10 Mac 2020
Hari ke-2 period. Next procedure adalah makan ubat hormon. Once period je kena call LPPKN untuk buat appointment to start consume ubat2 tu. Tak boleh lebih dari hari ke-5 period. So kami berjumpa dengan Dr Alina, dan start consume Clomid daily for 5 days, alternate dengan ubat cucuk (tak ingat nama apa) as a booster. My dosage is still very minimal. Maka bermulalah episod makan ubat tepat pada masanya dan mencucuk perut sendiri. Ubat2 hormon ni berfungsi untuk menghasilkan lebih byk telur matang, untuk tingkatkan possibility/chance mendapatkan zuriat.
Well well, the next appointment adalah untuk scan perut to see how many follicles been developed..Telur yang matang anggaran saiznya adalah 18mm. My next appointment is 18 March 2020 in which was the first day of Malaysia's Movement Control Order (MCO)!
So the treatment didnt continue as LPPKN was not allowed to receive any patients at the moment.
Tak ada rezeki.
Time passes by and saya call semula LPPKN in June. Diorang kata belum boleh start treatment and try call semula next month. Alhamdulillah 2 Julai 2020 appointment (hari ke-3 period) untuk start semula makan ubat. Kalini jumpa Dr Razif, tak boleh pilih doktor sebab masih dalam MCO dan tak semua doktor available. Dr Razif suggest continue dengan ubat dan dosage yang sama, Clomid dan injection Puregon.9 Julai jumpa semula untuk scan telur. Alhamdulillah ada 4 telur both kiri dan kanan, 2 telur matang, 2 hampir matang.
Doktor bagi Duphaston (ubat kuatkan rahim) untuk 14 hari, dan 1 injection nama Pregnyl untuk cucuk sendiri in 36hours (11 Julai) before prosedur IUI. So tarikh untuk IUI adalah 13 Julai 2020.
Untuk kesan-kesan dari ubat-ubat hormon di atas, alhamdulillah selera saya bertambah. Makan pun portion lebih (memang ni yang saya perlukan). Lain-lain tak ada.
For record, IUI procedure di LPPKN ialah RM380. Ubat untuk dosage saya (Clomid 100mg setiap hari for 5 days dan injection every alternate day for 3 days) dalam RM 490-520. Scan telur RM160. So total all in all sehingga IUI dalam RM1000 lebih. Tak termasuk HSG scan di KPJ. Alhamdulillah, masih reasonable, untuk sesiapa yang mencari tempat utk fertility programme. Saya tanya kawan saya yang pernah dan berjaya buat IUI di LPPKN juga 10 tahun yang lepas pun harga yang sama juga!
My first IUI experience
13 Julai 2020. Kena datang awal pagi. sebab sesi yang diperuntukkan untuk IUI hanya 1 jam untuk beberapa patient.
Suami dan isteri kena hadir, suami dikehendaki bagi sample sperm sebelum ianya di bawa ke lab untuk clean (proses filter untuk mendapatkan sperm terbaik).
Isteri pula kena pastikan bladder penuh (tahanlah kencing dalam sejam dua sebelum prosedur).
So pada hari kejadian, ada dalam 5 pasangan seperti kami juga. Bila turn saya, kami masuk di tempat yang dah disediakan beberapa katil ditutup dengan langsir, nurse akan panggil nama setiap seorang. Masa tu dengan sejuk, dengan menahan kencing, dengan doktor pergi ke satu-satu katil, bercampur baur perasaan. Sempat juga terdengar orang sebelah, doktor tanya, "dah pernah buat sebelum ni kan? dah tau prosedur kan?" Mashaa Allah, kuat dan gigih. Itu jelah yang sentiasa bermain di fikiran saya. Semoga bakal-bakal Ibu yang sedang dalam proses ini diberi ganjaran setimpal di atas usaha kalian.
Prosedur IUI tak sampai 5 minit pun, cuma selepas tu kena rehat sebentar dlm 15 - 20 minit.
For the time being, tak boleh angkat barang berat-berat, banyakkan jaga makan dan rehat.
Perut saya kembung (bloated) selepas buat IUI. Macam perut saya masa pregnant 4 bulan dulu, hehe. Pakai kain pun rasa sendat.
3 hari saya tak buang air besar, tapi portion makan 2 kali ganda!
Selepas hari ke 3 baru lega. Tapi 4 hari pula kalini.Hahaha.
In total dalam 12 hari, 3 kali sahaja saya membuang.
Mungkin juga kesan dari ubat-ubat, saya juga ada ambil Iberet (termasuk asid folik) selain Duphaston.
Masa hari berganti hari. Rasanya ni yang paling menekan rasa.
Kadang-kadang (selalu) hormon tak stabil, cepat rasa penat, rasa nak rehat je,cepat rasa nak marah, cepat annoyed haha.
Kadang-kadang rasa macam tengah pregnant, kejap rasa macam nak period.
Bercampur baur.
Kalau google2, info tentang IUI, sebaiknya waktu untuk check sama ada kita mengandung atau tak adalah pada hari ke 14 onwards. Minggu ke 2 waktu implantation. Kalau nak check awal, takut akan ada faulty result sebab sisa-sisa ubat hormon masih ada dalam badan dan boleh mempengaruhi HCG level kita. Selepas hari 14 adalah waktu yang sesuai.
Biasalah bila mengira hari, that was the longest 2 weeks in my life! Hahaha
punya tak sabar, hari ke 11 dah check and it shows negative =(
Terus tak tahu nak rasa apa. Tu lah, siapa suruh tak sabar sangat. Hehe
Saya menunggu hari seterusnya. Nurse kata kalau tak period sehingga 3/8 (hari ke 22 selepas IUI, boleh datang untuk check air kencing untuk tahu pregnant atau tak.
Hari berganti hari, sehinggalah hari ke 29 selepas period terakhir saya...rasa macam curious sangat.
Sehinggalah 30 Julai pada Hari Arafah, sehari sebelum Raya Haji, saya period.
Alhamdulillah, belum rezeki saya dan suami nampaknya.
Perasaan saya waktu tu? Sangat lega subhanallah. Sebabnya dah lebih 14 hari saya tak tahu apa jadi dalam perut saya, saya tak sedap badan dan sebagainya dan semuanya kuasa Allah Yang Maha Kuasa dan Berkuasa berkehendakkan sesuatu.
At least for next step, saya dah tahu what to expect, what to do, to be more calm in shaa Allah.
So in shaa Allah, we are coming back stronger in shaa Allah!
No comments:
Post a Comment