Tuesday, March 5, 2013

hari ke 64 dalam tahun 2013

Assalamualaikum dan Selamat tahun 2013!!!!

Hehehe!Saje tak nak ucap Selamat tahun baru sebab tau dah tak baru sangat dah.
So looong for the silence.
Now its time untuk buat bising semula.

Maaf. Bukan tak sengaja tak menulis. Memang sengaja.
Sengaja kerana 'rasa' untuk menulis itu tidak ada.
Ada yang bertanya khabar berita, bila mahu mengisi ruang blog yang sudah agak lama ditinggalkan?
Maal hijrah pun sudah lama berlalu..makan dalam sungguh.
Jangankan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, raya cina, Thaipusam..semua dah selamat dah.

Ok. Perkembangan terbaru?

Bila dikira-kira semula, dari waktu terakhir saya mencoret di blog sehingga hari ini..
dari sudut pengajian saya, sudah selamat habis satu semester lagi, alhamdulillah.
Yang bermaksud sudah 2 semester berjaya dihabiskan.
Dan 2 semester lagi,tidak termasuk short semester untuk menghabiskan pengajian separuh masa ini.

Sepanjang tidak mencoret ini, banyak perkara-perkara baik yang berlaku, alhamdulillah syukur.
Untuk semester pengajian yang lepas agak berbeza dengan semester pengajian sebelumnya, kerana ada satu kelas yang jadualnya telah tersesat pada waktu hari bekerja. 

Yang mana tujuan asal pihak Universiti adalah supaya pelajar-pelajar separuh masa menghadiri kelas pada hari minggu, agak tersasar sedikit disebabkan pelajar-pelajar sepenuh masa juga sibuk untuk hadir kelas pada hari minggu.

Maka jadual saya berbeza sedikit, setiap Jumaat (yang mana agak sukar untuk pulang tepat pada waktunya ditambah pula dengan laluan trafik yang agak mencabar),saya gagahkan jua untuk ke kelas dari jam 6.35 ptg hingga 10.45 malam. Mujur juga salah satu sebab yang membuat saya bersemangat adalah kelas ini adalah kelas Ekonomi, yang merupakan salah satu subjek kegemaran saya =) 

Itulah serba sedikit jadual saya sepanjang akhir tahun lepas hingga awal tahun ini..kelas pada hujung minggu dan setiap hari Jumaat.

Syukur pada Allah swt diberi kekuatan mental,fizikal,spiritual dan emosi untuk mengharungi cabaran-cabaran yang dipilih ini.
Terima kasih kepada suami yang senantiasa memberi sokongan dari segenap ruang. Yang bukan sahaja menghantar dan mengambil dari kelas pada hujung minggu, tetapi juga sanggup menjemput si isteri pulang dari kelas setiap malam hari Jumaat hanya untuk pastikan si isteri selamat.

Selain jadual kelas yang lebih mencabar dari semester sebelumnya, saya juga menghadapi keadaan diri sendiri yang berlainan juga. Alhamdulillah, sepanjang dari bulan September yang lepas sehinggalah pada hari ini, saya sedang membawa 2 nyawa bersama saya, atas kurniaan yang Maha Pemurah Allah SWT.

Si kecil di dalam perut kini berusia kira-kira 7 bulan.
Alhamdulillah =)

Ini adalah gambar sebulan yang lepas di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Hai, Assalamualaikum! Saya sedang sibuk mahu menghisap jari!


Syukur kerana dugaan pada dan sepanjang kehamilan saya dipermudahkan Allah swt.
Hanya dugaan-dugaan kecil yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung dalam membiasakan diri membawa si kecil.
Selera makan 2,3 kali ganda. Berat semakin naik sedikit, blood pressure yang dahulunya terlalu rendah,semuanya normal pada waktu ini,syukur.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik yang diaturkan untuk hambaNya.

Semangat untuk belajar, menghadiri kelas, saya akui memang lebih dari biasa.
Jarang kali terasa terlalu letih, atau mengantuk di dalam kelas.
Benar, Allah sentiasa berada di sisi hambaNya.

Dan alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester lepas juga meningkat dari CGPA 3.67 kepada 3.71.
Terima kasih semua di atas sokongan dan doa yang tidak pernah putus.
Semoga kalian dirahmati oleh Allah swt.

Syukur juga kerana saya juga telah mendapat Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) dari JPA untuk meneruskan pengajian separuh masa  ni. Yang mana yuran pengajian, elaun buku dsbnya akan ditanggung dengan syarat-syarat tertentu. Alhamdulillah!

Itu sahaja buat masa ini.
Post seterusnya akan muncul kemudian,tak tahu bila =)

4 comments:

Unknown said...

Salam ha..lama x sembang dgn ha...bila ada update brlah dpt dengar berita.

FRSR said...

Salam waniee!! rindunyeee.sehat ke?

Anonymous said...

salam kak :)

nnti update lg ok..saya ni suke sgt bace blog akak..

FRSR said...

terima kasih =)