Saturday, August 28, 2010

the feeling that i wish not to feel often,in future

guilty.
walaupun hakikatnya aku tak sengaja.

masa berlaku benda ni,aku memang kata dalam hati,yang aku takkan tulis kisah ni dalam blog
sebab aku tak nak ingat benda ni
tak nak ingat benda ni sebab...
sedih.
setiap kali bila teringat.

tapi kejadian selepas tu yang membuatkan aku nak tulis
yang mana aku rasa aku belajar perkara baru akibat daripada kejadian tersebut.

minggu lepas, hujung minggu aku balik rumah
nak berbuka dengan keluarga
al-kisahnya, ayah tengah bising2 sebab rumah berbau kucing (sejak pertambahan 2 ekor lagi si kecik yg comel,hitam ngan grey)
so die letak kt luar sementara...

petang tu sebelum aku keluar aku memang nampak 2 ekor kucing tu main2 kat luar...
sehinggalah kejadian nak ke tarawikh lepas selesai solat maghrib..
masa aku nak keluar,aku ada tengok bawah kereta..kot2 ada 2 ekor kucing kecik comel tu kt bawah
tapi mungkin sebab aku yg tak nampak,so aku pun hidupkan enjin dan reverse...

and subhanallah,waktu tu lah waktu yang aku paling tak nak ingat sekali...
sangat aku tak sangka yang aku terlanggar si kecik kesayangan seluruh keluarga tu
menggigil Allah je tau
dan bila tengok mak kucingnya lari dari dalam rumah nak dapatkan anak dia..
sedihnya masyaAllah..

kalau sebelum ni kita tengok je kalau ada bangkai kucing tepi jalan mati kena langgar
tanpa/kurang perasaan belas kasihan
mungkin sebab kita fikir dia hanya sekadar 'bangkai'
tapi percayalah,perasaan bila kehilangan kucing sendiri yg baru berapa bulan tu
sangatlah tak dapat digambarkan...

pagi isnin tu aku ke kelas.
bagitau roomate tentang kejadian tu..
dan masa nak ke kelas,ada lagi 2 sahabat yg dengar tentang kejadian buruk tu
sekali..ada salah seorang yang bersuara...perlahan je bunyinya...
tapi sangat mendalam maksudnya...

"ada hikmah semua tu. jangan sedih sangat. kadang2 kita tak tahu,kejadian tu terjadi ada sebab.
orang pernah kata,kucing atau binatang peliharaan yang kita jaga ni sayang kita.dan kejadian tu terjadi,mungkin sebab akan ada perkara yang lebih xbaik akan terjadi pada kita,kita tak tahu.
sebab tu DIA nak bagi peringatan pada kita."

tersentap aku dengar.
benda ni adalah ketentuanNya
tapi mesej sahabat yang seorang tu..
secara tersiratnya,kita patut berterima kasih sebab kejadian buruk bukan menimpa pada kita
dan bersyukur atas nyawa yang Allah kurniakan..

No comments: