Tapi entah kenapa tak terkeluar pulak.
Yang gambar ni pulak dah save since few weeks ago,but now baru teringat nak share.
Just read, and understand.
I want to share of what I've listening to (bila berkesempatan), slot di radio IKIM setiap hari Khamis.
Dalam lebih kurang jam 5 petang..
perkongsian oleh Mu'alaf-Mu'alaf tentang mengenai cerita-cerita diorang yang tersendiri.
Terutamanya apa pandangan mereka sebelum dan selepas memeluk agama Islam.
dan dari situ, kita boleh tahu di mana kelemahan kita sebagai umat Islam sejak lahir yang disalah tafsirkan oleh orang-orang bukan Islam sendiri, di atas sikap umat Islam sendiri..sekaligus memperbaikinya,insyaAllah.

Article ni aku dapat dari facebook, di sharekan oleh salah seorang rakan.
Dan setiap umat Islam, sebagai khalifah di muka bumi wajib untuk menyampaikan ajaran Islam sebenar (dakwah) walaupun sedikit.
Memang kita akan bagi alasan kita bukanlah orang yang pandai, dan jawapan untuk alasan tersebut adalah dengan menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan Islam.
Kebanyakan cerita yang aku dengar dari Mu'alaf-mu'alaf dalam IKIM akan menerangkan tentang perkara yang sama iaitu, Sikap.
Sama ada sikap baik yang diamalkan oleh umat Islam terdekat yang dikenalinya sebelum memeluk Islam yang membuatkan Mu'alaf tersebut tertarik dengan agama Islam, ataupun...
setelah Mu'alaf tersebut memeluk agama Islam..baru dia tahu bahawa sikap sesetengah umat Islam itu tidak melambangkan ajaran Islam itu sendiri. Dan perkara itulah yang mengubah persepsi mereka (bukan Islam), sama ada mahu terus mengenali Islam..atau menjauhkan diri darinya.
Bercakap soal dakwah, sekarang baru aku faham kenapa sesetengah orang beriya pergi ke sana ke mari melakukan dakwah. Kerana ia adalah salah satu dalam tuntuan Islam. Dengan syarat ilmu di dada. Kalau nak kata cukup, kita memang takkan dapat memenuhi istilah cukup.
Teringat satu cerita seorang Mu'alaf bernama Hamidah bercerita,
"Seorang majikan telah mengambil seorang pekerja untuk bekerja dengannya. Tugas pekerja tersebut adalah mengemas rumah, mengemop lantai dan membersihkan dapur.
Suatu hari, majikannya meninggalkan anaknya untuk dijaga oleh pekerja tersebut. Seperti biasa, pekerja tersebut menjalankan tugas hariannya. Berdekatan dengan rumah majikan, ada kolam. Dan anak majikan tersebut bermain-main di tepi kolam lalu jatuh ke dalam kolam tersebut dan lemas.
Apabila majikan pulang, dia bertanya kepada pekerja tersebut. Kenapa pekerja itu tidak menyelamatkan anaknya?
Lalu jawab pekerja itu, "tugas saya hanyalah mengemas rumah, mengemop lantai dan membersihkan dapur dan tidak lebih dari itu".
Sambung Hamidah dalam ceritanya,
"Lalu apakah jawapan kita sekiranya Allah swt bertanyakan kepada kita mengapa kita tidak melakukan dakwah? Sanggupkah kita menjawab bahawa tugasku hanyalah solat 5 waktu, mengerjakan zakat, menunaikan haji, berpuasa dan mengucap dua kalimah syahadah?"
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment