajang. Keputusan menghantar ke kelas lukisan itu adalah 100% keputusan Ibu, tanpa pengetahuan saya. Yang saya tahu, saya 'kena' pergi, dan belajar melukis sebab Ibu yang suruh. Secara jujurnya, saya tidak tahu sama ada saya mempunyai bakat ataupun tak. Saya hanya tahu, saya boleh melukis berdasarkan apa yang saya belajar dalam tempoh 1 tahun tersebut.

Barangkali Ibu nampak bakat saya, wallahualam. Saya pun tak pasti kerana saya tidaklah melukis di mana-mana. Terdetik juga dalam hati saya bila 'dipaksa' ke kelas lukisan pada waktu hujung minggu tatkala saya boleh bersenang lenang sahaja meluangkan masa di rumah. Kenapa saya? kenapa Ibu tak hantar adik beradik saya yang lain juga?

Tapi persoalannya habis di situ sahaja. Hikmahnya, saya suka melukis dan sehingga sekarang saya bersyukur dengan keputusan Ibu menghantar saya ke kelas lukisan walaupun hanya dalam tempoh 1 tahun.

Sejujurnya, mendalami apa jua ilmu sama ada dimanfaatkan sekarang atau akan datang, tidak pernah rugi. Bukan kerana sekarang saya lebih pandai melukis berbanding dulu, malah kalau ditanya saya sejujurnya saya pandai melukis atau tak, saya kategorikan sebagai tidak kerana saya hanya belajar dan bukan dari bakat semula jadi. Yang boleh melukis menggunakan imaginasi. Tetapi hikmahnya belajar yang saya sedar adalah dari segi perspektif 'melihat' sesuatu objek dan perkara.

Setelah beberapa tahun, baru saya faham sedikit sebanyak apa yang dikatakan seni halus. Dan bagaimana seni itu membantu mengubah seseorang untuk melihat ciptaan Allah itu dengan lebih baik dan teliti.

Perkara itulah yang paling berharga bagi saya.

Pernah pergi ke pameran seni, atau melihat bagaimana seorang peminat seni boleh berdiri lama di hadapan sesebuah hasil pameran?

Untuk orang biasa, kita akan melihat orang yang berdiri lama sebagai pelik, dan mungkin lukisan yang dipamerkan adalah biasa. Ia hanyalah lukisan. Tetapi tidak bagi orang yang menghargai setiap inci hasil lukisan tersebut.

Sudah tentu saya yang bukan siapa-siapa dan tidak ada latar belakang seni untuk bercakap soal seni. Tetapi yang saya akan ingat adalah bagaimana guru saya, yang mengajar saya sewaktu umur 13 tahun dan kemudian saya belajar semula dengannya pada 2018 (selepas berjumpa hobi ini), untuk melihat sesuatu objek dengan teliti.

"Farha, selalu hari-hari kau bawa kereta tengok pokok tepi-tepi jalan semuanya hijau je kan? Dengan seni, kau akan tengok pokok-pokok hijau yang selalu kau nampak berwarna lain. Ada hijau, ada kuning, ada coklat, ada oren. Belum lagi batang pokoknya. Bila kita nak lukis, kita akan lihat semua ni." kata suami arwah cikgu lukisan saya yang saya panggil Cik Mai. Cik Mai dan arwah suaminya sama-sama pengajar seni lukis di UiTM. Seni halus. Jiwa mereka halus, dan mereka sangat merendah diri. Dan dengan kesedaran inilah membuatkan kita rasa lebih hamba, mengagumi setiap inci ciptaan Allah swt. Subhanallah.

Saya nekad untuk belajar semula melukis dengan cik Mai sebab berharganya ilmu melihat sesuatu perkara ini, & ilmu  melukis dari orang bijak pandai yang Allah kurniakan bakat yang tinggi dalam bidangnya. Mereka tidak kedekut ilmu, mengajar kerana passion.

Setiap Sabtu saya berulang dari KL ke Bangi, ke kedai mereka untuk belajar. Terima kasih sebanyaknya pada si suami yang gigih menghantar saya setiap minggu untuk memenuhi minat saya. Semoga Allah kurniakan setinggi-tinggi ganjaran buatnya. Siapa sangka, dulu datang sewaktu di bangku sekolah rendah, kali ini saya bawa anak saya sekali. 

Kelas kami bertahan beberapa bulan sahaja sebelum COVID-19 melanda.

Cik Mai kemudian pindah ke Terengganu untuk menjaga emaknya yang sakit. Arwah suaminya pulang ke rahmatullah tahun kemudiannya. Maka hasrat saya untuk terus belajar dengan cik Mai terkubur. Saya pernah juga cuba masuk kelas lukisan di tempat lain, tak sama pengalaman belajar dari orang yang mengajar kerana minat dan kerana wang. 

Anak-anak Cik Mai kenalan saya. Seorang sama sekolah dengan saya di sekolah rendah dan menengah, dan kami sebaya. Ada yang sama dengan abang saya. Umur kami lebih kurang semuanya. Keluarga mereka adalah keluarga seni, yang Allah kurniakan bakat dan kelebihan mengajar yang lain, Alhamdulillah.

Semoga Allah berkati Cik Mai sekeluarga, atas ilmu yang mereka curahkan pada kami pelajar-pelajarnya.

Kembali pada hobi melukis saya.

Minat saya pada flora. Kebanyakannya dari cuba-cuba, beroleh inspirasi dari Pinterest dan Instagram.

Kadangkala saya bertukar angin, lukis gambar haiwan. Sehingga ada kenalan yang ingin membeli hasil lukisan saya, ada juga yang saya ambil tempahan. Tidaklah secara serius, alhamdulillah hobi saya ni dapat juga membuat hasil duit sampingan. Subhanallah rezeki Allah itu luas.

17 Februari lalu, sewaktu pulang ke tanah air untuk menziarahi pusara ayah, saya ke 'art space' saya di rumah. Saya membuka bekas rotan besar yang penuh dengan hasil dan barangan lukisan saya. Ruang yang saya idamkan saya akan luangkan masa untuk melukis. 



Setiap kali saya upload hasil lukisan saya di Facebook, arwah ayah selalunya pasti akan tinggalkan komen. 

Sehinggalah saya berhijrah, sekali sekala sewaktu saya atau anak saya melukis, saya akan hantarkan gambar pada ayah melalui Whatsapp.

Ada suatu hari selepas saya menghantar gambar anak saya sedang melukis, ayah membalas. Ayah bertanya sama ada saya masih melukis. Kemudian ayah balas lagi. Entah mengapa balasan tersebut membuatkan saya rasa tidak sedap hati. 

8 April 2024.


Bukanlah kerana apa yang ayah tulis, tapi kerana typo yang terlalu ketara. Itulah permulaan cerita ayah asbab untuk semua yang berlaku. Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah.

Semoga Allah lapangkan kubur ayah, angkatkan darjat ayah, ampuni dosa ayah, terima amal ibadah dan kebaikan ayah dan tempatkan ayah dikalangan para solehin..

Ha rindu ayah selalu.

Setiap kali tengok lukisan atau nak mula melukis, Ha akan ingat ayah.

Ayah pernah kata, Ha ikut Ibu. Ibu pandai melukis. 

Ha syukur Ibu hantar Ha belajar lukis sebabnya Ibu yang ada bakat, Ha 'pandai' pun sebab Ibu ayah. semoga Allah balas jasa Ibu ayah..Ameen




No comments: