Saturday, August 25, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua muslimin dan muslimat semua..
Semoga Syawal kali ini lebih meriah dan diberkati Allah..

Dah masuk seminggu Syawal ni, dah mula sunat puasa enam belum?
Barangsiapa mengerjakan sunat puasa enam di bulan Syawal sama ganjarannya dengan berpuasa selama setahun tau!

Dan satu perkongsian di sini, untuk muslimat..
Semalam ada dengar khutbah Jumaat di TV..
jika ada yang keliru (mcm saya dulu) tentang menggantikan puasa dan berpuasa sunat di bulan Syawal...
Dulu pernah ada yang kata, maklumlah, bukan bertanya pada yang arif..
Puasa ganti dan puasa sunat seeloknya tidak disekalikan..
Maksudnya kena buat asing-asing
kerana ibadat wajib dan sunat tidak boleh disekalikan..

Sebagai contoh, saya perlu menggantikan puasa wajib selama 6 hari..
dan saya berniat untuk melaksanakan puasa sunat Syawal,yakni 6 hari
maka dengan itu untuk mendapat ganjaran puasa sunat, saya perlu berpuasa 12 hari di bulan Syawal.

Yang mana datang dahulu, jika diikutkan dari segi priority, yang wajib datang dulu baru sunat..
walau bagaimanapun boleh tanya kepada yang lebih arif mengenai hal ini..
Wallahualam..

Selamat beribadat di bulan Syawal! 



ni di pantai air tawar,Besut..betul2 berhadapan dengan Pulau Perhentian.
such a breathtaking scenery,subhanAllah...


yang ni, di Kempas, Johor..raya kedua. Rumah ayah saudara sebelah Ibu..




Tahun ini beraya di Johor dulu, then raya ketiga baru ke Besut, Terengganu.
dari makan lodeh, ke nasi minyak..1Malaysia, eh?

2 comments:

Maslina Mansor said...

Ha, Mohon maaf kalau sepanjang perkenalan kita Mas penah terkasar masa bergurau atau bila-bila la..Salam Aidilfitri.

FRSR said...

mas xde salah pun kt ha.thanks mas.Maaf Zahir dan Batin jugak =)