Semalam selesai ambil Fawwaz dari sekolah dan ke pejabat, kami ke gerai burger favourite saya.
Boleh tahan ramai juga pelanggan setia gerai burger ni.
Namanya Burger Barakah.
Di gerainya ada tanda "solat dahulu", penjual di situ pun baik-baik belaka.
Dari sebelum MCO, dan masa start MCO (selepas fasa ke 3), selepas selesai kerja pejabat, saya ada ke sana juga.
Waktu tu tinggal seorang je pekerja, sambil menunggu order, sempat saya berborak2. Katanya kawan2 yang lain sangkut di negeri masing-masing, sekarang duduk di rumah. Kebetulan saya sorang je ada kat sini, saya jagalah kedai. Saya dah biasa merantau, sejak habis sekolah. Kerja sana-sini, memang suka merantau tengok tempat orang. Subhanallah
Gerainya bersih, makanannya sedap alhamdulillah.
Jadi semalam, saya ke sana dengan Fawwaz. Ada 3 orang pekerja kali ni. Selesai order, saya dan Fawwaz plan nak jalan-jalan sahaja di kawasan sekitar tu. Dekat dengan kawasan perumahan dan row kedai-kedai.
Baru beberapa langkah, terdengar ada orang memanggil ke arah Fawwaz, "adik! adik!"
kami pusing belakang, rupanya salah seorang dari pekerjanya menghulurkan sesuatu pada Fawwaz.
"ni duit raya ya adik". Sambil menghulurkan RM5 pada Fawwaz.
"Terima kasih uncle".
Mashaa Allah, murah rezeki mereka. Dari harga yang saya bayar untuk order, separuh dari tu disedekahkan kepada anak kecil ni.
Semoga diberkati rezeki uncle-uncle Burger Barakah sekalian..
Amin..

No comments:
Post a Comment