Wednesday, July 5, 2023

Atuk sayang


6 Nov 2010. Genap 11 tahun yang lepas.

Manis senyuman atok di hari pernikahan saya.

21 Oktober 2021. Pulangnya atok yang disayang ke rahmatullah. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

Atok ada sejak dari kecil. Waktu saya kecil, tinggal dengan atok dan nenek. Sepupu sebaya sebelah sini tak ada,berkawan rapat dengan atok nenek dan makcik2 yang tidak jauh umurnya.Sampailah umur masuk universiti, tetaplah atok nenek setia menunggu di pintu pagar hostel kolej di Johor. Bila cucu nak balik hujung minggu, atau asrama tak ada air,atok nenek tetap menunggu.

Cucu dah nak tertinggal bas untuk balik rumah Putrajaya pun,atok sanggup kejar bas supaya kita sempat naik. Teringat macam mana atok tekan minyak kereta kelisa kejar bas sehingga di traffic light simpang empat bandar Kluang. Rezeki lampu trafik tengah merah, terus keluar kereta dan naik bas. Fuh, berpeluh bila ingat balik.

Sampailah saya masuk kerja penjawat awam dan selesai kursus Unggul tahun 2008 di INTAN Kluang,atok nenek tetap menunggu di parking nak bawa balik cucu yang sorang ni. Kasih dan jasa yang tak akan dapat dibalas.

Teringat dulu masa duduk dengan atok nenek, nak sangat makan roti bakar Kluang Rail Coffee (bukannya tak pernah makan pun,selalu je). Rumah atok nenek memang dekat juga dgn Kluang Rail. Dulu2 belum ada lagi restoran Kluang Rail selain di stesen keretapi Kluang itu sahaja.

Hari tu hari Sabtu, atok nenek dah kata kedai roti bakar tak buka Sabtu.Cucu sorang ni nak jugak. Selagi tak tengok dengan mata sendiri kedai tutup, nak juga dia merengek tak berhenti.

Gigihla atok bawa juga ke kedai. Sampailah di station Kluang,nenek pegi ke pintu pagar kedai sebelah station keretapi.

"Amoi..oooo amoi..roti bakar ada? cucu saya mahu makan," nenek menjerit di luar pagar kedai,yang ternyata tak buka.

Sampailah tengok sendiri amoi tu jawab tak ada,barula saya berhenti menangis. Perangai betul 😒😒

Atok orangnya berkarakter serius, tegas tetapi tenang dan penyayang.

Dulu kalau naik kereta dengan atok nenek, nenek sambil2 eja signage di tepi-tepi jalanraya.

" H.a Ha, T.i Ti. Hati. Hati-hati. betul tak tu bang?"  tanya nenek. Nenek tak pandai membaca. Atok angguk. Nenek senyum, seronok dapat jalan2.Saya kata dalam hati, kenapa lah atok ni senyap serius je. Nenek ceria je. Bila dah besar, baru faham. Memang karakter atok begitu.Memori yang akan disimpan rapi sampai bila-bila. Perginya atok, tak dapat diungkap perasaannya.

Pernah dengar ustazah kata, Rindu itu bukti kesungguhan.

Bila kita rindu, kita akan sungguh-sungguh berdoa. Sungguh, doa itu penghubung antara kita dan Dia. Kerana Dia lah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tahu.

Subhanallah wa bi hamdih

Subhanallahil adzim...

No comments: