Sebenarnya dah agak lama tak membeli (majalah) dan membaca secara santai.
Ini pun kerana MC 2 hari akibat diarrhoea (asalnya kelmarin doktor kata saya kena gastroentriris-yang hampir setiap tahun saya kena minta dijauhkan pada waktu akan datang.dan sepatutnya ubat yang diberi akan sedikit sebanyak dengan kuasa Allah menyembuhkan,tapi sebaliknya berlaku..saya kena diarrhoea pula.Saya suspek antibiotik yang diberi kerana selepas jumpa doktor, makanan yang saya makan sama dengan suami dan anak saya.tapi mereka alhamdulillah tidak diarrhoea..kesimpulannya semalam, 22 kali keseluruhannya saya membuang 'isi perut' sehingga tiada isi lagi dah).
Ok tutup cerita.
cuma ingin berkongsi sedikit perkongsian yang sangat berguna pada pendapat saya.
Mungkin juga kepada yang membaca, inshaa Allah
sebenarnya dari Majalah Solusi bulan Mac 2013. Tapi in shaa Allah ilmu yang dikongsi tidak akan lapuk.
Semoga beroleh manfaat dan menjadi sumber kekuatan kita pada masa akan datang, in shaa Allah...
Contoh Kezaliman Terhadap Diri Sendiri.
Kenal pasti contoh kezaliman terhadap diri sendiri di bawah, lalu bebaskan diri anda daripada menjadi insan yang menzalimi diri sendiri!
Spiritual
- Mensyirikkan Allah
- Tidak mengikut sunnah Rasulullah
- Meninggal dan melengah-lengahkan ibadah wajib
- Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara haram
Minda
- Tidak berusaha menambah ilmu
- Menghidangkan "sajian" yang merosakkan daya berfikir
- Meminum arak kerana ia menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik
- Malas menggunakan akal untuk berfikir
Emosi
- Memilih untuk berfikir secara negatif berbanding positif
- Sentiasa berkeluh-kesah memikirkan hal keduniaan lebih berbanding akhirat
- Membiarkan diri diselubungi perasaan yang boleh menjadikan diri lemah semangat
- Sengaja tidak melawan sifat mazmumah yang ada pada diri
Fizikal
- Makan makanan yang memudaratkan kesihatan
- Berkira-kira untuk melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal
- Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang boleh membawa mudarat
- Membunuh diri.
Semoga kita terus menerus memperbaiki diri dan dijauhkan dari menzalimi diri sendiri. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment