Monday, December 19, 2016

Review buku : Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

note : Tulisan ini ditulis beberapa bulan yang lepas, baru sekarang dipublish.

kelmarin, tanpa dirancang saya masuk ke kedai buku MPH di Quill City, Mall.
tanpa dirancang juga, saya telah membeli sebuah buku.

saya suka membeli buku dengan secara tidak dirancang atau ad-hoc.
yang mana-mana saya baca ringkasannya nampak menarik, saya akan terus beli

buku ini juga lain dari pembacaan saya sebelum ini, dan berjaya memberi kesan yang sangat mendalam ke atas emosi saya.

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi.




Ternyata, lebih 3 kali saya mengalirkan air mata membacanya subhanallah.

sedih sememangnya. banyak persoalan bermain dalam fikiran saya selepas itu.

kerdilnya kita
bersyukurkah kita?
sejauh mana pertolongan kita sesama Islam?
apa yang boleh saya dan kita jawab andai ditanya Allah nanti, apa contribution kita untuk saudara-saudara kita?

Masya Allah

Musa Nuwayri, jejaka masih  muda, 19 tahun. Pertama kali menulis berkongsi kisah pengalaman dia membantu saudara sesama Islam kita di Syria.

Semuanya atas dasar kemanusiaan.

Di sini sahaja saya sudah rasa malu, sangat ignorant apabila membaca berita mengenai konflik yang berlaku di Syria.

Jika kita di sini, rasa mudah sahaja untuk menyumbangkan wang tunai, atau barangan terpakai, tanpa perlu berpenat lelah...dan hanya melihat kepada gambar-gambar mangsa-mangsa di Syria yang putus kaki dan tangannya, yang kurus keding tubuh badannya, yang darah penuh di badannya, yang menangis melihat ahli keluarganya syahid...

percayalah, apa yang kita lihat dan dengar ianya hanya sedikit dari apa yang berlaku sebenar.

masya Allah.

bangganya saya dengan jiwa-jiwa seperti Musa dan team Tangisan Di Bumi Syria (TDBS) ini. Rakyat Malaysia yang sangat prihatin, bukan setakat menjadi pengantara, malah menyumbang dari segi tenaga yang tidak kira masa, ilmu sebanyak mana yang boleh dan macam-macam lagi. Team ini membantu rakyat-rakyat Syria yang berada di bumi Jordan.

Antara beberapa perkara yang menyentuh hati saya dari buku ini,

1) Nikmat syukur, akibat kesukaran mendapatkan ilmu. Apabila anak-anak kecil yang terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan mereka. Team ini membuat khidmat tuisyen jalanan (memandangkan anak-anak ini mencari pendapatan dengan menjual gula-gula getah dan tisu di tepi jalan)

"Anak-anak kita pasti seronok memperoleh 60 sen suatu ketika dahulu. Pasti berlari ke kedai runcit berdekatan mencari jajan atau mainan. Tidak bagi Aiman, Yamin dan Ahmad, laju mereka berlari ke kedai runcit berdekatan dan membeli biskut. Lalu pulang ke rumah dan biskut tersebut dicicah bersama teh untuk menghilangkan tawar.

Rupa-rupanya mereka sedang kelaparan dan apabila ditanya apa yang mereka makan pada hari itu, mereka menjawab yang mereka belum menjamah apa-apa makanan sejak pagi. Bukan kerana bangun lambat sehingga tidak sempat bersarapan, tetapi tidak punya wang untuk membeli sebarang makanan. Bayangkan betapa susahnya kehidupan yang dijalani anak-anak itu."





Hassan, yang ayahnya telah syahid di Syria, melihat wajah ayahnya apabila rindu. 




No comments: