Friday, March 11, 2016

sebelum cakap, fikir dahulu.

sesetengah perkara mungkin nampak kecil dan remeh pada pandangan kita
sebagai contoh, percakapan.

perkara yang kita buat hari-hari
nikmat yang Allah dah kurniakan sedari kita baru lahir, ada suara, pandai bunyi, pandai menangis, kemudian pandai bercakap.

bercakap, semua orang yang Allah kurniakan nikmat bercakap, boleh bercakap.
tapi sebab perkara ini biasa kerana kita bercakap hari-hari, kita kurang ambil berat betapa pentingnya kita menjaga nikmat yang Allah bagi ni.

bercakap perkara yang baik-baik, bercakap perkara yang betul, bercakap dengan nada yang baik dan sebagainya.
kadang kala, dari segi percakapan pun kita boleh tahu karakter seseorang.
positif ke, atau negatif?

anak saya Wan Ahmad Fawwaz, alhamdulillah bercakapnya cepat untuk umurnya.
Petah dan jelas, tidak pelat alhamdulillah.

Saya tidak sedar dan mungkin tidak perasan bila waktu Fawwaz pelat, sehinggalah beberapa ibu bapa di taska tegur beberapa kali.

Lekanya kita akan nikmat yang Allah beri, kadang kala, sehingga tidak nampak perkara-perkara kecil yang kita ada kerana Allah swt telah mudahkan untuk kita. Masya Allah.

Fawwaz cepat mengikut apa yang orang kelilingnya bercakap.
Cakap sekali, dia tahu nak menggunakan perkataan/ayat yang sesuai pada tempatnya.
Sehingga saya berfikir, oh..saya dan suami pernah cakap macam tu, sebab tu dia ikut. Kena lebih berhati-hati.

kadang-kadang dia sebut perkataan yang saya tidak perasan yang saya sendiri dan suami selalu cakap. 
kemudian baru refleks pada diri sendiri.
contohnya lepas Fawwaz main mainannya di rumah, tiba-tiba dia sebut "aduhaiiii" (sila baca dalam tone suara orang yang sangat penat).

pernah sekali dalam kereta, Fawwaz nampak bulan di langit.
terus dia sebut, "Ibu, moon! cantik subhanallahnyaaa!" (sebenarnya nak cakap 'cantiknya subhanallah!') =)

Minggu lepas dan minggu sebelumnya, cikgu-cikgu di Taska tempat Fawwaz buat aktiviti, belajar mengambil wudhu' di surau pejabat kami.

Setiap Jumaat mulai 2 minggu lepas kami disarankan membawa baju melayu dan kopiah untuk anak-anak lelaki.
Syukur juga kerana sekurang-kurangnya dapatlah menggunakan baju melayu Fawwaz dari hanya pakai sekali setahun pada waktu Hari Raya kemudian dah tak muat untuk pakai pada tahun akan datang.

So, dua minggu berturut-turut Fawwaz dan kawan-kawan dibawa oleh cikgu-cikgu ke surau, pada waktu pagi untuk belajar ambil wudhu'.
Petang tu, cikgu bercerita, cikgu tanya Fawwaz.."Fawwaz, pagi tadi Fawwaz pergi surau belajar apa ya?"

Fawwaz jawab, "Fawwaz solat. Fawwaz belajar solat."
Cikgu beritahu, "kita bukan belajar solat Fawwaz, kita belajar ambil wudhu'."

Ajar cakap perkara yang betul dan elak cakap perkara yang tidak betul walaupun perkara itu kecil dan walaupun kita anggap mereka masih lagi kanak-kanak.

Sama juga dengan kita. Perkara kecil, kadang kala bila kita terlalu excited, kebarangkalian untuk exaggerate atau melebih-lebihkan sesuatu perkara tu tinggi.
Sebagai contoh, kawan kita dengan tak sengaja menghayunkan kertas yang dipegang, lalu terkena muka kita.
Tapi bila kita cerita pada orang lain, kita kata kawan kita 'pukul' muka kita dengan kertas.
Kan lain ceritanya?

ataupun, pagi tu si polan bangun lambat. dahla bangun lambat, jalan jem pula nak ke tempat kerja.
bila bos tanya mana si polan, si polan kata dia datang lambat sebab jalan jem.
tapi dia tak cakap pun dia terbangun lambat. kenapa tak beritahu maaf, saya terbangun lambat harini?
tapi, macamana keadaannya pula kalau seminggu tiga kali lambat dan kawan-kawan yang duduk dekat dengan rumah si polan sudah sampai pejabat tapi si polan belum lagi?

Secara general dalam era globalisasi, informasi tanpa sempadan ni,banyak perkara yang kita perlu teliti kesahihannya.
Bermulalah dari perkara kecil, iaitu bercakap.
Bercakap yang benar, yang tepat, perlu, dan yang baik-baik.

Kalau kita tak pasti, jangan memandai-mandai.




No comments: