Monday, November 15, 2010

seminggu sudah...

di kala aku taip post ni,mataku terkebil2 seperti contact lense itu kekeringan
ditambah ada perasa sedikit kemengantukan
maka lebih terkebil2 jadinya.

tapi itu bukan perkara yang ingin dicoretkan.hanya baru sebuah permulaan.

seminggu sudah.cepat betul masa berlalu.
hari minggu sebagai orang yang sudah berkahwin,sangat lain berbanding bujang
sudah tentulah kan? (ehem.)

seminggu jugak bermakna aku duduk di rumah keluargaku.
maka sudah tiba masanya untuk hidup sendiri.

dan hari2 minggu,semalam khususnya lebih kepada aktiviti2 pemindahan
barang2 sudah kemas,basically baju2 jelah pun
dan hadiah2 yang menggunung banyaknya yang dapat tempoh hari
wah!
bila lagi seumur hidup nak dapat hadiah banyak mcm tu?
26 tahun hidup pun belum gerenti dapat
santa claus dalam cerita riang ria kanak2 pun belum tentu larat mendukung sarung beg hadiah sebanyak itu,kan?
excited.
tapi hadiah2 masih belum dibuka.tak mahu menyepahkan rumah yang masih dalam keadaan kemas itu.

maka 2 buah kereta selain dipenuhi barang2 pindah,hadiah sajalah yang nampak
ibarat kereta di dalam carrefour (teka berapa banyak hadiah dan menang.ehem)

ku perasan..ibuku sudah mula membuat muka sedih tatkala aku dan en.S mengemas.
ibarat anaknya mahu terbang ke hujung dunia yang perlu menaiki pesawat selama berbelas2 jam untuk sampai.
biasalah,hati seorang ibu.
kita takkan tahu sehingga kita sendiri berada di tempat mereka.

adik2 dah tanya,kakha nak ke mana?
berapa hari?bila nak balik?
persoalan seperti aku mahu menyambung kursus 7 bulanku itu,haih!

ibu mencium mukaku beberapa kali.
dan ya,ibarat jauh dan lama benar peninggalanku nanti.
"kakha dah tak duduk dengan kita"
sayup je dialognya tatkala adik keluar rumah untuk menghantar kami
alahai...

jaraknya cuma dari rumah ke tempat kerjaku yang hari2 aku berulang alik
sebelum ini.
jangan terlalu disedihkan perkara yang tidak apa2
ayat cuma memberi motivasi dan memujuk diri sendiri
bukan pindah untuk berperang,kan?
bukankah kita ada pilihan untuk tidak bersedih dan memilih untuk sama2 gembira?

ok,cukup setakat tu.

banyak lagi perkara yang ingin dicoretkan di sini untuk hujung minggu pertama

berpindah ke tempat sendiri
mengemas bersama2,menggunakan troli (yang dipinjam dari rumah mentua)
mengangkat barang2 dari kereta ke tingkat sepatutnya
dan bila boring dan penat,duduk atas troli sambil ditolak sang suami untuk turun ke bawah dan ambil barang lagi.

haih orang baru berkahwin,indahnya..

bukan cuba menjadi skeptikal,tapi itulah hakikatnya.
baru seminggu,kan?bagilah can sikit.

habis mengemas,belum habis sebenarnya.untuk hari tersebut
masih banyak lagi hadiah2 di dalam kereta 1 lagi
aktiviti keluar makan kerna dapur masih belum boleh digunakan
aktiviti pemulangan baju kahwin dan fitting baju untuk resepsi 1 lagi
dan aktiviti membeli barang2 dapur.
wahhhhhh!
agak excited disini
aku cuba menjadi excited terhadap diri sendiri,bukan cuba.memang pun (dalam hati je)
kerana perasaan itu hanya sekali seumur hidup
dan aku doa moga perasaan itu berkekalan,amin...

3 comments:

JemmyMatHashim said...

hi Farha...welcome to the blogger world....aku akn jd silent reader blog ko (walopon dh x silent lg..)..haha..

JemmyMatHashim said...

hello Farha...
i am ur follower starting from today ya!!!!

FRSR said...

hey babe!
hehehe.welcome2.jemputlah masuk=)