Monday, December 19, 2016

Berlapang dada dan jiwa

dah lama tak menaip.
banyak sungguh post-post saya yang masih Draft, tidak tertulis habis.
Momentum dan mood pun dah lain jikalau nak sambung.

Sejak kebelakangan ini, saya selalu terfikir.
Tatkala umur semakin menginjak dan bertambah, bertambah dengan pengalaman yang semakin mematangkan kita, membuatkan kita punya pendapat sendiri.

Pendapat kita tentang sesuatu perkara juga mungkin berbeza dengan pendapat kita tentang perkara yang sama sebelum ni.
Alangkan dengan diri sendiri pun kita boleh berubah pendapat, apatah lagi dengan manusia yang lain.
Dengan ibu bapa kita sendiri, suami, isteri, adik beradik, sahabat, bos-bos, jiran, dan semua lah.

ok straight to the point.
saya nak cerita tentang perkara ini secara general, kerana melalui observation saya, ini yang saya nampak.Lebih kepada saling nasihat menasihati.

sahabat-sahabat sekalian, juga kepada diri sendiri..
sentiasa lah mengingatkan diri kita untuk sentiasa berlapang dada dalam apa juga perkara yang kita buat.
sebelum berbuat sesuatu, niat kerana Allah dan berlapang dada. 
sama ada perkara yang kita ingin lakukan benar-benar seperti yang kita harapkan atau tidak, berlapang dadalah kita.

berlapang dadalah juga kita dalam menerima ilmu.
untuk kita menerima ilmu, bukan sahaja telinga, hati juga perlu terbuka.
kerana apabila kita menerima sesuatu ilmu dengan baik, berlapang dada, bukan hanya kita sahaja mahu bercerita tentang pendapat kita sehingga mengetepikan pendapat orang lain, kita akan jadi redha.

bila kita tutup hati untuk menerima pendapat orang lain hatta orang itu lebih kecil, muda dan masih mentah sekalipun, kita secara langsung membentuk ego dalam diri kita.
dan apabila ego terbentuk, kita hanya akan memikirkan tentang diri kita semata.
kita menganggap diri kita benar belaka hatta orang lain harus mendengar dan mengikut pendapat kita sahaja.
dan apabila manusia lain tidak mengikut apa yang dikata, kita langsung kecewa.

ingatlah, sesuatu penipuan itu kadang kala berlaku apabila seseorang hanya memilih untuk mendengar yang baik-baik sahaja.
denial.
perkara yang tidak baik tidak mahu diterima sebagai ketentuan dan dihadapi dengan redha kerana sibuk menyalahkan orang lain selain dirinya.
maka kecewa lah jadinya

sahabat dan diri saya sendiri, sentiasalah berlapang dada.
terlalu banyak contoh di keliling ini boleh dijadikan rujukan dan tauladan.
semoga terus istiqamah.

jangan lupa di setiap akhir solat disertakan juga doa untuk kita semua,

Ya Allah, lapangkanlah dada kami, bersihkanlah jiwa kami, sucikanlah hati kami, serta jauhilah kami dari segala penyakit hati dan dorongilah kami ke jalan yang lurus..amin.

No comments: