Assalamualaikum.
Selamat belated tahun baru, 2014.
Hari ini,walau hakikatnya saya menulis awal seminggu, dengan harapan saya akan post "post" ini pada tarikh 24 Mei 2014...genap usia anak saya 1 tahun.
Selamat ulangtahun yang pertama, sayang Ibu.
Ibu setiap hari mendoakan sayang Ibu, Wan Ahmad Fawwaz b. Wan Ahmad Zukri menjadi hamba dan anak yang soleh, beriman, taat perintah Allah, penyayang, dan mendengar kata.
Semoga yang baik-baik adalah milik sayang. Semoga sayang Ibu menjadi seorang mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. Serta menjadi seorang yang penyayang seperti ayah.
Setahun ini adalah setahun yang paling bermakna untuk ibu dan ayah.
Dan hari-hari yang lebih bermakna pada akan datang sejak kehadiran sayang.
Ibu sayang Fawwaz, ayah sayang Fawwaz.
Hari ini, 24 Mei 2014..Ibu tak dapat berada dengan Fawwaz 24 jam.
Kelas ibu hari ini, in shaa Allah yang terakhir jika diizinkan Allah untuk semester yang terakhir juga.
Hari ini juga, sahabat-sahabat seperjuangan Ibu belajar yang sama-sama mendaftar dengan Ibu, menyambut Majlis graduasi mereka.
Sedikit pun Ibu tidak merasa rugi dan sedih.
Malah sangat gembira kerana pada waktu mereka bergembira, Ibu juga gembira dengan sayang Ibu dan hampir menamatkan perjuangan Master degree Ibu, alhamdulillah.
Allah Maha Pemurah.
Semoga perasaan sayang ini kekal sampai bila-bila,amin.
p/s : Hakikatnya hari ini yang merupakan hari terakhir kelas Ibu,in shaa Allah..Ibu tak pergi pun.Satu rumah,Ibu ayah and Fawwaz sakit mata. Didoakan semoga kita cepat sembuh,amin...


No comments:
Post a Comment