bila lah agaknya nak siap tu.
Assalamualaikum semua,
Hari ni Ramadhan ke-19. Alhamdulillah panjang umur dan murah rezeki kita Allah kurniakan sehingga bertemu dengan bulan Ramadhan.
Bulan promosi.
Setiap perkara baik yang dilakukan, berganda pahalanya pada bulan ini, in shaa Allah.
Jom kita sama-sama gandakan usaha dan ibadat kita, kurangkan dan eliminate perkara-perkara yang boleh kurangkan pahala kita.
Semoga kita semua peroleh keampunan dan kerahmatan dari bulan yang mulia ini.
Berdoalah banyak-banyak.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Minta lah apa sahaja dari Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sayu sangat rasanya bulan ni.
Lagi-lagi bila awal Ramadhan tempoh hari, atok tak sihat.
Atok yang menjaga saya sewaktu saya kecil.
Rasa fragile sangat hidup kita bila Allah tarik sedikit nikmat hidup kita.
Atok kena serangan stroke awal Ramadhan tempoh hari.
Atok kuat, kami doakan atok cepat sembuh dan dapat bercakap dengan kami seperti sebelum-sebelum ni.
Alhamdulillah progress atuk baik. Baru beberapa minit yang tadi, makcik saya hantarkan gambar, Atok dah boleh duduk dan tegakkan badan subhanallah.
Semangat atok memang kuat sedari dulu, polis pencen,gitulah.
Walaupun seminggu yang lepas atok baring tak bermaya masa saya ziarah di Hospital.
Atok dan nenek adalah insan yang paling rapat dalam hidup saya.
Yang menjaga saya semasa saya kecil, dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
Maklumlah, antara cucu sulung. Abang saya di kampung sebelah ayah, saya di sebelah ibu, sementara Ibu ketika itu sedang training jururawat di Johor Bahru.
Atok dan nenek kuat orangnya, maklumlah orang kampung, yang kerja-kerjanya suka bercucuk tanam, lasak.
Dari cucu sulung hinggalah yang terakhir (buat waktu ini) dalam 31 orang..kebanyakannya di jaga atok dan nenek.
Nenek pernah menjaga 2 orang menantu dan cucu yang baru lahir sekaligus, dalam masa yang sama.
Sehingga lahirnya Wan Ahmad Fawwaz, cicit kedua, nenek ada menjaga saya bersama-sama Ibu selama seminggu.
Besar sungguh jasa mereka.
Moga Allah sentiasa memberkati hidup dan mati orang-orang yang saya sayang. Amin..
![]() |
| Gambar hujung tahun lepas. Bawa atok nenek jalan-jalan di taman di Putrajaya. Fawwaz tolong ambilkan gambar =) |
![]() |
| Raya 2013. Fawwaz dengan Nek Nyang, Fawwaz 4 bulan |


No comments:
Post a Comment