Ini adalah kali kedua kami ke sana selepas dapat tahu ada basikal sewa yang boleh bawa anak kecil di sana.
2 bulan yang lepas, pertama kali kami menyewa basikal di sana. Saya dapat tahu ada servis sewa basikal (sekali untuk baby) selepas program Sukan MITI yang buat kat sana..Asalnya masa bonceng Fawwaz, senyap je seribu bahasa. Tak ada bunyik langsung. Gayat mungkin. Ngantok pun mungkin jugak.
Sampai FRIM tepat jam 12, memang tengah panas.tapi Alhamdulillah banyak pokok, so still boleh enjoy lagi.
Fawwaz pakai topi pinjam dari Ibu. Sebab tu besar.Bila ibu bawak Fawwaz and pusing belakang, tengok-tengok topi dah tutup muka Fawwaz. Pandai Fawwaz adjust.Hehe
ni semua masa 2 bulan lepas..masa pergi 3 hari lepas,alhamdulillah Fawwaz nampak lebih gembira (at least takdelah stone je muka macam sebelum ni).
Ni gambar minggu lepas
Oh ya, tak lupa untuk adik tersayang yang selamat bergelar dan menjadi isteri pada 24 Disember 2014 yang lepas..kak ha doakan awak jadi isteri yang mithali, mempunyai keluarga yang sentiasa diberkati Allah, bahagia dunia dan akhirat..amin









No comments:
Post a Comment