Alkisahnya first time buat nasi dagang beberapa hari lepas.
Sebelum Ramadhan kami pergi pasar ikan, beli stok lauk utk Ramadhan. Antaranya nak beli ikan tenggiri, di sini di panggil King Fish.
Jarangkali di pasar dijual tenggiri atau ikan-ikan besar secara potongan (slice). Kebanyakannya jual seekor, kemudian bolehlah kita pilih untuk potong. Ikan-ikannya juga bersaiz sederhana.
Kami kemudian belilah seekor King fish bersaiz sedang, harga lebih kurang SAR45/kg. Memang murah. so husband bawa lah ke tempat potong ikan, kitanya tunggu. Balik2 rumah tengok isi ikannya merah2 pekat instead of putih macam yang kami pernah beli sebelum ni.
Tanya kakak2 di Jeddah ni, katanya King Fish ada 2 jenis, 1 macam tenggiri, isinya putih, 1 lagi isinya hitam, ala2 ikan tongkol. Kalau di Malaysia harganya lagi mahal katanya. Tapi kedua-dua ni dari luarannya sebelum dipotong lebih kurang sama.
Mula-mula tu saya buat masak sup, cannot go. Bau hanyirnya agak kuat bila dibuat sup. Buat masak sambal cili, tak sesedap tenggiri. Sebab isinya kenyal dan kental. Masak gulai (walaupun jarang masak gulai) barulah masyuk..
Memandangkan saya jarang masak gulai, unless makan dengan nasi dagang, dan kebetulan bahan-bahan nak buat nasi dagang pun ada, so why not!
There you go my first nasi dagang, sedaplah di tekak sendiri Alhamdulillah.
Bila merantau ni, macam-macam makanan yang kita tak pernah masak, kita akan cuba. Walaupun tak sesedap di Malaysia. Cukuplah untuk melepaskan rindu. Saya suka juga mencuba-cuba masak, walaupun di sini ada restoran makanan Malaysia yang sedap. Kadangkala selain untuk lepaskan rindu, lebih suka rasa masakan sendiri. Lebih puas. Kita boleh adjust ikut apa yang kita suka.
Antara kuih-kuih Melayu dan makanan yang saya mula buat sewaktu di sini, karipap, kuih lapis, kuih seri muka.
Dahulu saya bukanlah penggemar kuih Seri Muka, tetapi sejak pernah rasa kuih Seri Muka yang betul-betul sedap sewaktu saya bekerja di Putrajaya, saya terus suka. Bila kita suka makan, semangat nak buat tu pun secara tak langsung akan datang.
Ini pula hasil pertama saya buat kuih Seri Muka bulan Ramadhan baru-baru ni. Puas makan, Alhamdulillah.
Di Malaysia, saya jarangkali buat karipap jika dibandingkan dengan donat yang hampir setiap bulan dan minggu. Tapi berlainan pula di sini, saya lebih kerap membuat karipap, dan secara tak langsung banyak training kelim karipap. Adalah sedikit perubahan berbanding mula-mula buat dulu, walaupun tak perfect. Dan saya lebih sukakan karipap yang kelim tangan dari menggunakan acuan, sama juga donat..barulah feel!
Memandangkan kami hanya bertiga dan makan tak banyak, maka karipap dan donat ni juga saya jadikan stok frozen. Mudah terutamanya jika mahu minum petang atau bawa bekalan ke sekolah anak.
pelbagai jenis bun atau roti paung. cheese, dan bun serunding















No comments:
Post a Comment