22 Mei 2019, bulan Ramadhan, cuti sempena Nuzul Quran.
Kami sekeluarga sedang dalam proses pindah rumah, maka kami menguruskan barang-barang untuk dikemas, di buang, sort barang, cari mover, bersihkan rumah baru dan sebagainya, sepanjang bulan Mei. Ya, bukan mudah untuk menguruskan pindah rumah di bulan puasa, but we did it! alhamdulillah!
Sehari selepas kami menguruskan perpindahan barang dengan khidmat mover, rumah kami dimasuki pencuri.
Hari cuti. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.
Keadaan mengejutkan kerana 'aktiviti' tu hanya berlaku dalam beberapa minit. Berselang dengan waktu kami selesai berbuka sedikit dan solat maghrib, lalu kami turun ke kedai makan di bawah, berdekatan dengan rumah (kira-kira 2 minit berjalan kaki).
Semuanya dalam masa lebih kurang 40 minit.
Kami keluar rumah dalam keadaan berkunci semua pintu, balik dengan keadaan pintu hadapan rumah terbuka.
Alhamdulillah waktu kami tiba, tiada lagi kelibat pencuri, melainkan kesan tapak kasut yang masih basah.
Kehilangan barang berharga, tunai (banyak juga, hasil simpanan saya dan duit tabung Fawwaz), thumbdrive (kebetulan saya kemas dan jumpa beberapa dan letak ke tepi) dan paling terasa sekali adalah laptop office yang ada dokumen untuk 11 tahun bekerja ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Semoga ada ganjaran untuk kami sekeluarga atas ujian ni..
9 tahun menetap di situ selepas kami berkahwin, membesarkan anak dan segala kenangan di sana.
21 Mei 2019, keadaan di rumah lama pada hari mover mengangkat barang. Dan keadaan di rumah baru pada tarikh yang sama.
22 Mei 2019 - Rumah lama dah clear, bolehlah main boling. Hehe
Teruskan bulan Ramadhan seperti biasa...
27 Mei 2019











No comments:
Post a Comment