Tuesday, January 13, 2015

2015

Assalamualaikum semua...

Selamat tahun baru 2015, semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah s.w.t

Di doakan juga supaya kita umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya diberi kekuatan dalam menempuhi cabaran-cabaran yang mendatang. Allahuakbar, kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu, Johor dsbnya, semoga diberi kekuatan yang tidak terbayang, ketabahan yang tidak terhingga dalam menempuhi ujian ini.

Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang prihatin yang memberi sumbangan dari pelbagai segi..semoga kita menjadi hamba yang beriman dan dipertingkatkan iman dari setiap dugaan yang mendatang..amin.

Sesungguhnya kadangkala memang tak sampai hati melihat gambar-gambar kejadian banjir. Sayu.
Sekiranya saya mempunyai kudrat, teringin saya bantu semuanya. Sekiranya saya mempunyai harta yang banyak, ingin saya membantu membina semula rumah-rumah yang hilang. Sekiranya sekiranya.
Ya Allah bantulah kami sesungguhnya kami adalah insan yang amat kerdil. Jadikanlah setiap perkara yang berlaku adalah sesuatu yang dapat meningkatkan iman kami serta kurniakanlah kami hidayah,ya Allah.

Amin...

No comments: