A year had passed, good friend.
Till we meet again in a better place, in shaa Allah.
Zuhri Atiqah Zahrildini
25 Oct 1984 - 15 May 2019 (10 Ramadan 1440H)
Sehari sebelum 15 Mei 2019, aku datang ke IPR Zuhri. Untuk ziarah kau.
Lebih kepada mencari kekuatan dengan menziarah kau. Dapat berborak2, ketawa2, share harapan masing2..makes me feel better while talking to you.
Di Wad 5, sebelum ke pintu masuk..aku akan lalu depan bangunan. Di depan pintu bangunan tu di sebelah kanan, kalau jenguk ke celah sisir-sisir tingkap tu, boleh nampak direct katil kau. Katil sebelah kau kosong, mudah untuk nampak kau buat apa sebelum aku masuk.
Lain dengan hari-hari lain, hari tu aku berrezeki jumpa Saiful, suami kau sekali. Sebelum ni kalau aku datang memang jarang terserempak dgn Saiful sebab seingat aku last datang, Hilyah ada..kata Hilyah, Saiful balik rumah lepas 3 hari menjaga kau. So sementara ada orang, dia balik sekejap bersih2kan badan. Gigih betul dia menjaga isteri dia Zuhri.
Pemandangan aku di sebalik sisir-sisir tingkap betul2 buat aku terhenti, dan ambil masa untuk merenung dari luar Zuhri. Saiful sedang menyuapkan kau makan, dengan penuh sabar. Terdetik subhanallah, semoga Allah kurniakan sebesar-besar ganjaran untuk kalian berdua atas sifat sabar kalian.
Aku lalu masuk ke dalam wad selepas memakai mask.
Kali ini bukan seperti hari-hari lain waktu aku melawat kau Zuhri. Tak macam minggu lepas, tak macam bulan lepas, tak macam bulan-bulan dan tahun-tahun sebelumnya.
Minggu lepas kau masih sedar, buka mata sepenuhnya menanti siapa yang melawat kau. Kau pernah cakap, hari-hari kau excited tunggu siapa ziarah kau haritu.
Minggu lepas hari Jumaat, di antara waktu rehat tengahari yang panjang, kita spend masa sama-sama di sini. Walaupun waktu tu kau dah tak keluar suara, lebih banyak keluar angin dari mulut kau, akibat pembedahan Tracheoscomy, pembedahan di hadapan leher untuk membolehkan kau bernafas dengan lebih baik, kau masih nak berborak dengan aku. Aku nampak ada 1 buku dan pen di atas meja, kau tulis sesuatu. Masa aku sampai, aku tanya..kau tulis report apa Zuhri? Dan kita pun gelak sama-sama.
Kau berusaha juga nak bercakap. Kadang aku faham, kadang bila aku tak faham, kau akan tulis. Kau tanya macam mana trip aku ke Jeju, Korea..best ke tak. Aku share pengalaman, nanti bila kau dah sihat, boleh pegi sana. Aku beritahu.
Sambil tu, kau makan nasi lauk ikan, yang Hilyah belikan. Hilyah junior kami sekolah rendah. Baik sungguh dia, tolong potong-potongkan lauk untuk Zuhri makan sambil kami berborak. Kau cerita yang rumah kau dah nak siap, tak sabar untuk kau, Saiful dan Ariq untuk pindah soon. Seronok teman kau, sampai tak rasa nak balik masa tu.
Tu betul-betul seminggu sebelum 14 Mei 2019. Tanggal yang sama, selepas aku beri salam pada kau dan Saiful, aku nampak kau menggunakan 2 jenis bantuan pernafasan Zuhri. Bukan salah satu seperti sebelum ni. Yang sedia ada ditebuk ditekak, dan juga nebulizer mask. Terdetik dalam hati aku, kuatnya kau Zuhri. semoga cepat Allah angkatkan kesakitan kau, subhanallahil azim...
Saiful panggil kau, Farha datang ni..Farha datang.
Kau tengok aku dengan tercungap-cungap, mata separuh terbuka dan seperti separuh sedar. Terlalu penat nampaknya.
Kau tengok aku, kau angguk.
Aku hanya mampu duduk di sebelah kau, bisikkan doa, pegang tangan dan beri kata-kata semangat untuk kau Zuhri.
Sekejap tu kau bagi isyarat pada Saiful kata kau dahaga.
Saiful kata Zuhri tak boleh minum air banyak-banyak takut paru-parunya tak boleh terima.
Saiful tunjuk pada aku air zam-zam di sebelahku, lalu aku basahkan kapas dengan air zam-zam dan letak di mulut Zuhri.
Subhanallah, dahaga sunggu sahabatku.
Setiap kali aku jumpa kau, setiap kali itulah berat rasanya meninggalkan kau Zuhri. Aku berjanji pada hari itu, aku akan melawat kau setiap hari selagi kau di sini.
Doaku semoga kau terus kuat dan sabar.
Sehinggalah aku terima message dari Saiful sewaktu aku berada di pejabat, jam 11 lebih pagi keesokan harinya, 15 Mei 2019, 10 Ramadhan 1440H yang kau telah pergi menghadap Allah swt.
Hanya Allah yang tahu perasaan orang-orang sekeliling yang menyayangimu sahabat.
Aku ke IPR dan lihat Intan dah tiba di sana. Pelukan seorang sahabat yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Di atas katil yang aku jumpa kau semalam Zuhri, sekujur tubuh yang telah dibalut dengan kain putih, aku hanya mampu menangis dan terus berdoa.
Sempat aku dan Saiful membawa jenazah kau ke HKL untuk urusan sijil kematian.
Pemandangan terakhir untuk aku melihat jasad kau Zuhri.
Semoga kita berjumpa lagi, di tempat yang lebih baik, dengan sahabat-sahabat kita yang lain, in shaa Allah.
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua, lapangkan kuburmu dan kurniakan syurga untukmu sahabat.
We love you, always. 💗
No comments:
Post a Comment