dari hari Jumaat hingga Ahad, ibu datang ke rumah untuk membantu tugas menjaga Fawwaz kerana flight suami saya ke Paris pada malam Sabtu itu.
Saya pula kebetulan ada kelas Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
hari minggu yang sibuk untuk saya.
semenjak mendapat berita suami perlu ke Rome selama 10 hari hati saya menjadi tak keruan.
lebih kepada down sebenarnya.
kerana pertama,saya tidak dapat membayangkan memikul tugas menjaga anak keseorangan tanpa suami saya (walaupun hakikatnya ditemani adik yang banyak membantu serta sememangnya saya yang menjaga Fawwaz 12 jam pada setiap hari bekerja).
kedua, hakikat bahawa saya akan mula bekerja dan pertama kali membawa Fawwaz (walaupun Fawwaz telah saya latih ke Taska bermula minggu lepas cuma tidak mengikut waktu bekerja) tanpa suami di sisi.
Lemah betul jiwa.
Rasa seperti 'helpless'. Entah kenapa lain sungguh emosi tatkala suami tidak ada lebih-lebih lagi semenjak ada anak ni.
Bukan tidak pernah suami outstation waktu saya mengandung dahulu.
Hakikatnya saya lupa, Allah sentiasa di sisi kita.
dan kita lupa,hari yang kita takuti dan risaukan itu sebenarnya telah kita harungi pun (dengan jayanya, in shaa Allah).
Saya lupa,setiap hari selepas bangun pagi sebelum suami ke tempat kerja saya selalu meminta pada Allah, permudahkanlah urusanku pada hari ini ya Allah.
Allah suka mendengar hambaNya berterusan memohon pertolongan dariNya kerana hanya Dia yang dapat memberi pertolongan.
Kuatkan hati, Farha.
bila kita fikir kita lemah, maka lemahlah kita.
dan tatkala orang melayan kita seperti kita orang yang lemah, maka rugilah kita.
Semoga segala urusan dipermudahkan untuk kita semua.
Amin
p/s: setiap hari berbisik pada Fawwaz supaya Fawwaz menjadi anak yang soleh,in shaa Allah. Setiap malam selepas menyusu, ayah yang akan dodoi dan tidurkan Fawwaz. Sebab Fawwaz tidak akan tidur jika ibu dodoi kerana tahu jika ibu yang dodoi,Fawwaz akan memilih untuk 'bergantung'.akhirnya ibu akan tidur duduk hingga pagi.
Tapi sudah 2 malam ayah outstation,anak soleh Fawwaz pandai tidur sendiri di sebelah ibu tanpa di dodoi. Subhanallah, Alhamdulillah =)

No comments:
Post a Comment