Monday, August 3, 2015

tricky

kelmarin cikgu Fawwaz cerita, keletah Fawwaz di sekolah
banyak mulut, kata cikgu. lagi pula bila ada geng..lagilah bertambah pot pet pot pet nya

ada sekali tu, teacher beritahu.
Fawwaz datang ke dapur sewaktu teacher sedang masak (untuk tak tahu kali ke berapa dah)

tanya lagi, walaupun sebelum ni baru je tanya...
Fawwaz : teacher, teacher masak lagi ke? asyik masaaakkk aje
Teacher : yelah, teacher kena lah masak. nanti kan Fawwaz nak makan.
sekali jawab Fawwaz,
teacher masak sedap-sedap tau. kalau tak sedap nanti Fawwaz tak nak makan.

Gulp.
terkedu sekejap Ibu bila teacher cerita.
memang sebelum ni waktu saya masak di rumah, Fawwaz tak pernah cakap macam tu
bila datang angin mood baik dia, dia cakaplah..
sedapp Ibu masak, terima kasih Ibu masakkan untuk Fawwaz dengan ayah. sambil sengih kerang dia.

teringat-ingat saya sampai keesokan harinya
sewaktu saya sedang menggosok baju untuk ke pejabat, tiba-tiba saya terfikir.
mungkin juga kerana sebelum ni saya dan suami kadang-kala bila tak terkawal amarah tu akan cakap..

Fawwaz dengarla cakap ibu/ayah, kalau tak nanti ibu/ayah marah.
ataupun bila lebih sikit akan kata "baik Fawwaz dengan cakap ibu/ayah, kalau tak....(sambil angkat tangan)"

mungkin juga idea Fawwaz construct ayat tu dari ayat-ayat seharian kita.
saya tak nafikan, Fawwaz memang mudah dan cepat belajar bina ayat
macam kelmarin, ada satu kereta datang dari arah belakang dengan tiba-tiba memotong kereta saya dengan biadapnya
sekali Fawwaz kata "dasyatnya kereta tu"

saya pun tak tahu bila waktu dan dia tahu tak ape maksud 'dasyat' tu
betul orang kata, anak ni refleksi ibu ayah
apa ibu ayah buat, dia akan ikut. sama dengan orang-orang sekeliling dia
yang kelakarnya, saya tahu bila waktu ayat-ayat yang Fawwaz sebut tu datang dari ayat-ayat yang teahcer Fawwaz guna
subhanallah

tricky sungguh nak membesarkan anak ya. 
baru seorang. salute sungguh saya dengan ibu bapa yang berjaya membesarkan/mendidik anak dengan baik.

p/s : Fawwaz sekarang musim berdrama. buat silap dah pandai minta maaf.sikit-sikit sambil keluar air mata minta maaf ibu, minta maaf ayah. tapi 2 minit kemudian buat semula. so sekarang kena ajar dia macam mana supaya ayat minta maaf tu bukan tiket untuk setiap kali buat salah. hehehe

sekian,
luahan Ibu yang macam-macam juga macam anaknya.


No comments: