1 perkataan yang cukup untuk mendiskripsikan persoalan di atas.
Sibuk.
aku perlu bijak membuang perkara2 yang kurang 'priority' yang aku lakukan sewaktu bujang dulu.
antaranya?
mengadap facebook berjam2 tanpa arah tuju.(malu)
ya.harini hari terakhir aku cuti.sebelum melangkah semula ke pejabat hari esok dan bercuti semula 2 minggu lagi,insyaAllah
dan baruku tahu,kenapa sahabat2 wanitaku yang sudah berkahwin pernah menyatakan..
"kan best kalau jadi surirumah sepenuh masa"
dan tak dapat dibayangkan olehku hari esok bermula dengan hari2 sebagai isteri yang bekerja.
isteri?wah.sudah mendapat gelaran baru.
puan farha.
alhamdulillah,tiada apa yang dapat disebut setakat ini melainkan syukur padaNya.
dan aku berharap syukur ini ku rasa dan bawa sampai bila2.
hingga ke syurga.
pagi tadi sang photographer hari kejadian 6 dan 7 November dah email kepada En.S (upgrade dari En.T) gambar2 yang ingin dimasukkan ke dalam story board.
pantas sungguh si pro itu.
alasannya,siap awal kerna mahu pindah rumah.
lagipun gambar sudah cukup cantik,tak banyak perlu di edit.
maka En.S email kepadaku dan tugas aku untuk menyibuk melihatnya setelah beliau ke kelas.
masyaAllah..cantiknya.segala2nya!
akanku simpan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup ini.
nanti ku kongsikan di sini.
Nota pernah teringat dulu2:
masa sekolah rendah dulu,sekolah agama..ada seorang Ustaz.Ustaz Kamal namenya.
dia pernah cerita...
katanya,
"Dalam hidup kita ni,ada 3 waktu orang ramai akan melawat kita.
Pertama : waktu kita lahir.
Kedua : waktu kita mendirikan rumahtangga.dan
Ketiga : waktu kita mati."
dan telah tiba waktuku pada saat yang kedua.Syukur.
kuatkanlah hati ini Tuhan,supaya tidak lupakan Engkau Penciptaku..agar selalu mengingatkan diri sendiri tentang mati.
dan aku hanya menulis bercampur2 agak kurang kaitannya dengan tajuk di atas.sekian.
6 comments:
Bole x aku yg sebak baca post ko ni.
Mesti best kan rasa tu? Aku yg xde experience pun dpt tempias rasa best tu.
Best! Best! Sekian. Aku dh hilang vocab "-__-
Btw, I really like the pix taken from ur ceremony.
Kena masuk list of photog yg ada potential ni. Hehe.
thanks Jis=)
boleh,your time will come,insyaAllah.
don't stop praying.HE always there to listen=)
Dear,
I'm soo happy for your wedding.ari2buka facebook (en suami takde di sisi so bleh buang masa ngadap facebook lame2) nk tgok gmba Ha.blog kak zaifie pun buka..hihi
Enjoy ur marriage life ya Puan Farha.beautiful and full of ups and downs.but worth it!
may the everlasting happiness be with both of u..
nnt kalo ade gmba and video share k?
luv u farha syg.muahh!
thanks so much,Zealda=)
thank you for the wishes,advices,support and prayers.
thank you for everything.
gmbar2 ada diorang tag dlm fb.video blum lagi.will share with you,dear.
thanks for coming too.awak take care tau.love u=)
Post a Comment