Semalam sewaktu pulang dari pejabat, saya mendengar radio.
Semenjak drive sendiri ke/dari pejabat ni,hanya boleh mendengar dan menyimpan dalam kepala mana yang dapat.(tak termasuk yang lupa).
Jika dahulu waktu ada orang tolong bawakan kereta dan kita hanya duduk di sebelah, cepat2 tulis di dalam telefon ayat-ayat yang dikongsikan di radio.
Sekurang-kurangnya untuk dijadikan panduan untuk diri sendiri, dan bonus jika dapat dikongsikan bersama orang lain.
Dan jika punya waktu terluang, boleh muat turun temuramah eksklusif dengan pakar-pakar motivasi dan ustaz-ustaz yang boleh dikongsikan bersama dari website.
Maka perkara yang mencuri perhatian saya semalam adalah, yang mana satukah yang lebih baik?
"Orang kaya yang pemurah, mahupun orang miskin yang penyabar?"
Menurut sesetengah ulama, orang kaya yang pemurah adalah lebih baik dari orang miskin yang penyabar.
Sebabnya, orang miskin yang penyabar tidak punya/punya pilihan yang sedikit melainkan harus bersabar dengan kemiskinan yang dihadapi. Lebih baik sekiranya dia berusaha untuk membangunkan diri sendiri dan keluarganya serta memperoleh pahala.
Akan tetapi, orang kaya yang pemurah, bukan sahaja dapat menambah pahala dengan bersedekah,tetapi memberi sumbangan terhadap komuniti dan organisasi. Sebagai contoh, dengan menyumbang kepada institusi pendidikan, lebih ramai golongan bijak pandai yang dapat diwujudkan, lebih banyak fasiliti yang terbaik dibangunkan, dalam erti kata lain..pahala yang orang kaya tersebut dapat bukan hanya semata-mata untuk dirinya sendiri, bahkan menambah pahala untuk orang lain juga.
Wallahualam.
2 comments:
nice blog,tq utk info yg sgt menarik. :)
n follow u ;)
http://juazizi.blogspot.com/
Thank you Ju Azizi=)
Post a Comment