Friday, October 16, 2015

menyesal tak belajar rajin-rajin

kadang-kadang..pernah rasa menyesal.
dulu masa zaman sekolah, tak belajar sungguh-sungguh.

bukanlah sebab tak belajar sungguh-sungguh sekarang and bagi affect pada kerja sekarang ke pendapatan isi rumah sebagainya..
tapi kerugian pada diri sendiri lah.

saya asalnya kalau ikut dari segi pendidikan,memang sederhana.
Ibu ayah saya bagi yang terbaik, alhamdulillah.
cukup serba sekolah rendah dan menengah kebangsaan, dengan ilmu agama tidak dilupa..
sekolah agama, kelas mengaji, balance..alhamdulillah.

tak cukup mengaji dengan ustaz, ibu ayah pun ajar mengaji jugak.
biasalah, asal belajar mengaji dengan ibu ayah confirm nangis-nangis sebab kena marah.
mengada sungguh.padahal nak bagi kita pandai.

ok, berbalik pada rasa rugi..contohnya
dulu masa sekolah agama, ada kelas fekah, aqidah, bahasa Arab, khat dan sebagainya.
menyesal tak belajar rajin-rajin, lagi-lagi kelas bahasa Arab.
dulu kelas masa sekolah rendah ada kelas A sampailah G tak silap saya
A kira cemerlang, G kira erm..corotlah senang cerita.
makin corot kelas, makin penuh kelas dengan budak-budak lelaki (ok takde kaitan)
saya kelas C.. not badlah.
tapi bila ingat balik masa zaman sekolah, lebih banyak main dari belajar.

Pernah suatu hari, cikgu bahasa Arab sekolah agama saya, kami panggil ustazah Ummi.
dia baru nak masuk kelas mengajar kami, saya dalam kelas waktu tu.
Entah kenapa tau-tau saja kawan-kawan kata ustazah Ummi dah keluar dari kelas, merajuk sebab 'korang' banyak sangat main.
Ah sudah.

Masa tu ada pakatan (ok masa tu dalam darjah 5) suruh budak-budak kelas saya yang lelaki 5-6 orang yang seronok sangat main kat luar kelas dan mengakibatkan ustazah merajuk kena pergi minta maaf dengan ustazah..

lepas tu diorg pun minta maaf, dalam pada minta maaf tu sempat lagi tu duk nyanyi lagu P.Ramlee "maafkan kami.."

Sabar jelah.

Peristiwa cikgu merajuk ni, masa zaman kami Matrikulasi dulu pernah jadi juga dekat kelas saya.
Mungkin kerana tak ada respon dari pelajar, lecturer tu pun fed-up sebab student tak study dengan buat homework dulu..
selamatlah kami kena tinggal.

Masa degree pun sama. Puan Eta namanya.

Betapa menyesalnya. 
Kembali ke kelas bahasa Arab..ada seorang sahabat saya dalam kelas tu..Nur Shahida namanya, minat sungguh dia dengan bahasa Arab. 
Of courselah bila dah minat dan automatic jadi rajin..maka cemerlanglah dalam subjek tu. dalam kelas Arab tu juga nampak dia seorang sahaja yang terkinja-kinja mahu belajar.
Subhanallah..kalaulah saya macam dia dulu, mesti saya pun pandai juga.Hehe

Bila dikira-kira di ingat-ingat semula, bukan bahasa Arab sahaja, Banyak subjek sebenarnya.
Menyesal kan?
Tapi ada juga terfikir, faktor lain.
Kematangan.
(Mungkin) juga? Berfikiran kurang matang pada umur itu untuk belajar rajin-rajin, kita cuma tahu orang tua-tua kata belajarlah rajin-rajin, nanti pandai senang, dapat kerja bagus, gaji besar, hidup senang.

Sedangkan ia lebih dari itu. Ceritanya dari Action iaitu belajar rajin-rajin terus ke outcome = hidup senang.
Mungkin ada kurang in between atau di waktu prosesnya.

Wallahualam.

No comments: