Monday, August 16, 2010

Rezeki

pernah suatu ketika, ibu pernah bgtau aku...
"masa awak kecik2,ayah selalu cakap, awak ni murah rezeki"
menurut ibu..mase waktu lahirkan aku, ayah dan ibu tengah kerja kat area2 jb and singapore
ayah navy dulu,based kat woodlands,singapore.

mase tu,hidup agak2 cukup2 makan je..
ibu kata,nak beli baju pun mase tu baju terpakai je..
tapi,ayah bgtau lagi, aku ni murah rezeki...

sampaila sekarang aku ingat ayat2 tu setiap kali aku rasa rezeki yang masuk
sampai waktu bertunang haritu, ibu ada ulang ayat yang sama
"ha ni murah rezeki dia.."
buat kenduri untuk dia,mcm2 orang bagi untuk bantu
sedekah inilah sedekah itulah..

dan kata2 tu lah yang selalu buat aku bangkit semangat
bukan setakat rezeki yang orang bagi kat kita..
masa aku dapat kerja pun,rezeki..
apa yang datang pada kita semuanya rezeki kita,dan sebagai hambaNya..
aku bersyukur atas apa yang dia telah kurniakan

dan aku tak dapat nafikan tentang kata2 ibu...

masa baru2 masuk kerja gomen dulu..tahun 2008
sesi perkenalan dengan kawan2..
ade sorang kawan aku ni cerita..dalam group kecil dia ada seorang kakak ni bercerita tentang hidup dia...

ayat dia lebih kurang mcm ni...
"akak datang dari keluarga susah...sangat susah..."
"tapi akak percaya, Allah limpahkan rezeki pada kita hambaNya kadang kala bukan terus pada kita.."
"tapi orang yang dekat dengan kita, dan kita tumpang rezeki dia"
"alhamdulillah, akak kahwin dengan suami akak...dan rezeki akak murah selepas kahwin.."
"dan akak dapat bantu mak ayah akak dengan rezeki tu..."

perkara2 ini juga yang mendorong aku supaya belajar erti syukur...

semoga kita hambanya lebih banyak sifat ini dan jauhilah kami dari sifat tidak pernah cukup, ya Allah...

No comments: