Saturday, October 27, 2012

Salam Aidiladha 1433H

Salam Aidiladha 1433H kepada semua umat Islam...
semoga kita lebih menghayati erti pengorbanan yang sebenar,insyaAllah

Ini adalah kali ketiga saya dan suami menyambut Raya Aidiladha bersama,alhamdulillah..
masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki mengikut kehendakNYA..

Dalam pada kita bergembira menyambut raya bersama orang yang tersayang, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat sahabat-sahabat seperjuangan saya yang ayahandanya telah kembali ke rahmatullah pada sehari sebelum dan hari raya aidiladha tersebut..

kepada sahabat sesekolah, Yasheera Ishak, yang ayahandanya telah kembali menghadap Illahi pada hari Khamis, jam 9.15 pagi dan 

sahabat sepejabat, Melissa Mokhtar,yang ayahandanya juga telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat seusai waktu zohor, hari pertama Aidiladha..

semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
semoga kalian dan sekeluarga tabah menghadapi ujian ini...

kepada semua hamba Allah yang masih hidup di muka bumi ini, jadikanlah ia sebagai peringatan kepada kita, supaya mengingatkan diri bahawa dunia ini hanya sementara, dan kita semua yang ada adalah pinjaman dari Allah swt. Semoga segala perkara yang kita lakukan adalah sebagai ibadah untuk tujuan memperolehi simpanan di akhirat kelak,insyaAllah...

Wallahualam.

kepada sahabat serumah,sekelas,sebilik,setilam masa di Kuittho,Parit Raja Johor dulu, Siti Rahilah Shikh Nasir dan Norashima Mahyon..terima kasih di atas kunjungan walaupun sekejap..
Eyla,lepas hampir 2 tahun baru jumpa,last pun masa wedding saya.
Harapnya tak ambil masa lagi 2 tahun atau lebih untuk perjumpaan seterusnya..hihi



No comments: