Saturday, February 14, 2009

Jangan Kerana Cantik

Terbaca semua blog2 lame di Friendster...
Rasenya ni antara kata2 yang cantik dan indah untuk dikongsi bersama...
Sebagai seorang wanita, juga seorang perempuan, dan seorang muslimah...
Tak ingat ambik dari mana,mungkin juga dari email2 yang diforward dulu...
Selamat membaca...=)

JANGAN KERANA CANTIK

Jangan kata aku cantik,
Bimbang di hati bangga terdetik,
Depan cermin asyik menilik,
Berbunga di hati, betul ke aku ni cantik ?

Jangan suka aku disebabkan cantik,
Kerana yang lahiriah tidaklah statik,
Kenali dan dalami aku baik – baik,
Keturunan dan keserasian penting selidik.

Jika kerana cantik aku dikelek,
Dicanang ditayang hilir mudik,
Aku tidak mahu diiktiraf awek,
Oleh lelaki berfikiran cetek.

Daripada kerap memuji cantik,
Lebih baik doakan aku perempuan baik,
Jangan melihat rupa yang molek,
Intan dan kaca bisa tersilap belek.

Jika ingin memuji cantik,
Hamburkan syukur pujian buat Pemilik.
Yang mencipta keindahan lagi menarik,
Maha Sempurna Tuhan, tiada cacat setitik.

Aku tidak damba pujian cantik,
Semuanya pinjaman, akan dipulang balik.
Di hari penentuan, dalam buku tercatit,
Apa dipergunakan, anugerah Tuhan yang cuma sedetik.

Harta dan pangkat aku tidak tertarik,
Pun tidak harap kerjayanya arkitek,
Berkereta mewah koleksi antik,
Tapi menyukai aku kerana cantik !

Yang aku doakan lelaki yang baik,
Sederhana penampilan, orang yang terdidik,
Memilih aku kerana di hatinya berbisik,
Inilah orangnya, bersama mimpi dilarik.

.." lawa tiada, manis ada..=] …"

3 comments:

norzaidi said...

wow..never read this one before..
yup..we as human put a lot of details on the exterior..but it is the inner one that counts the most..

-tepuk dada tanya selera-

Merlyna Aileen Kraal said...

tres bien ma amie. j'aime avec vous poem.

nice ha, i agree :)

FRSR said...

hehe eina.can u pls translate for me?