dua tiga menjak kebelakangan ni...
banyak 'dihantui' oleh pelbagai masalah-masalah atau isu-isu negatif atau mungkin lebih senang disebut cabaran-cabaran dari manusia-manusia terdekat di sekeliling saya...
dua tiga kali cuba menulis. tetapi akhirnya tak terhabis pun.
kadangkala kita sedih.
kita rasa sesetengah perkara tak sepatutnya berlaku.
ya tak sepatutnya
tapi kita lupa. dalam dunia ni apa perkara yang sepatutnya berlaku?
kalau semua perkara dalam landasan yang sepatutnya...bila masa datang cabaran dan dugaannya?
kita sedih. terlalu banyak.
di penghujung cerita..kesimpulannya, semua perkara yang berlaku di luar kawalan kita.
semuanya terjadi dengan izin Allah.
kalau kita marah dengan seseorang kerana kita rasa 'sepatutnya' dia tidak berkelakuan begitu..apa yang kita boleh buat kalau bukan diri mereka sendiri yang mahu berubah?
apa yang kita boleh buat?
Terima, dan Maafkan sahajalah mereka.
pendam pun tidak berguna.
menunjukkan yang kita marah dengan menunjukkan perangai-perangai buruk kita tidak akan langsung membantu kita.
Teringat saya pernah terbaca di buku, apa yang berlaku di dalam hidup kita ini sebenarnya hanyalah alasan, sama ada untuk menjadikan kita manusia yang lebih beriman atau sebaliknya.
dalam hubungan rumahtangga, suami, isteri, anak, ibu, ayah, adik beradik, ipar duai, semua perlu dijaga.
hubungan siapa yang tidak pernah ada cabaran?
semua orang ada cabaran masing-masing.
besar atau kecil, bukankah Allah sudah berjanji, Allah menurunkan cabaran pada orang yang mampu melaluinya?
Dalam pada saya pening-pening kerana bermacam-macam aura negatif bergelumang dikeliling saya...
pagi tadi datang seorang sahabat saya, baru melapor diri sesudah menamatkan Masternya di UM.
Sementara menunggu dipanggil pihak HR, dia datang di bilik pejabat saya sambil kami berkongsi cerita.
sebelum sahabat saya ini meninggalkan pejabat kami untuk sambung Master setahun yang lepas, kami memang sedia tahu bahawa isterinya sedang dalam proses dialisis, tiga kali seminggu dan sahabat saya ini seringkali berulang alik ke hospital untuk menguruskan kesihatan isterinya.
Jadi saya pun bertanya macam mana keadaan isterinya sekarang.
Katanya, alhamdulillah, setelah setahun lebih berulang alik membuat dialisis, keadaan isterinya beransur baik. Dan in shaa Allah, jika panjang umur dan dimurahkan rezeki sekiranya keadaan dia dan isterinya baik, mereka akan membuat transplan.
Sahabat saya kata, dia akan menyumbangkan sebelah buah pinggangnya kepada isterinya.
Subhanallah.
Hampir mengalir air mata saya mendengarnya.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk sahabat ini dan isterinya, in shaa Allah. Semoga kita sentiasa beroleh ketenangan dan terus membuat amal kebaikan tanpa putus...amin.
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa."
No comments:
Post a Comment