Thursday, September 19, 2019

Ujian 2019 : Kembalinya ke Rahmatullah, Mohd Danish Mirzan dan Zuhri Atiqah Zahrildini

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak bersiaran.
Dah bulan September, baru 2 post untuk tahun ni. Itu pun ucapan selamat Hari Raya rupanya masih tersadai di draft. Baru di publish sepertimana ditinggalkan beberapa bulan lepas.

Apa khabar semuanya?
Entah saya pun tak pasti siapa pembaca blog ni, selepas peninggalan pensyarah saya setahun yang lepas, yang sentiasa menjadi pembaca blog saya yang setia satu masa dahulu, Tn Haji Sazali Khalid.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dikurniakan syurga buatnya.

2019 yang sangat mencabar.

Penuh dengan ujian dan cabaran, Allah menguji sejauh mana kental dan sabarnya hati hambaNya ini.
Tatkala menaip ini pun sudah hampir menitis air mata.
Doakan saya sekeluarga dan sahabat sekalian mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan iman..Allahuakbar.

April 2019

Bermula dengan kehilangan sepupu saya Mohd Danish Mirzan Mohd Said pada 25 April 2019 (Khamis) di Simpang Renggam, Johor.
Masih terasa sentapnya hati kami tatkala menerima message Whatsapp dari pakcik kami Uncle Said pada tarikh yang sama, lebih kurang jam 7 malam. Berserta gambar pihak bomba di tepi sungai, "Danish hilang di sungai. Bomba tengah cari".

Subhanallah.

Selang beberapa jam dalam lebih kurang jam 10 malam, nenek bersama Uncle Shah dan Aunty Mariam pula baru sahaja gerak dari Kluang menghala ke Kuala Lumpur, untuk menghadiri majlis nikah dan resepsi seorang lagi sepupu kami Ariff. Jadualnya nikah keesokan hari 26 April 2019 (Jumaat), dan resepsi pada Sabtu, 27 April 2019.

Betapa bercampur baurnya perasaan kami. Tidak tenang menunggu khabar berita dari uncle Said sekeluarga sambil tidak henti-henti mendoakan keselamatan Danish.
Danish anak yang soleh, baik hati, disenangi dan disayangi semua ahli keluarga kami.

Allah yang Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi, majlis pernikahan Ariff pada keesokan harinya, Jumaat 26 April 2019 disambut dengan penuh emosi. Dalam pada kami sekeluarga meraikan ahli keluarga baru kami, Anne (isteri kepada along Ariff), kami sekeluarga tak dapat menahan sedih mengingatkan jasad Danish yang masih belum dijumpai. Semoga Allah terus memudahkan urusan kami pada waktu itu, amin.






Tahniah mak uteh dan uncle Lan sekeluarga. Semoga Allah merahmati rumah tangga along Ariff dan Anne, diberi ketenangan, kesabaran dan pahala yang tidak putus dalam rumah tangga, kakha doakan along dan Anne bahagia dunia akhirat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Amin.

Nenek terus pulang ke Kluang selepas majlis. Uncle Min dan Ibu sebahagiannya sudah ke Johor untuk memberi semangat kepada uncle Said sekeluarga. Kami sepupu-sepupu yang lain bersedia untuk majlis resepsi esoknya. Semoga terus diberi kekuatan untuk kami sekeluarga.

Alhamdulillah, majlis nikah Along dan Anne berjalan lancar. Keesokan harinya sewaktu kami bersiap sedia menerima tetamu untuk majlis resepsi,  jam 10.30 pagi, lebih kurang selepas 34 jam kehilangan Danish, kami menerima berita jasad Danish telah ditemui, 23 kilometer dari tempat Danish dihanyutkan air deras. Subhanallah alhamdulillah.


Usaha berterusan pihak berkuasa dan orang-orang sekeliling yang prihatin.



Doa Ibu ayah dan keluarga yang tidak putus-putus.
Semoga uncle Said dan Aunty Ita terus kuat...
















Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..Semoga Allah tempatkan Danish di kalangan orang-orang soleh. Kami semua sayang dan rindukan Danish.

Mei 2019

Kembalinya sahabat baik saya sejak dari sekolah rendah, Zuhri Atiqah Zahrildini ke Rahmatullah di bulan baik,10 Ramadhan 1440H (15 Mei 2019) jam 11.50 pagi.

Sahabat dari kecil, sahabat yang rapat, yang sentiasa menceriakan hati orang-orang sekeliling, sahabat yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila.

Rezeki yang ditetapkan Allah, 14 Mei, kurang 24 jam sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir, adalah kali terakhir saya berpeluang berjumpa arwah. Subhanallah.

Masih saya ingat, saya agak stres di ofis pada haritu, lalu tengahari tanpa plan, saya terus ke IPR untuk menziarahi arwah. Tiba di blok 5, sebelum masuk, dari luar tingkap saya nampak Saiful, suami arwah sedang menyuapkan makanan untuk arwah.

Kali terakhir saya ziarah adalah pada minggu sebelumnya. Arwah baru selesai membuat tracheostomy, selepas hampir sebulan keluar masuk ICU dan wad di HKL. 


Jumaat, April 2019. Arwah masih sempat menceriakan saya, subhanallah.

Zuhri, little thing you and we know, secara fizikalnya nampak aku lebih sihat, tapi hakikatnya aku banyak dapatkan kekuatan bila ziarah ko. To see how strong and persistent and cheerful you were, giving me more strength in facing the world. Semoga dengan keceriaan, motivasi dan perkongsian kita menjadi sumber pahala untuk ko, in shaa Allah.








Allah lebih menyayangimu sahabat, lebih dari kami semua. Semoga Allah tempatkan Zuhri di kalangan orang-orang beriman dan soleh..semoga diberi kekuatan buat Saiful dan keluarga Zuhri..amin..

No comments: