Tuesday, November 3, 2015

belajar dari kesilapan diri sendiri

orang kata, orang yang bijak, bukan sahaja belajar dari kesilapan diri sendiri
bahkan dia akan belajar dari kesilapan orang lain.

kadang kala bila cerita soal rumah tangga, tak perlu tengok jauh.
kita tengok orang sekeliling kita
ibu ayah kita
adik beradik kita
atok nenek kita
macam mana mereka 'kendali'kan rumah tangga?

pernah terdetik tak dalam hati, suatu hari nanti bila saya sudah berumah tangga, saya tidak mahu menjadi seperti dia?
suatu hari nanti, bila saya sudah bekerja, saya tidak mahu jadi seperti dia?
suatu hari nanti, bila saya sudah naik pangkat dan berada di pangkat yang lebih tinggi di pejabat, saya tidak mahu seperti dia?
suatu hari nanti, bila sampai waktu saya untuk membesarkan anak-anak, saya tidak mahu mengasuh anak seperti mereka?

pernah?

kan bagus kalau kita belajar dari apa yang orang lain buat?

tetapi, pernah tak kita terfikir juga..pada waktu ini...

bila kita sudah menjadi ibu atau ayah, baru kita tahu kenapa ya ibu dan ayah kita mendidik kita sebegitu?
bila kita sudah tamat belajar dan bekerja, baru kita tahu kenapa ya orang yang bekerja tidak mahu senang-senang ambil hutang dan lebih berjimat-cermat dalam berbelanja?
bila kita sudah dinaikkan pangkat dan menjadi bos, mengapa bos kita yang dahulu berkelakuan begitu?

sebabnya...

sekarang baru kita tahu bukan senang ya untuk membesarkan anak-anak. zaman ibu ayah kita dulu lain, zaman sekarang lain cabarannya. mungkin ada sesetengah perkara yang boleh kita belajar, tetapi ada lebih baaanyak perkara untuk kita belajar sendiri
sekarang baru kita tahu, bukan senang nak cari duit sendiri untuk kita senang-senang berbelanja..dahulu masa zaman belajar, kita tak ada duit kita minta pada ibu ayah. tanggungjawab ibu ayah kan? sekarang bila ada duit sendiri, sayang mahu sebarangan berbelanja. baru tahu nilai duit sendiri.
sekarang baru kita tahu, bukan senang rupanya ya jadi bos. kerja kena cepat, kerja kena pantas, dah jadi bos..orang akan expect macam-macam dari kita.maklumlah dibayar lebih, perlulah bekerja lebih, mentaliti orang.

semoga kita terus istiqamah.

p/s : teringat cikgu bahasa Inggeris semasa saya di tingkatan 5 dahulu pernah berpesan. Nak tahu macam mana susahnya ibu bapa kita cari duit, cuba kamu semua pergi jalan di pasar atau di mana-mana pada suatu hari dan cari berapa banyak duit yang anda 'jumpa'.

No comments: