Sebagai pengajaran kepada yang mendengar, dan diharapnya dapat berkongsi dengan yang membaca blog ni, insyaAllah.
Jangan ditanya siapa yang bercerita,sebab bila turn on radio je..dah start dah sesi bersama jemputan di radio.
So maaflah sebab tak dapat nak catch nama jemputan tu.
Ini cerita semalam.
Saya garap waktu mendengar radio tatkala pulang dari pejabat.
Sunnatullah dan Syariatullah.
Perkara ini pun saya baru belajar semalam.
Contoh, ada 2 orang yang dinamakan A, dan seorang lagi B.
A adalah seorang yang beragama Islam. Seorang yang cukup solat 5 waktunya, mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan zakat..pendek kata,cukup serba serbi sebagai seorang yang beragama Islam.
Si B pula adalah seorang yang tidak beragama Islam.
Persamaan di antara kedua-dua A dan B ini adalah mereka mahu menanam padi.
Si A ini selalu solat, berdoa dan meminta pada Allah supaya hasil tanaman padinya hidup dan menjadi.
Akan tetapi dia tidak pernah berusaha untuk menjaga hasil tanamannya sebaik mungkin.
Dia hanya tanam dan membiarkan padi tersebut tanpa membajanya, memberikan padi tersebut cukup air, serta kurang cahaya.
Dalam masa yang sama A tidak putus berdoa dan meminta pada Allah.
Berbeza dengan si B. Dia tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah, tidak menunaikan solat serta tidak menyembah Allah. Tetapi dia terus berusaha sebaiknya menanam padi dengan kaedah yang baik, membaja dan mengairi serta menjaga tanamannya sebaik mungkin.
Jika dilihat pada cerita tersebut,agaknya hasil tanaman siapakah yang menjadi?
Sudah tentu si B. Kerana dia mengikut Syariatullah yang telah ditetapkan. Sekalipun dia tidak mengikut Sunnatullah.
Syariatullah-syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam hidup, dalam erti kata lain..ia adalah sains sosial yang perlu ada dalam hidup kita.
Seperti contoh, kita perlukan oksigen,makanan dan minuman untuk hidup.
Dan kita tidak akan hidup hanya dengan berdoa pada Allah meminta untuk tidak mati tetapi kita tidak cukup oksigen, makanan dan minuman.
Juga bukan bermaksud kita harus mengutamakan Syariatullah dan mengabaikan Sunnatullah.
Sebagai umat Islam, kita perlu ada kedua-duanya. Syariatullah dan Sunnatullah.
Tak ada gunanya mengharapkan pertolongan Allah, jika kita tidak berusaha. Serta yang tidak mengikut sunnatullah, akan kalah pada yang batil.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment