Thursday, August 30, 2012

Si tanggang moden

pagi tadi rutin seperti biasa sewaktu memandu ke pejabat, saya mendengar Ikim.fm.
Dua tiga hari kebelakangan ini, agak bersemangat keluar lebih awal (walaupun hanya beberapa minit) semata-mata untuk mendengar motivasi pagi.
walaupun sekejap, cukup untuk menggerakkan enjin dan memberi motivasi kepada sendiri.

selesai motivasi pagi, slot pagi bersama deejay..selalunya membincangkan perihal isu semasa
Deejay pagi tadi Siti, dan Pian tak silap saya.
Seringnya, idea untuk isu yang dibincangkan di ambil dari tajuk akhbar pada hari tersebut
tapi kali ini, saya kurang pasti dari mana datang nya idea tersebut.
Topik pagi ini adalah : Gaji besar, kerja hebat tetapi ibubapa terabai. Apakah nasihat terbaik untuk Si Tanggang Moden? 

Seingat saya, ini bukan kali pertama isu ini dibincangkan.
Sudah beberapa kali  juga saya mendengar pelbagai pendapat, perspektif mengenai isu ini di Ikim.

Isunya adalah, seorang pegawai di sektor swasta yang bekerja di bidang oil and gas yang bergaji tinggi (dalam kes ini gaji mencecah sehingga RM18 ribu sebulan), meletakkan ibu bapa di bawah penjagaan badan kebajikan masyarakat...dan jika tidak silap saya, deejay tersebut ada memberitahu bahawa kedua atau salah seorang dari ibu bapa pegawai tersebut menyamannya atas sebab menghantar mereka ke situ (wallahualam)

1001 perspektif boleh dikumpulkan dari kenyataan di atas.
Perspektif pada saya,sesuatu yang subjektif, bergantung kepada sejauh mana kita mengetahui kes tersebut.
Dalam Islam sendiri menyuruh anak-anak menghormati ibu bapa, menjaganya kedua ibu bapa sebaik mungkin.
Walaubagaimanapun, banyak faktor yang mempengaruhi sesuatu perkara terjadi.Benar, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Ibu adalah orang pertama yang perlu diutamakan oleh anak lelaki,dan suami bagi anak perempuan.

Tetapi...perlu juga mengambil kira faktor-faktor seperti :

Sejauh mana ajaran agama yang diterapkan oleh kedua ibu bapa semasa membesarkan anak?
Bagaimana pergaulan anak-anak di luar kawalan ibu bapa?
Bagaimana sikap kedua ibu bapa itu sendiri terhadap anak mereka?

Dalam kes ini,hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang tahu.


Pada saya, untuk memberikan pendapat/komen spesifik mengenai kes tersebut adalah tidak adil dengan tidak menimbang kira faktor-faktor tersebut.


Saya hanya sempat mendengar pendapat dari beberapa pemanggil sahaja memandangkan trafik pada pagi ini sangat lancar dan jarak dari rumah ke pejabat saya hanyalah lebih kurang 15km sahaja.

Tetapi yang benar-benar menyentuh perasaan saya sehingga kini adalah panggilan dari seorang pemanggil pertama...

Seorang wanita
Sayu bunyinya, 
Mungkin seorang ibu
Tetapi butirannya jelas terkesan.
Mesejnya lebih kurang begini...

"Seorang ibu...walau bagai mana teruknya seorang anak, jangan sesekali dilupakan untuk mendoakan dan memaafkan anaknya. Setiap kali berdoa, ampunkanlah dosa anak-anaknya. Mohonlah dari Allah diberikan petunjuk kepada anaknya. Mohonlah pada Allah..agar anaknya tidak mendapat nasib yang sama,kelak. Kerana doa seorang ibu itu dimakbulkan Allah. Mudahkanlah perjalanan seorang anak dengan memaafkannya,walau macamana sekalipun.Nescaya akan memperoleh kebaikan."

Subhanallah...mulianya hati sang pemanggil.
Benar-benar membuka minda,hati saya pagi ini...

Pada saya, persoalannya di sini bukanlah dari sikap anak semata-mata, tetapi juga mencari keredhaan dari Allah swt untuk kedua ibu dan anak. 
Saya percaya,dengan keredhaan Allah swt...pasti kedua-dua ibu dan anak    akan bahagia dunia dan akhirat, insyaAllah...

Perspektif ini juga tidak dinafikan berpunca dari media massa yang sentiasa memaparkan sikap-sikap negatif seperti anak yang tidak menghormati ibu bapa (bagaimana pula dengan ibu bapa yang tidak menghormati anak-anaknya?), bercakap kasar, mengungkit-ungkit (ibu bapa yang mengungkit kepayahannya membesarkan anak) dan sebagainya.

Serta jauhilah pendapat mengenai orang-orang tua yang ada di rumah orang-orang tua/rumah sri kenangan adalah akibat daripada anak-anak yang tidak bertanggungjawab semata-mata..kerana mengikut pengalaman saya yang pernah berkhidmat selama seminggu di salah sebut rumah orang-orang tua..kebanyakan dari mereka adalah dari golongan yang tidak punya keluarga untuk menjaga mereka.

Walaupun ada segelintir masyarakat yang diperkatakan,yang menghantar ibu bapa ke rumah sri kenangan,tetapi tidaklah sebanyak yang disangka. Orang-orang kita masih ramai yang tinggi nilai budinya..insyaAllah

Sikap manusia yang menentukan sama ada dia adalah seorang anak dan seorang ibu bapa yang baik atau tidak..

Sebagai anak,sayangi dan hormatilah ibu bapa kita sebanyak-banyaknya.Kerana ramai lagi orang di luar sana yang tidak mempunyai peluang merasai kasih sayang ibu dan bapa..

Sebagai ibu bapa, sayangilah anak anda sebaiknya kerana amanah yang diberikan Allah itu besar ganjarannya jika dijaga sebaiknya.
Dialah yang mencorakkan kita,sayangi dan hormatilah mereka.

Wallahualam..


1 comment:

[M.Y] said...

True that.. Kadang2 bila ade nye isu mcm ni org akan meletakkan kesalahan pada anak tersebut. Tapi pernah ke org terfikir apa pulak kesalahan mak ayah dorg sampai terjadinye benda cmni kan? Theres always another side of the story.. Sama mcm kes yg penah keluar harian metro few months back yg mana anak tggal kan ibu dia kt hotel di area kg baru. Mase cite tu keluar semua dok maki2 anak makcik tu tp at d end of d day theres is always a valid reason why anak dia buat mcm tu. Mase tu baru terbukak mata semua org esp. d media that published such issue