Thursday, July 6, 2023

AlFatihah buat arwah Atok Man


 Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

Pulangnya tokman ke rahmatullah pagi tadi di Gadek, Melaka. 6 Julai 2023.

Atok man, atok saudara di sebelah kanan dan arwah atok di sebelah kiri.

Tokman, banyak memori baik sedari kecil. Kami adik beradik teruja setiap kali pulang ke kampung Johor, dan akan singgah ke rumah Tokman di Melaka. Rumah kampung tangga batu Melaka betul2 di sebelah sungai kecil dengan laman yang luas ada pokok rambutan dan buaian, Subhanallah tak terkata indahnya.  Di situ jugalah satu-satunya tempat saya berpeluang mandi perigi,masa kecil. Airnya sejuk hingga ke tulang sum sum. 

Atok man dan Nenek Leha, baik, sederhana karakternya dan penyayang.

Moga Allah ampunkan dosa mereka, terima amal ibadah dan kebaikan atok, tempatkan atok Man dan arwah atok Wahab di kalangan orang2 soleh dan beriman..

Sehingga kita berjumpa lagi di tempat yang lebih baik atok.

Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui 💕

No comments: