Wednesday, December 14, 2011

Perancangan Eksekutif Islam 2012

Saje je hari ni mengelat sikit..
Minggu lepas nampak seorang rakan sepejabat ni beli organizer untuk tahun 2012.
Dia kata dia ke kedai buku Popular (lame dah tak pegi tempat ni..last pun masa belajar dulu,maklumlah banyak giant bookstores la ni)
Cadangnya nak beli organizer untuk tahun 2012 yang cartoon2 since dia minat yang comey2 sweet2 katenya..
dah dapat ape yang dia nak,sekali terpandang 1 organizer ni..
Simple warna hitam kulitnya dengan kerawang2 warna gold.
Tertulis "Perancangan Eksekutif Islam 2012, 1433 - 1434 H"
Buka organizer tu..baca2 macam menarik last2 letak yang first tadi.
Maaflah tak ada gambar..tapi dalam buku tu banyak fakta-fakta menarik mengenai Islam.
Fakta-fakta ni di ambil dari Internet..
Harap-harapnya bolehlah dijadikan tauladan, dan ingatan untuk tambahkan pengetahuan dan tingkatkan iman..insyaAllah


So lets share..


Fakta menarik tentang Islam (yang dipetik dari sumber Internet) dari dalam organizer tersebut :


1. Ternyata nama yang paling banyak diguna di dunia adalah "Muhammad"  disusuli dengan nama "Jack"


2. Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.


3. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.


4. Beberapa ayat di dalam Al-Qura menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dengan wanita (secara perhitungan Matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Quran bersama-sama berjumlah 24.


5. Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al-Quran) sehingga keaslian dan kesuciannya selalu terjaga.


6. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan, maka versi Arab Al-Qur'an akan segera digantikan oleh jutaan Muslim, yang digelar "Huffaz" yang telah menghafalkan setiap perkataan di dalam Al-Quran dari awal hingga akhir hayat.


7. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari (statistik 1997).


8. Solat yang pertama dilakukan Rasulullah S.A.W menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat yang sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.


9. Para angkasawan telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan sejenis radiasi yang berpusat di Kota Makkah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet Mars dan masih berlanjutan.


10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuti dua kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri itu dihilangkan oleh Allah dari bumi.


11. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali saja kaum Muslimin menerima kekalahan iaitu di dalam Perang Uhud.


Wallahualam...


4 perkara menajamkan fikiran


1. Hindari berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


"Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya."


Semoga beroleh manfaat dariNYA..

No comments: