Friday, November 7, 2014

Graduation.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Cabaran menjadi seorang part-time student telah berakhir beberapa bulan lepas dan disambut dengan konvokesyen pada minggu lepas..
ingat post ni?  
back to school!

cepat sungguh masa berlalu,kan?

Subhanallah jika ditanya sampai sekarang perasaan saya..seperti tak percaya.
tak percaya dengan apa yang saya buat
Allah memudahkan urusan saya dan keluarga,alhamdulillah.

Bulan 2 tahun 2012 saya mendaftar sebagai pelajar separuh masa.
Bulan 12 tahun 2012 saya mendapat biasiswa separuh masa dari JPA
Bulan 5 tahun 2013 saya melahirkan anak pertama, Wan Ahmad Fawwaz
Bulan 11 tahun 2014 saya bergraduat.

Tiada yang lebih baik untuk diucapkan selain syukur.
Syukur tidak terhingga kepada Allah swt, suami yang tidak pernah putus memberi dorongan dan sokongan, membantu menjaga anak di kala saya pergi menuntut ilmu, kedua ibu bapa dan mertua saya, adik beradik, ipar duai, sahabat sekelas yang sangat rajin membantu, sahabat handai yang memahami, rakan sekerja, bos-bos dan pihak JPA sendiri.

Tak sangka ramai juga yang bertanya, bagaimana saya melakukan banyak perkara sekaligus-bekerja, belajar, bersalin dan menjaga anak dan keluarga.yang pasti,saya bukan melakukanya seorang diri. dengan support system yang baik,alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

beberapa tips dari saya, pada yang bertanya.
setkan niat kita sebaik-baiknya.
sebelum buat apa-apa keputusan,tanya diri sendiri.adakah ini perkara yang kita mahu?
adakah saya betul-betul bersedia?
niat untuk 1 perkara bukan kerana orang lain buat perkara yang sama.
dan bagaimana sekiranya saya mengandung tatkala waktu belajar?
itu pun saya ambil kira. kan ke rezeki Allah yang tentukan?jika Allah kata rezeki pada waktu saya belajar pada waktu itu, saya bersyukur alhamdulillah.

Dan Allah mempermudahkan urusan sepanjang saya mengandung dan menghadiri kelas
baby Ahmad (panggilan Wan Ahmad Fawwaz sewaktu di dalam perut) sentiasa setia menemani Ibu ke kelas..cuma kadangkala lapar,minta makanan lebih sikit.hehe


Time kasih juga sahabat yang sentiasa memberi sokongan..terutamanya untuk pergi ke konvo.hehehe
Mungkin kalau haritu saya buat keputusan untuk tak pergi konvo,saya akan menyesal juga walaupun dah bayar.

Ada beberapa dugaan kecil bila waktu si kecil Fawwaz tidak berapa sihat di waktu hampir hari konvo.
Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Tidak lupa juga (dah macam artis menang award bagi ucapan pulak), sahabat sama-sama belajar UTM terutamanya kawan saya Hafizah Zainol Abidin yang saaaaangat banyak membantu saya dari segala segi terutamanya hal-hal berkaitan pentadbiran waktu belajar, assignment, tak kedekut ilmu.
Yang paling penting, dia orang yang rajin. Bila bersahabat dengan orang yang rajin, kita pun sedikit sebanyak akan kena tempiasnya.
Walaupun kebanyakan sahabat yang sama batch sudah konvo awal (kerana saya postponed 1 sem masa bersalin)..Fiza tak henti-henti bagi semangat pada saya. Bila mana lagi yang tinggal waktu tu 3 subjek lagi dan Master Project.
Jasamu dikenang sampai bila-bila.

Juga sahabat di pejabat dan bos-bos yang memahami..yang banyak memudahcarakan.
Alhamdulillah

Semoga ianya menjadi inspirasi untuk diri saya sendiri dan kenangan manis untuk saya, keluarga dan sahabat handai.

P/s : Jika dahulu selepas tamat belajar Degree, perancangan awalnya untuk sambung Master. Tetapi perancangan Allah lebih baik. Selepas 8 tahun bekerja, masih diberi kesempatan dan rezeki untuk menunaikan impian sendiri.


1 November 2014, UTM Skudai, Johor



Sayang anak Ibu

Ibu tersayang
sahabat, Hafizah 

Nenek yang comel.



Tak lupa juga adik saya Fatiha Ramdzan yang bergraduasi pada 11 Oktober 2014. Semoga sentiasa berjaya dunia dan akhirat, Ateh.Amin..



No comments: