Awal Oktober lepas, terima Whatsapp message dari seorang sahabat saya, Jasril.
katanya mahu video call. Ada perkara mahu diceritakan katanya.
Saya pun beritahu pada suami, mesti ada perkara baik yang nak disampaikan ni.
Setelah set pada hari minggu, kami pun berhubung.
Khabar gembira, Jasril dan seorang sahabat kami An akan datang untuk melaksanakan umrah.
Gembiranya kami.
Dan dengan izin Allah, kami bertemu di Madinah, kerana pada tempoh mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah, saya akan ke Turki.
Kedua-dua sahabat ini saya kenal sejak sekolah menengah.
Walaupun saya bersekolah hanya perempuan dan mereka sekolah lelaki, perkenalan kami bermula di tempat tuisyen berdekatan dengan rumah saya.
Sudah hampir lebih kurang 25 tahun persahabatan ni, alhamdulillah.
Sahabat yang tidaklah sentiasa ada, tetapi apabila berjumpa dan berhubung, terasa ikhlasnya.
Teringat dulu suatu hari, Jasril menelefon saya untuk memberitahu bahawa An akan berkahwin. Katanya yang saya tak akan lupa,
"Ko tau tak apa perasaannya bila kawan baik ko nak kahwin?"
Saya pun tanya, apa dia?
"Macam kena rompak".
Tergelak besar saya. Dapat rasa sayu di hatinya. Gembira tetapi sayu.
Sahabat baik dan rapat. Mereka pada saya masing-masing mempunyai karakter yang unik, kontra dan kerana kedua-dua faktor inilah mereka boleh menjadi sahabat baik. I have never tell them that I am always amazed by their strong friendship, tolerance and support towards each other until now.
Semoga ukhwah ini berterusan hingga ke syurga, Amin.
Gambar di bawah adalah sewaktu penemuan kami di Madinah bulan lepas. Selesai Isyak, kami ke Shariq Qurban, kira-kira 5-10 minit memandu dari Masjid Nabawi.
Saya sekeluarga pernah ke sini tahun lepas, tapi ini kali pertama kami makan nasi Arab kambing di sini.
Tempat ini dikenali dengan Samak = Ikan, juga nasi arab kambing. Pada yang ingin cuba makan kepala/pipi kambing, boleh datang ke sini. Bukan rezeki kami untuk mencuba pada waktu ini kerana menu tersebut dah sold out.
Mashaa Allah, 5 bintang saya bagi!


No comments:
Post a Comment