selalu..lepas kita solat, mesti kita akan doa,kan?
doa..minta pada Allah.
teringat masa saya di sekolah rendah dulu, pernah terbaca bahawa orang yang tidak berdoa/meminta dari Allah sesudah solat..adalah hamba yang sombong.
sejak itu,walau mcmana hendak cepat sekalipun, saya akan pastikan saya baca sekurang-kurangnya surah al-ikhlas.
saya bukanlah pandai berdoa.jujur,saya tidak hafal pun doa-doa sesudah solat.
kadang kala saya baca al-fatihah, ayat kursi, tiga kul..dan kalau nak panjang sikit, saya baca dalam bahasa yang saya faham (bahasa Malaysia lah).
saya mintalah apa saya nak minta pada Allah.
kadang-kadang bila ok, tersusun juga ayat-ayat.
tapi bila otak fikir hal lain, dalam hati nak berdoa, tak tersusun jugak ayat tu.
entah ke mana juga khusyuknya tu.
tapi saya selalu fikir.
bila mana saya berdoa dan meminta..saya rasa malu.
cuma ingin berkongsi apa yang saya rasa.
seperti orang-orang lain, saya minta yang baik-baik untuk diri saya, keluarga, sahabat handai, guru-guru serta kesejahteraan seluruh umat Islam di muka bumi ini.
saya rasa malu..sebabnya..meminta macam-macam.
tapi usahanya kurang.
contohnya, minta tolong Allah selamatkan umat Islam di seluruh dunia.
terutamanya yang diserang musuh-musuh Islam secara terang-terangan mahupun secara halus
di Gaza, di Syria, di Myanmar dan sebagainya.
tapi apa usaha saya?apa usaha kita?
malunya saya.
mohon ditingkatkan iman. minta ditanamkan sifat-sifat mahmudah, dijauhkan dari sifat mazmumah..
tapi bila diuji sikit, dijentik sikit, melompat.
malu kan?
"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku hamba yang soleh, yang taat di atas segala perintahmu dan menjauhi laranganmu...peliharalah kami dari perkara-perkara yang tidak baik serta jauhilah kami perkara-perkara yang memesongkan akidah kami.. Amin."

No comments:
Post a Comment